BTC USD 51,647.0 Gold USD 1,780.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Thailand dibuka kepada pengunjung dari 46 negara bermula 1 Nov

lau_kau

Legendary Member
Messages
16,760
Joined
Aug 2, 2007
Messages
16,760
Reaction score
2,778
Points
201

Beli 4 Jenis Insurans Ini Sekiranya Anda Memandu Kenderaan Sendiri Masuk Ke Thailand

August 15th, 2019 |

1634976277632.png


Sejak kebelakangan ini, ramai rakyat Malaysia melancong ke Thailand dan mengambil keputusan untuk memandu sendiri. Bagi yang berniat mahu membawa masuk kereta, korang perlu sedar akan kepentingan mengambil insurans perlindungan diri dan pengangkutan sebelum memandu ke sana. Ini antara beberapa jenis insurans yang perlu korang beli dan ketahui kepentingannya.

Insurans masuk Thailand dengan kereta​


1634976313168.png

1634976326604.png


Insurans wajib – compulsory insurance​


1634976342411.png


Insurans wajib ini tidak memberikan pampasan sepenuhnya. Mempunyai had perlindungan setakat 80,000 Baht (RM10,000) sahaja. Ini adalah insurans yang paling digemari dalam kalangan rakyat Malaysia yang memasuki Thailand.

Insurans ini untuk melindungi rakyat Thailand sahaja sekiranya berlaku kemalangan. Tambahan, undang-undang di Thailand memberi perlindungan kepada warganegaranya sahaja. Harga bagi insurans Siam City ini adalah sebanyak RM18 sahaja dengan perlindungan selama 9 hari.

Insurans sukarela – voluntary insurance​

71515933202_freesize.jpg


Insurans sukarela ini memberi had perlindungan kecederaan sehingga 300,00 Baht dan kerosakan kereta bagi pihak ketiga sehingga 200,000 Baht. Sekiranya anda telah mengambil dan membeli insurans sukarela ini, anda tidak perlu mengambil insurans wajib.

Insurans ini tidak melindungan kereta anda tetapi hanya melindungi kereta pihak ketiga sahaja. Harga Siam City Insurance bagi pakej ini sekitar RM 95 sahaja.

Ensorsement Insurans​

Thai-Trip-Siam-Trip-1.jpeg


Misalnya, kereta anda menggunakan Etiqa Takaful dan anda boleh menghubungi syarikat Etiqa Takaful untuk membuat Ensorsement Extention ke Thailand. Anda haruslah memegang polisi syarikat tersebut sekiranya mahu buat Endorsement Extention.

Anda boleh memohon extention untuk tempoh selama mana anda mahu ke Thailand. Hanya Insuran Komprehensif sahaja yang boleh buat extention, manakala pihak ketiga tidak boleh memohon.

Ini adalah procedur sekiranya berlaku kemalangan di Thailand. Pertama adalah buat laporan polis terlebih dulu, tow kereta ke sempadan Malaysia adalah atas kos sendiri, dari sempadan towing ditanggung oleh Etiqa Takaful. Manakala, repair kereta kena buat di workshop Malaysia. Terakhir, untuk kenderaan 3rd party di Thailand, mereka perlu dahulukan duit sendiri baru boleh claim pada Etiqa Takaful di Malaysia. Urusan ini engambil masa antara 2 hingga 6 bulan.

Insurans perjalanan – travel insurance​

insurans-thai.jpeg


Insurans perjalanan ini adalah tambahan kepada perlindungan anda. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan Insurans Perjalanan dan insurans ini lebih kepada perlindungan untuk diri sendiri.

Apabila berlakunya kemalangan di Thaiand, kos menjadi agak tinggi sekiranya tiada insurans wajib dan voluntary insurance. Menurut undang-undang Thailand, pihak ketiga atau pihak yang dilanggar layak menuntut pampasan kerosakan kenderaan dan kos bilangan hari tanpa kenderaan.

Jadi, untuk anda yang ingin ke Thailand dengan memandu kenderaan sendiri adalah dinasihatkan membeli insurans ini demi jaminan diri sendiri sekiranya berlakunya kemalangan. Pelbagai jenis insurans yang dijual di kedai-kedai sekitar Changlun dan Bukit Kayu Hitam sekiranya anda masuk melalui negeri Kedah.


Undang2 sana lain sikit...klau kecik langgar besar, besar salah walaupun kecik yg salah hahaha
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
1634976424751.png


JANGAN PANDU KE THAILAND TANPA INSURANS​

Mohd Farhan Alias
15/08/2019

Beberapa hari yang lepas warga Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kes kemalangan yang melibatkan kereta pendaftaran Malaysia yang dipandu oleh rakyat Malaysia dan juga kematian warga Thailand. Memang tidak dapat dinafikan Thailand yang kaya dengan keindahan semulajadi dan syurga makanan sentiasa menggamit warga Malaysia untuk berkunjung ke sana.

Namun sebelum meneruskan perjalanan atau perancangan anda, kata anda baca dahulu catatan yang dibuat oleh rakan penulis Norzaini Elias berkenaan insurans yang wajib anda beli sebelum memandu ke Thailand
===============================================================
Sebelum memandu ke Thailand, biasanya rakyat Malaysia akan singgah di kedai-kedai insurans Thai di sempadan untuk membeli insurans Thailand. Harganya pun agak murah antara RM18 ke RM20 sahaja untuk kereta selama 9 hari. Ramai yang tak tahu insurans ini hanya melindungi perkara berikut:

1. Kecederaan pihak ketiga 80K baht (perlindungan rakyat Thailand sahaja)


2. Jika pihak ketiga meninggal atau hilang upaya 300K baht (perlindungan rakyat Thailand sahaja)

1634976509469.png



Harta benda pihak ketiga tidak dilindungi. Jika kita ingin melindungi harta benda pihak ketiga, boleh ambil ‘voluntary insurance’. Tapi ‘voluntary insurance’ hanya lindungi kenderaan pihak ketiga sahaja. Harta lain seperti kedai, lampu isyarat, pagar dan sebagainya tidak dilindungi. Jumlah perlindungan adalah 200K baht.

Apa yang berlaku jika anda cuai dan menyebabkan kemalangan, dan jumlah insurans Thailand ini tidak mencukupi? Kebanyakan insurans perjalanan (‘travel insurance’) ada perlindungan ‘personal liability’. ‘Personal liability’ ini melindungi kita dari tuntutan kerugian yang dibuat melalui peguam atau mahkamah disebabkan kecuaian kita. Contoh petikan ‘policy wording’ dari AXA Travel Insurance:


1634976546063.png


Selain itu, ada insurans kemalangan diri (‘personal accident’) yang mempunyai manfaat ‘personal liability’. Tapi pastikan PA anda mempunyai manfaat perlindungan di luar negara. Contoh petikan dari policy wording AXA SmartPA Enhanced:

1634976569239.png


‘Travel insurance’ dan ‘Personal accident’ juga penting untuk anda melindungi diri sendiri jika berlaku kemalangan atau kerugian lain seperti dirompak. Jika anda memandu ke Thailand, lebih selamat jika anda ada salah satu dari insurans ini.

Ramai tidak tahu yang insurans kenderaan kita boleh ‘extend’ untuk melindungi kenderaan kita di Thailand. ‘Extension’ ini boleh ditambah semasa anda membeli insurans kenderaan. Jika insurans sudah berjalan, boleh buat ‘endorsement’ untuk tambah ‘extension’ ini. Untuk melancarkan urusan, seeloknya hubungi pihak insurans atau ejen insurans anda 2 minggu awal sebelum perjalanan jika ingin buat ‘endorsement’.

1634976607043.png


Sedikit pesanan jika anda terlibat kemalangan di Thailand, anda perlu buat perkara berikut:

1. Telefon talian kecemasan 911 atau jika kemalangan kecil hantar mangsa ke hospital

2. Tunjuk salinan insurans kepada polis atau hospital Thailand
3. Buat laporan polis di balai
4. Minta polis tolong buat laporan kepada insurans untuk tujuan tuntutan insurans

Akhir kata, pesanan jika anda ada penyakit sedia ada (‘existing illness’) dapatkan nasihat doktor sebelum ke luar negara. Insurans hanya melindungi kos perubatan ke atas insiden yang bersifat tidak sengaja atau ‘accidental’ sahaja. Untuk penyakit sedia ada, kos perubatan atau pemindahan hospital adalah tanggungan anda sendiri.


 

jaih

Legendary Member
Messages
10,172
Joined
Jan 14, 2006
Messages
10,172
Reaction score
537
Points
171
xingt dah pasal insurans nih... biasa ambik yg basic jaa takat doh ronda area golok...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register