BTC USD 51,030.8 Gold USD 1,779.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Thailand dibuka kepada pengunjung dari 46 negara bermula 1 Nov

stealthmovic

Active+ Member
Messages
2,842
Top Poster #3
Joined
Oct 16, 2011
Messages
2,842
Reaction score
82
Points
40
BANGKOK: Thailand bakal membuka semula sempadan kepada pengunjung daripada 46 negara berisiko rendah COVID-19 bermula 1 November.
Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha berkata usaha itu perlu diambil bagi menyelamatkan industri pelancongan yang teruk terjejas akibat wabak itu.

"Jika kita tunggu sehingga segalanya selesai, ia mungkin terlalu lewat.

"Selain itu, pelancong mungkin akan bercadang untuk pergi ke negara lain," katanya dalam catatan di akaun Facebook rasmi miliknya pada Khamis tanpa menamakan negara yang dimaksudkan itu.
Jelasnya, beliau sedar pembukaan semula sempadan negara terlalu awal akan membawa kepada risiko berlakunya penularan tempatan.

"Ini satu risiko yang perlu kami ambil namun Thailand kini lebih bersedia menghadapi penularan COVID-19.
"Selain itu kita perlu belajar hidup dengan virus ini," katanya.
Pelancong daripada 46 negara yang disifatkan sebagai berisiko rendah dibenarkan memasuki Thailand melalui laluan udara tanpa perlu menjalani proses kuarantin.
Namun mereka perlu menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 dan menunjukkan keputusan ujian saringan negatif sebelum menaiki pesawat.

Mereka juga perlu bersetuju untuk menjalani ujian saringan COVID-19 sebaik tiba di Thailand.
Tambah Prayut, dalam masa sama Kementerian Kesihatan Awam akan mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada rakyatnya.

Beliau turut menggesa orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan dan mengamalkan penjarakan fizikal.
"Saya harap kita semua akan menerima berita baik sempena cuti panjang tidak lama lagi," katanya.
Kementerian Luar Negara Thailand mengeluarkan senarai 45 negara susulan pengumuman Prayut itu, lapor Bangkok Post.

Pada 11 Oktober, Prayut mengumumkan pengunjung daripada 10 negara akan dibenarkan melawat negara itu bermula 1 November tanpa perlu menjalani proses kuarantin dengan syarat-syarat sama yang ditetapkan.
Ketika ini sebanyak 17 bandar telah dikenal pasti terbuka untuk pelancong asing namun masih tidak pasti jika beberapa bandar lain akan dibuka untuk menerima pengunjung susulan pengumuman Prayut itu.
17 bandar itu adalah:

Phuket
Surat Thani
Bangkok
Samut Prakan (Lapangan Terbang Suvarnabhumi)
Krabi
Phangnga
Prachuap Khiri Khan (Nong Kae, Hua Hin)
Phetchaburi (Cha-am)
Chon Buri (Pattaya, Bang Lamung, Jomtien, Bang Sare, Koh Sichang, Si Racha)
Ranong (Koh Payam)
Chiang Mai (Muang, Mae Rim, Mae Taeng, Doi Tao)
Loei (Chiang Khan)
Buri Ram (Muang)
Nong Khai (Muang, Si Chiang Mai, Tha Bo, Sangkhom)
Udon Thani (Muang, Na Yoong, Nong Han, Kumphawapi, Ban Dung)
Rayong (Koh Samet)
Trat (Koh Chang)


SUMBER
 
Last edited:
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
Pelawat dari 46 negara dan wilayah yang dikecualikan kuarantin wajib termasuk Australia, Kemboja, China, Hong Kong, Jepun, New Zealand, Arab Saudi, Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Malaysia.
Baca selanjutnya: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2015733

1634879727524.png
 

pijoe

Legendary Member
Messages
13,527
Paid Membership
Joined
Jun 11, 2008
Messages
13,527
Reaction score
1,387
Points
231
lama tak pergi thailand... ingat nak drive masuk thailand lagi la ... pergi phuket pulak... syurga makanan...
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
thailand femes dengan tpt berpemandangan indanh dan makanan
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register