Tetak isteri minta cerai

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,253
Reaction score
3,177
Points
201
brlakangtetak_1596085830.jpg

Lokasi di belakang rumah seorang isteri ditetak oleh suaminya di Ladang St Helier. - NSTP/Abnor Hamizam Abd Manap

JEMPOL: Berang dengan tindakan isteri mahu bercerai selain tidak berpuas hati dengan penafian wanita itu mengenai hubungan sulitnya dengan lelaki lain menjadi punca dia ditetak suami sendiri.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Ladang St Helier, Bahau jam 7.00 pagi semalam, wanita berusia 36 tahun yang bekerja sebagai penoreh getah itu parah ditetak suaminya dengan sebilah parang.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif, berkata terdahulu Selasa lalu, mangsa dan suspek pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendaftarkan perceraian.

Bagaimanapun suspek tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran sesudah mereka pulang ke rumah.

Suspek kemudiannya menuduh mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain namun dinafikan mangsa.

"Disebabkan tidak puas hati dengan penjelasan mangsa, suspek mengambil sebilah parang yang ada di belakang rumah dan terus menetak bahagian leher kiri mangsa.

"Suspek menetak mangsa beberapa kali sebelum menolak mangsa hingga jatuh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khairiel berkata kejadian turut disaksikan anak mereka yang berusia 11 tahun sebelum meminta bantuan jiran.

"Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah ( HTAN) dengan ambulans dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan luka tetakan di bahagian leher, tangan kanan dan kiri, patah bahagian lengan kanan dan retak tangan kiri," katanya.

Mohd Khairiel berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

 
Sponsored Post

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
647
Reaction score
228
Points
33
kalau mcm ni mmg tak dapat lah hak penjagaan anak.. tambah lagi dah kedalam lepas ni

ramai org ada masalah mental skrg ni.. nak mengamuk tak tentu pasal atau atas benda remeh
 
Sponsored Post
Top
Log in Register