akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 53,971
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 53,971
- Reaction score
- 6,425
- Points
- 881
- Awards
- 1
Tesla batal bina kilang: Kerugian besar buat Malaysia
Yusman AwangAugust 9, 2024
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk.
KUALA LUMPUR: “Kerajaan Persekutuan dilihat masih kekurangan usaha mengambil langkah proaktif untuk menarik pelaburan strategik seperti Tesla Inc. (Tesla).”
Itu penegasan Ahli Parlimen Parit, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib sambil menyatakan rasa kecewa terhadap berita mengenai keputusan terkini oleh Tesla untuk membatalkan rancangan mereka membina kilang pembuatan di Asia Tenggara, termasuk di Malaysia.
“Keputusan ini jelas menunjukkan masih banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki berkenaan dasar Kerajaan Persekutuan dalam menarik pelaburan asing, khususnya dalam sektor teknologi tinggi yang sangat diperlukan untuk memacu ekonomi negara kita ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, sebagai peneraju global dalam pengeluaran kenderaan elektrik (EV), Tesla berpotensi membawa perubahan besar kepada industri automotif Malaysia.
Muhammad Ismi Mat Taib
“Namun, dengan timbulnya berita pembatalan ini, Malaysia bukan sahaja kehilangan peluang untuk menjadi peneraju dalam industri EV di rantau ini, tetapi juga terlepas peluang untuk menyediakan ribuan pekerjaan berkualiti tinggi kepada rakyat tempatan,” tegasnya.
Tambah beliau, keputusan Tesla itu juga mencerminkan betapa masih banyak lagi usaha yang perlu dijana oleh Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan iklim pelaburan yang kompetitif dan menarik.
“Pelaburan seperti ini memerlukan sokongan dasar yang kuat, insentif yang menarik, serta infrastruktur yang canggih.
“Saya percaya ruang kelemahan dalam polisi ekonomi dan birokrasi sedia ada yang melambatkan proses pelaburan perlu diperbaiki segera untuk memastikan pelabur lain meneruskan pelaburan di Malaysia,” hujahnya.
Sehubungan beliau mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dilaksanakan segera termasuklah memperbaiki prosedur birokrasi yang membebankan, menawarkan insentif yang lebih kompetitif, serta memastikan kestabilan politik dan ekonomi yang boleh meyakinkan pelabur asing.
Ismi menyatakan, Kerajaan Persekutuan perlu memastikan bahawa Malaysia mampu bersaing dengan negara-negara jiran yang lebih proaktif dalam menarik pelaburan asing.
“Berita berkenaan perkembangan dari Tesla ini seharusnya menjadi pengajaran penting kepada kerajaan untuk tidak memandang ringan keperluan meningkatkan daya saing negara di pentas antarabangsa.
Beliau menyatakan lagi bahawa keputusan Tesla untuk tidak meneruskan pelaburan ini membuka ruang untuk Malaysia untuk menilai semula dasar dan pendekatan dalam menarik pelaburan asing, khususnya dalam sektor teknologi tinggi.
“Malaysia perlu lebih proaktif dalam menawarkan insentif dan memudahkan proses untuk syarikat global menanam modal di negara kita.
“Ini termasuk mempercepatkan proses birokrasi, memastikan kestabilan politik dan ekonomi, serta menawarkan infrastruktur yang canggih dan mesra pelabur,” jelasnya.
Sehubungan itu, Ismi menggesa kerajaan agar memperkenalkan dasar yang lebih agresif dalam mempromosikan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia.
“Ia termasuk memperkenalkan lebih banyak insentif kepada pengguna, membangunkan infrastruktur pengecasan EV yang meluas, serta meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan peralihan kepada kenderaan hijau.
“Saya berharap agar Kerajaan Persekutuan mengambil iktibar dalam isu ini sebagai batu loncatan untuk bertindak dengan lebih agresif.
“Kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan peluang ini hilang begitu sahaja.
“Negara kita pada hakikatnya mempunyai potensi besar dalam menjana pendapatan dari pelbagai sumber, tetapi ia memerlukan sebuah kerajaan persekutuan yang cekap dan proaktif untuk merealisasikannya,” katanya.
Sementara Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam kenyataan di media sosial berkata, Tesla tidak pernah memberikan sebarang komitmen untuk membuka kemudahan pengeluaran di negara ini,
“Pihak kementerian dan mana-mana agensi di bawahnya juga tidak pernah membuat pengumuman Tesla akan membuka kilang di Malaysia.”
Beliau mengulas mengenai laporan sebuah akhbar Thailand, yang memetik sumber tidak dinamakan berhubung keputusan Tesla membatalkan pembinaan kilang pengeluaran di Asia Tenggara, termasuk Malaysia.
Terdahulu, akhbar Harian Metro pada 12 Julai 2024 melaporkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk telah mengadakan pertemuan secara maya telah menyatakan persetujuan menubuhkan ibu pejabat Tesla di Cyberjaya.
“Ini adalah hal yang meyakinkan kepada pemacuan ekonomi negara. Justeru, dengan kemasukan Tesla ke Malaysia, ia akan memacu ekosistem EV negara.
“Saya beri jaminan kepada Musk. Saya meminta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz supaya memberi ruang dan perhatian untuk memenuhi keperluan mereka,” kata Anwar pada ketika itu.
Susulan itu, akhbar Kosmo! pada 2 Ogos 2023 melaporkan kenyataan Anwar yang menyatakan bahawa Tesla telah membeli kompleks besar di Cyberjaya untuk dijadikan sebagai ibu pejabat syarikat tersebut. – HARAKAHDAILY 9/8/2024