Tesco Perkenal Aplikasi “Scan & Shop” – Mudahkan Proses Pembelian & Pembayaran

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,316
Reaction score
3,057
Points
236
Tesco Malaysia hari ini telah mengumumkan secara rasmi pengenalan aplikasi “Scan & Shop” di semua cawangan seluruh negara (kecuali Tesco Extra Selayang yang dijangka diperkenalkan menjelang Jun 2020).

Aplikasi ini boleh terus dipasang pada peranti mudah-alih pengguna, seterusnya digunakan untuk mengimbas produk yang ingin dibeli - sekaligus memantau perbelanjaan mereka di pasaraya Tesco.

Sebaik sahaja selesai mengimbas dan memilih produk yang sepatutnya, pengguna boleh terus ke kaunter pembayaran, dan membuat pembayaran menggunakan bar kod yang dijana khusus.

Hal ini sekaligus memudahkan lagi proses pembayaran tanpa memerlukan pengguna mengeluarkan sebarang barangan daripada troli. Tesco juga mengatakan pengenalan aplikasi ini akan mempercepatkan lagi urusan pembayaran.

Pada masa yang sama, Tesco turut mengumumkan yang mana mereka akan menerima pembayaran menggunakan tujuh dompet digital popular, iaitu Alipay, Boost, GoodKredit, GrabPay, Kiple, Mcash dan juga TNG Digital.



Android - https://play.google.com/store/apps/details?id=org.a4_mobile.scanshop.my&hl=ms
iOS - https://apps.apple.com/my/app/scan-shop-malaysia/id1468555135
 
Top
Log in Register