Terus Di Tangkap & Tiada Lagi Amaran, Bangkit Isu Perkauman

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,213
Reaction score
3,308
Points
236
21.08.2019 - Kuala Lumpur, Tiada lagi amaran dikeluarkan terhadap pihak-pihak yang cuba membangkitkan sensitiviti perkauman, bangsa dan agama; sebaliknya mereka yang terlibat termasuk pemimpin politik akan disiasat dan ditangkap serta-merta, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

"Saya tidak teragak-agak untuk menangkap mereka (pihak bangkitkan isu perkauman) dan memang saya akan buat (lakukan tangkapan).

"Saya bagi arahan kepada anak-anak buah saya untuk siasat kes terkelas melibatkan keagamaan dan kaum. Jangan tunggu, terus siasat dan tangkap. Saya ulang tiada lagi amaran," katanya kepada Bernama News Channel di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata banyak pihak terpedaya dengan agenda tertentu yang dicipta pihak-pihak tidak bertanggungjwab untuk menimbulkan suasana tidak harmoni dalam negara.

Beliau berkata individu-individu yang terpedaya itu, kemudian berkongsi perkara tidak sahih, merakam video berbaur perkauman dan menyebarkannya di media sosial selain menghina dan memaki pemimpin negara.

"Saya menyeru kepada orang ramai jangan terpedaya dengan mainan politik pihak tertentu dengan secara tidak disedari mereka terperangkap, makanya orang yang menularkan video tidak tahu hujung pangkal, akhirnya mereka ditahan dan didakwa.

"Saya nasihatkan jangan ambil tindakan yang melulu dan ikut emosi," katanya sambil menambah tindakan pihak tidak bertanggungjwab ini telah mengakibatkan masyarakat keliru, takut dan negara dilihat seolah-olah porak peranda.

Abdul Hamid berkata pelbagai isu perkauman sedang dan telah diselesaikan pihak polis demi memastikan keharmonian dan ketenteraman awam sentiasa berada pada tahap terbaik.

"Saya menyeru pemimpin politik supaya mereka ada sikap tanggungjawab dalam bulan (Bulan Kebangsaan) ini kerana kita hendak sambut Merdeka. Banyak kenyataan tidak bertanggungjawab dikeluarkan, sepatutnya

Mereka (pemimpin politik) lebih bertanggungjawab selepas kita berjaya jalankan proses demokrasi cemerlang.

"Sekarang macam porak-poranda pula. Semua kaum, orang ramai jadi takut apa yang berlaku dalam negara kita ini, biarlah bertanggungjawab.. Jangan keluarkan kenyataan tanpa guna akal fikiran, hentikan semua ini," katanya



Berita asal https://www.sinarharian.com.my/arti...u-perkauman-terus-ditangkap-tiada-lagi-amaran
 
Sponsored Post

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,523
Reaction score
2,133
Points
151
- jgn terlalu ikut emosi...

yg mana yang suka duk provokasi melampau tu, kita kasi report je terus...settle...
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Kula tu dah kena soal siasat ke dulu?
Waytha tu bolehla dipanggil utk reman kan..

nak dakwa tu cerita lain, sekarang soal siasat dan reman dulu..

jenayah takde had masa, hal dulu boleh dibuka kertas siasatan..
 

adamrao

Active Member
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,487
Reaction score
151
Points
43
melayu ja kot kalo nak kena.. dalam fb tu yang dok kena nie.. jenis baru ja depa tulis asah parang 13 mei bla bla bla .. angkat parang.. satg mai la ne nooo ne nooo nak mai angkut.. skrip nie bukan baru.. dah lama dah dari zaman bn lagi benda dok jadi..

kejadian jadi.. mesti ada sebab.. sebab tu.. ampa x mau cari.. x mau buat kes? punca jahat tu x mau cari? yang dcari orang yang bangkit dari provokasi melampau..
 

rayz

Legendary Member
Joined
Jun 5, 2007
Messages
12,942
Reaction score
729
Points
161
men3 tu bila nk kena tangkap?


cakap tak serupa bikin
 

boca120879

Fun Poster
Joined
Dec 27, 2018
Messages
432
Reaction score
70
Points
20
Yahudi dlm Hadith
ada digambarkan
bersikap double standard.

Na tiru Yahudi plak....

Sunnah, x na ikut.....
 

cak cibo

Fun Poster
Joined
Apr 18, 2018
Messages
945
Reaction score
434
Points
41
Kita duk marah provokasi orang pada kita..

Yang provokasi Kita pada orang Kita buat buat lupa.

Susah nak kontrol orang..tapi paling senang nak ubah..Kita ubah diri sendiri..Kita stop provok..Kita control diri..

Pasti polis senang nak buat kerja.

Tangkap depa je
 
Sponsored Post
Top
Log in Register