BTC USD 48,281.4 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terus Dari Meja ADMIN PuncakGlobal (Kumpulan Pengurusan JaguhInternet)

suzzhadi

Active Member
Joined
Mar 19, 2008
Messages
1,653
Reaction score
0
Points
20
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada CariGold kerana memberikan peluang kepada kita semua mempromosikan website dan produk di forum ini...:)cgrock:)

Nama saya Nor Azizi B Abd Hadi berasal dari Perak dan kini menetap di Kajang. Saya adalah graduate UNITEN (99-03) dalam jurusan pemasaran dan kini saya menjalankan online business dan affiliate program...

Ramai yang bertanya "Bagaimana saya memulakan online business ini?".Ceritanya begini.. Lepas graduate saya bekerja dan pada malamnya saya berniaga nasi lemak dan burger di kolej UNIEN...Pagi petang siang malam saya bekerja, penat dan hasilnya hanya cukup makan...Alhamdulillah..Dalam diri ini nak juga merasakan seperti orang lain rasa..nak kahwin,nak ada rumah sendiri dan berkereta...

Saya berhenti kerja dan mencari peluang perniagaan yang sesuai dengan minat saya iaitu kerja sikit dan senang tapi dapat duit banyak. Macam-macam saya cuba, termasuklah pada 2007 saya join empay,abfund,eaindex,alarabic dan macam2 lagi tapi kemewahan saya hanya sementara...

Cari punya cari saya telah ditakdirkan berjumpa dengan Abd Rahman Ismail dan ramai yang mengelar beliau JaguhInternet...dia tanya saya ada kerja ker...saya cakap takder dan dia offer saya jadi ADMIN website affiliate dia..Saya mula2 tanya apa tu affiliate? dia terang la serba sikit...web saya yang pertama www.SegarNetwork.com dan di buka pada bulan 4 /2008, jual Hemaviton dan C-Pintrass....Alhamdulillah mendapat sambutan dan hingga kini masih beroperasi..

Seterusnya saya bukak website www.PuncakGlobal.com jual NOA SAUDA,Pherox dan Pherolins dan www.teaMMaya.net dan saya buka pada 2/08/2008 pun Alhamdulillah mendapat sambutan dan hingga kini PuncakGlobal telah bayar komisyen RM25,000 pada downline..Syukran.

Saya mula-mula tak percaya dan macam-macam fikir...ada ker orang nak beli barang aku dan masuk duit dalam akaun...macam-macam negatif thinking masa tu...Satu hari ada orang masuk RM1000 dalam akaun saya beli produk Hemaviton...lepas tu saya terus percaya dan bertambah keyakinan saya...Lepas tu duit masuk dan saya hantar barang...RM1 saya sedekah pada AIQAN..Alhamdulillah.

Kita kena banyak membaca dan mengkaji terhadap apa yang pelanggan mahukan...kena banyak idea dan produk yang lain dari yang lain...tiada yang datang bergolak begitu sahaja...

Berkat doa dan usaha...SegarNetwork dan PuncakGlobal kini mempunyai 10,000 downline seluruh Malaysia dan hitnya kini meningkat dari hari ke hari..dan dengan rezeki internet saya telah mendirikan rumahtangga dengan wanita idaman saya...syukran

Tujuan saya buka thread ini adalah nak berkongsi ilmu dan pendapat dengan anda semua berkenaan online business dan affiliate program?Bagaimana ingin memulakan online busines? Bagaimana mempromosikan website dan meningkat hit trafic website?... Semoga usaha saya mendapat sokongan anda semua...Sekian terimakasih..

p/s: Kalau kita berfikiran negatif kita akan dapat negatif result dan kalau kita berfikiran positif kita akan dapat positif resul...Maka berfikiran positif selalu dan bersangka baik terhadap Allah...kerana tiada yang mustahil bagi Allah swt...Allah swt bersifat harus baginya..


:)cgrock:)cgrock:)cgrock

Contoh thread di CariGold:

Minyak Habbatus Sauda' Dara Meningkatkan Tenaga Batin Anda....
AndroPenisGold dan Ebook Percuma-Teknik Memanjangkan Z4k4r Anda Dan Tahan Lama.
Mudah2u - Portal Terbaru Untuk Mempromosikan Website Anda Dari JaguhInternet!!!

contoh website affilate:







Azizi 0172961196
YM:aziziuniten
 
Last edited:
Sponsored Post

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
tahniah bro...

semoga succes selalu...

ko adalah contoh dalam diri aku..
 

suzzhadi

Active Member
Joined
Mar 19, 2008
Messages
1,653
Reaction score
0
Points
20
tahniah bro...

semoga succes selalu...

ko adalah contoh dalam diri aku..

Terima kasih ...setiap yang baik dan boleh dimanafaatkan wajib dikongsi bersama2...tak gitu
 

suzzhadi

Active Member
Joined
Mar 19, 2008
Messages
1,653
Reaction score
0
Points
20
Saya pun mula2 tak tahu....saya banyak baca ebook affiliate dan online business....dan apa yang penting kita mesti yakin pada rezeki Allah yang punya dan dia yang bagi kita....kita juga kena yakin dengan apa yang kita buat....positif thinking selalu...
 

suzzhadi

Active Member
Joined
Mar 19, 2008
Messages
1,653
Reaction score
0
Points
20
Dan kini saya duk umah dan lebih masa untuk keluarga...isteri saya mengajar di sekolah...saya leh duk umah jadi surirumah...heheeh
 

suzzhadi

Active Member
Joined
Mar 19, 2008
Messages
1,653
Reaction score
0
Points
20
Saya kini di Bintangor,Sarawak sbb isteri saya posting di sini dan saya dalam rangka memperluaskan online business di Sarawak...doakan saya yer...
 

suzzhadi

Active Member
Joined
Mar 19, 2008
Messages
1,653
Reaction score
0
Points
20
ASAS UNTUK BEGINNER

Jika anda baru mendengar perkataan Program Affiliate ataupun sudah lama mendengarnya tetapi masih lagi tidak memahami dengan sepenuhnya apakah sebenarnya Program Affiliate, saya akan menceritakannya secara asas.

APAKAH PROGRAM AFFILIATE

Secara ringkasnya begini. Anda membawa seseorang (pelayar Internet) ke suatu website dan mereka ini membeli produk/perkhidmatan yang ditawarkan oleh website tersebut ataupun mereka ini 'sign-up' untuk sesuatu di website tersebut, maka anda dibayar komisyen. Mudah bukan?

Atau dengan lebih jelasnya begini.
Program Affiliate adalah suatu program perkongsian keuntungan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat yang memasarkan produk/perkhidmatan. Anda akan dibayar komisyen jika berjaya 'menghantar' seseorang pelanggan ke syarikat tersebut sama ada secara online (Internet) ataupun offline!!

BAGAIMANA MENYERTAINYA?

Sebenarnya, untuk menyertai Program Affiliate adalah sungguh mudah. Sekarang ini, banyak syarikat-syarikat yang menganjurkan program ini dengan tujuan meluaskan lagi pasaran mereka dan secara tidak langsung ianya adalah suatu bentuk pengiklanan untuk produk/perkhidmatan mereka. Setakat diketahui, hampir semua Program Affiliate ini boleh disertai secara percuma. Ya!!!! Percuma!!


Secara umumnya, untuk menyertai Program Affiliate adalah mengikut langkah-langkah berikut:-

1) Kenalpasti syarikat yang menawarkan Program Affiliate yang ingin anda sertai.

Terdapat banyak syarikat di Internet yang menawarkan Program Affiliate untuk anda sertai. Bermula dari syarikat yang terlibat dalam penjualan buku, muzik, DVD movies atau games, barangan elektronik, makanan kesihatan, alatan sukan, pakaian, dan lain-lain lagi.....sehinggalah kepada syarikat yang memasarkan perkhidmatan seperti web hosting, web design, search engine, direktori, seminar perniagaan, dan bermacam-macam lagi. Pendek kata.....'MaCaM-mACaM Ada' !!!!

2) Baca, fahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan dalam setiap program (berbeza dari satu program ke satu program lain).

Ingat! Bacalah dengan teliti dan fahami segala isi kandungan perjanjian tersebut sebelum membuat sebarang keputusan. Ini amatlah penting bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari seperti masalah pembayaran, cara promosi, tempoh luput dan sebagainya. Langkah ini yang nampaknya sungguh mudah tidak harus dipandang remeh sama sekali.
Jika sudah bersetuju, daftarkan permohonan anda dengan mengisi 'form' yang disediakan oleh syarikat tersebut.

3) Masukkan link di dalam website anda untuk menghubungkan pelanggan ke website syarikat tersebut.

Perlu diingatkan bahawa tema website anda perlulah selari dengan produk/perkhidmatan yang anda rujukkan melalui Program Affiliate yang anda sertai. Sebagai contoh, anda mempunyai website yang sedang giat memasarkan buku-buku di Internet atau dengan kata mudah 'Online Bookstore'. Sudah tentu Program Affiliate yang terbaik untuk anda sertai adalah berkaitan dengan pemasaran buku, contohnya yang ditawarkan oleh www.Amazon.com

Apabila permohonan anda diluluskan, anda biasanya diberikan 'HTML code' ataupun 'link' yang mengandungi Affiliate username anda sendiri. Tugas anda hanyalah perlu meletakkan 'HTML code' ataupun 'link' tersebut ke dalam website anda. Jika ada orang klik dan seterusnya membuat pembelian, maka anda akan mendapat komisyen.

4) Tunggu bayaran komisyen anda (jika ada).

Sebenarnya tiada apa yang perlu dipelajari di sini kerana ianya adalah milik anda, bukannya milik sesiapa yang lain. Jadi terpulanglah kepada anda bagaimana untuk menerima bayaran komisyen tersebut, dan seterusnya terpulanglah kepada anda apa nak dibuat dengan duit tersebut. Ini semua adalah hasil dari usaha anda sendiri dan bukannya orang lain. Jadi hanya anda lah saja yang berhak!!!
 
Last edited:

suzzhadi

Active Member
Joined
Mar 19, 2008
Messages
1,653
Reaction score
0
Points
20
KELEBIHAN PROGRAM AFFILIATE

Seperti diketahui umum, terdapat bermacam-macam peluang perniagaan di Internet yang wujud pada zaman ini. Salah satunya ialah Program Affiliate yang terbukti mempunyai banyak kelebihannya seperti tersenarai di bawah:-

1. Tidak memerlukan produk sendiri. Ya, memang benar! Anda tidak perlu memeningkan kepala memikirkan untuk menghasilkan produk sendiri untuk dijual.

2. Mudah disertai dan boleh bermula dengan segera. Berbeza dengan jenis perniagaan lain di Internet yang memerlukan banyak masa sebelum boleh dimulakan, Program Affiliate boleh dimulakan dalam masa yang amat singkat. Jangan terkejut jika dikatakan ada yang boleh dimulakan dalam masa kurang dari 10 minit!

3. Boleh disertai secara PERCUMA!!! Selain itu, tiada had untuk anda menyertai seberapa banyak Program Affiliate yang ada di Internet. Dalam lain perkataan, tiada had bagi anda menjana pendapatan sebanyak mungkin.

4. Teknik pemasaran sudah disediakan oleh syarikat. Apa yang anda cuma perlukan ialah, pilih mana yang sesuai dan letakkan dalam website anda. Lebih menarik lagi, ada juga sesetengah syarikat yang menyediakan website bagi anda bila anda menyertai Program Affiliate mereka.

5. Tidak perlu terlibat dalam urusan jual-beli, sokongan teknikal mahupun khidmat lepas jualan bagi produk tersebut kerana ianya akan diuruskan oleh pemilik produk. Lebih penting dari itu anda tidak perlu risau tentang komen dari pelanggan kerana semuanya akan pergi kepada ADMIN.

6. Tidak memerlukan sebarang perisian atau teknik untuk mengesan jualan yang berjaya anda hasilkan kerana semuanya akan disediakan oleh syarikat yang menawarkan Program Affiliate tersebut.

Fokus = Kejayaan

Antara soalan yang amat biasa kita dengar apabila bercakap tentang Program Affiliate ialah: "Adakah perlu menyertai sebanyak mungkin Program Affiliate yang ada?"

Dengan munculnya beribu-ribu Program Affiliate di Internet pada hari ini, tidak mustahil lah mengapa persoalan di atas cukup popular pada masa sekarang. Tetapi, bagaimanakah anda sepatutnya membuat keputusan.

Secara logiknya ada dua pendekatan yang mudah kepada persoalan tersebut:-

Pertama

Sertai pelbagai Program Affiliate dan lakukan promosi dengan harapan tentu ada diantaranya yang akan 'mengena'. Teori ini berdasarkan prinsip kebarangkalian iaitu lebih banyak produk yang anda tawarkan, maka lebih tinggi kebarangkalian untuk anda mendapat komisyen. Teori ini cukup popular dan menjadi pilihan ramai atas dasar 'satu lebih baik dari dua'.

Kedua


Pilih dan sertai hanya beberapa Program Affiliate terbaik dalam suatu kategori tertentu dan tumpukan usaha anda di sini. Lakukan kajian detail tentang produk yang dipromosikan serta tingkatkan usaha pemasaran. Sentiasa fokus pada kategori yang dipilih ini dan cuba lihat pada produk-produk lain yang berkaitan. Mungkin ada yang termasuk dalam kategori yang anda pilih dan sesuai untuk dipromosikan bersama produk yang telah anda promosikan selama ini.

Seperti biasa, pastinya ada 'pro' dan 'kontra' bagi kedua-dua pendekatan di atas. Jangan buang masa anda untuk berbahas tentangnya. Yang penting sekarang adalah anda perlu bermula.

Jika ditanya mana satu pilihan kami, tentu sekali pendekatan kedua yang kami gunakan kerana:
•Ianya mudah bagi kami untuk fokus pada suatu kategori tertentu sahaja
•Ianya tidak popular dan kurang menjadi pilihan. Namun dari segi peratusan, ramai yang berjaya dengan pendekatan ini.
•Ianya terbukti sudah berjaya berbanding pendekatan pertama yang kami amalkan dulu.

Hanya selepas anda fokus pada tema yang dipilih, barulah traffik akan datang kepada produk yang anda tawarkan melalui Program Affiliate dan kebarangkalian untuk anda menjana pendapatan adalah cukup tinggi.

Rahsia Kejayaan Affiliate

Untuk berjaya dalam sesuatu kerja atau urusan semestinya memerlukan teknik-teknik tertentu. Begitulah juga halnya dengan Program Affiliate. Anda perlu menimbangkan teknik-teknik berikut jika anda ingin berjaya dalam Program Affiliate yang anda sertai.

1. Gunakan pelbagai cara untuk memaparkan link dalam bentuk teks. Sebolehnya, elakkan penggunaan banner secara rambang.
2. Berikan ‘personal recommendation’ terhadap produk yang anda cadangkan kerana ini mampu meningkatkan tahap keyakinan orang terhadap anda dan produk yang anda cadangkan.
3. Tumpukan banyak masa anda (sebaiknya lebih daripada 75%) kepada usaha pemasaran produk Affiliate anda. Kunci kejayaan dalam Program Affiliate adalah pemasaran, dan lebih banyak masa digunakan bagi tujuan tersebut bermakna lebih banyaklah komisyen jualan yang mungkin anda dapat.
4. Cuba sediakan perkhidmatan ‘email course’ dan cadangkan produk Affiliate anda dengan menggunakan link berbentuk teks dalam setiap email yang dihantar. Automasikan ‘email course’ anda dengan penggunaan Autoresponder.
5. Pilih Program Affiliate yang mudah dijual secara online. Contoh terbaik adalah e-book dan perisian (software). Keduanya boleh dijual secara automatik dan pelanggan boleh mendapatkan produk-produk ini dengan serta merta selepas belian dibuat.
6. Tumpukan perhatian kepada Program Affiliate bertingkat dan cuba sedaya upaya untuk membina rangkaian dowline anda sebanyak mungkin. Percayalah, teknik ini mampu memberikan pendapatan yang banyak dan berterusan. Saya sendiri sedang menerima komisyen berterusan melalui teknik ini.
7. Tulis artikel anda sendiri dan hantarkan kepada site yang mengumpul artikel di Internet seperti ArticleCity.com dan Articles-4-Free.com. Pastikan anda tidak terlupa meletakkan link untuk produk Affiliate anda di bahagian ‘resource box’. Dengan cara ini, link Affiliate anda akan tersebar dengan meluas di Internet bersama-sama artikel anda.
8. Gunakan perkhidmatan iklan dalam e-zine untuk memasarkan produk Affiliate anda. Iklan menarik dalam e-zine yang popular pasti membawa kepada jualan yang banyak.

Tiga Kemestian Affiliate

Berikut adalah tiga kemestian yang perlu anda pertimbangkan sebelum menyertai mana-mana Program Affiliate yang baru:-


Pertama:

Sertai Program Affiliate yang baru hanya jika anda yakin mampu mengekalkan fokus anda terhadap pertambahan tersebut. Adakah ianya akan mengalih tumpuan anda terhadap Program Affiliate yang sudah anda sertai sebelum ini? Atau, adakah Program Affiliate baru ini bersesuaian dengan program-program lain yang sedang anda promosikan?

Kedua:
Adakah anda mempunyai masa dan teknik yang secukupnya untuk mempromosikan Program Affiliate baru ini? Tidak kisahlah sejauh mana bagusnya sesuatu program itu diperkatakan, kejayaan anda dalam program tersebut hanya akan dapat dicapai jika anda boleh menumpukan usaha anda terhadap langkah memasarkan program tersebut.

Ketiga:
Adakah dengan menyertai Program Affiliate yang baru akan mengurangkan masa anda untuk mempromosikan Program Affiliate yang sudah anda sertai sebelum ini? Jika ya, ini bermakna pendapatan anda dari Program Affiliate yang sudah anda sertai sebelum ini akan terancam. Kecuali anda yakin Program Affiliate yang baru itu mampu meberikan pendapatan yang lebih lumayan, maka tiada sebab munasabah untuk anda sertai program baru tersebut.

Sudah menjadi lumrah Program Affiliate yang baru akan menawarkan sesuatu yang lebih memukau dan menarik minat kita untuk menyertainya. Sama ada dengan menawarkan nilai komisyen yang lebih besar ataupun lain-lain kelebihan, semua ini hanya akan dapat anda miliki sekiranya anda berjaya mengekalkan fokus dalam program tersebut.
 
Last edited:

suzzhadi

Active Member
Joined
Mar 19, 2008
Messages
1,653
Reaction score
0
Points
20
PANDUAN UNTUK BERMULA

Jadikan 10 langkah di bawah sebagai panduan untuk anda mulakan perniagaan Internet melalui Program Affiliate. Ingat! Jika anda buntu atau tersangkut di pertegahan jalan, kembali semula kepada langkah pertama dan bermula sekali lagi.


1. Tetapkan Matlamat
- Seperti setiap pekerjaan lain yang kita lakukan, matlamat yang ingin dicapai dari Program Affiliate perlu ditetapkan dengan jelas. Pastikan anda mempunyai target untuk dicapai dalam suatu tempoh tertentu daripada Program Affiliate yang disertai.
Contohnya:
“ Saya ingin memperolehi pendapatan RM100 sebulan melalui Program Affiliate yang disertai”

2. Cari Tema (Niche)
- Ingat, anda sekarang sedang merancang suatu perniagaan. Jadi pastikan memilih tema yang mampu meberikan keuntungan kepada anda.Wordtracker pastinya mampu membantu anda dalam memilih niche yang sesuai manakala SiteBuildIt mampu membantu anda membangunkan idea tersebut.

3. Pilih Syarikat Affiliate
- Anda boleh merujuk ke pelbagai directory di Internet untuk mencari Program Affiliate yang bersesuaian dengan topik yang telah anda pilih. Ingat! Tumpukan pada program yang menawarkan komisyen tertinggi hasil daripada jualan produk/perkhidmatan yang bermutu. U

4. Bina Website
- Mulakan usaha membina website berdasarkan topik yang telah anda pilih. Jika membinanya sendiri, dapatkan panduan dari James Martell. Jika perlukan pihak lain membangunkannya untuk anda, saya rekemenkan SiteBuildIt
Yang pastinya kedua contoh ini khas membantu anda menyediakan website untuk Program Affiliate.

5. Masukkan Affiliate Link
- Untuk semua artikel yang anda tulis berkenaan website anda, pastikan anda memasukkan Affiliate Link dengan ID anda yang betul ke dalamnya. Selain itu, penggunaan banner yang disediakan oleh syarikat Affiliate anda sertai juga berkesan bagi menarik perhatian pengunjung website anda.

6. Promosikan Website
- Letakkan usaha yang paling banyak di peringkat ini. Pastikan ianya berterusan kerana kejayaan sesuatu Program Affiliate paling banyak bergantung kepada sejauh mana ketekunan dan kejayaan anda mempromosikan website anda kepada orang lain. Gunakan segala kaedah promosi yang dinyatakan di dalam ‘e-book’ serta kaedah-kaedah lain yang anda ketahuit. Penggunaan search engine, e-mail, newsletter, directory dan link dengan
website lain adalah kaedah-kaedah yang wajib anda lakukan. Ingat! Lakukannya secara professional dan elakkan SPAM.

7. Tambah Informasi Dalam Website
- Sentiasa mengemaskini website anda dengan menambahkan informasi atau maklumat terkini. Jangan biarkan website anda ‘kaku’ dengan kandungan yang tak pernah berubah-ubah sejak sekain lama. Pengunjung akan hanya berkunjung lagi ke website kita jika ada apa-apa perubahan baru.

8. Luaskan Rangkaian Link
- Cuba kenali dan mulakan networking anda dengan pemilik-pemilik website yang lain dan sentiasa mencari website-website baru untuk anda masukkan link ke website anda. Dengan ini anda akan mampu meluaskan lagi promosi
website anda.

9. Bersabar
- Ingat! Kemunculan website anda adalah hanya salah satu daripada berpuluh ribu website baru yang muncul setiap hari. Jadi, jangan mudah berputus asa jika website anda masih belum mendapat jumlah pengunjung yang memuaskan hati dalam 3-4 bulan pertama. Teruskan usaha anda menambah baik mutu website dan kerja-kerja promosi. Pastikan anda sentiasa memantau prestasi anda. Sentiasa tanamkan dalam diri anda bahawa setiap kejayaan itu adalah beralaskan kesabaran.

10. Mulakan Langkah Pertama
- Ini merupakan penentu segalanya kerana jika anda tidak bermula dengan langkah pertama, tiada apa pun yang akan berlaku untuk mengubah nasib anda. Tiada gunanya segala teori dan ilmu yang anda pelajari kerana ianya tak akan memberikan ganjaran kepada anda selagi anda tidak BERMULA!!!
*Nota:
-Jangan terlalu gelojoh untuk bermula. Pastikan anda betul-betul memahaminya secara mendalam terlebih dahulu. Jika masih kabur, ulangi membaca maklumat berkaitan sehingga jelas. Jika anda yakin dan berusaha bersungguh-sungguh......ANDA PASTI BERJAYA!!!
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register