BTC USD 50,448.2 Gold USD 1,784.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tertuduh kes bunuh terlepas tali gantung

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR - Seorang mekanik yang menunggu hampir sembilan tahun untuk mengetahui keputusan sama ada beliau dihukum gantung atau sebaliknya, menarik nafas lega walaupun terpaksa terus berada di penjara apabila Mahkamah Tinggi,hari ini.

Anuar Isa Khan @ Mohamad Rizal Abdullah, 29, sebelum ini didakwa atas kesalahan membunuh seorang lelaki di sebuah pub tetapi Hakim Nalini Pathimanathan meminda pertuduhan itu kepada rompakan secara berkumpulan.

Nalini berkata, mengikut saksi pendakwaan dan keterangan pembelaan tertuduh sendiri, tidak dapat dipastikan siapakah yang menembak Phua Kim Huat, 50, dan tiada bukti yang boleh mensabitkan Anuar bersalah dalam kesalahan membunuh.

Beliau yang membuat keputusan di akhir kes pembelaan itu mensabitkan Anuar Isa Khan dengan kesalahan rompakan secara berkumpulan dan memerintahkan tertuduh dipenjara selama 15 tahun dari tarikh tangkap pada 25 Mac 2000.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Amity Pub and Cafe, No.192A, Kawasan 18, Jalan Kapar, Klang, Selangor pada 12.45 hingga 1.15 pagi, 25 Mac 2000 dan didakwa mengikut Seksyen 391 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.- Bernama
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register