BTC USD 61,059.6 Gold USD 4,272.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tertipu restoran mamak celup

sepanjang aku lahir dan hidup di terengganu selama 20 tahun lebih, aku tak pernah pergi kedai mamak.... sekarang memang ada kedai makan mamak ea di Terengganu?? atau aku je yang tak perasan selama ni??

kalau tak salah, dekat pasaraya My### /:)
 
Restoran mamak gagal pamer logo halal

Restoran mamak gagal pamer logo halal

mamakhalal_1547464869.jpg


SEBUAH restoran mamak terkenal di Kuala Terengganu bakal berhadapan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta jika sabit kesalahan berikutan premis perniagaan itu gagal mempamerkan tanda logo halal sah.

Restoran beroperasi lebih 10 tahun itu didapati melakukan kesalahan memperdayakan atau mengelirukan mengikut Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (perakuan dan penandaan halal) 2011.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Zulfamy Mat Udi berkata, pihaknya bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) serta Jabatan Kesihatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis itu dan mendapati pengusaha gagal menunjukkan sebarang sijil halal.

“Pemeriksaan dijalankan di bahagian hadapan dan belakang kedai itu seterusnya menemui logo halal dilekatkan pada sebuah peti di dapur.

“Kami dapati peti itu digunakan untuk meletakkan bahan sejuk beku dan logo halal pada peti itu menimbulkan keraguan serta menjadi kesalahan kerana ia digunakan tanpa kebenaran.

“Logo halal itu tidak mempunyai sebarang kelulusan daripada JHEAT justeru ia termasuk dalam kesalahan mengikut Seksyen 16 (A),” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati pemilik restoran itu beragama Islam dan pekerja daripada orang Islam, justeru ayat suci al-Quran yang digantung di dinding bersebab dan tidak disalah guna.

Katanya, pihaknya difahamkan pemilik tidak pernah memohon sijil dan logo halal daripada JHEAT, namun mereka berjanji akan berbuat demikian secepat mungkin.

“Kami sentiasa menjalankan pemeriksaan secara berkala di semua premis makanan termasuk di 17 restoran mamak di negeri ini.

“Sehingga kini sebanyak tujuh restoran mamak sudah diperiksa dan selebihnya akan dijalankan secara berperingkat.

“Pemeriksaan bertujuan melihat pematuhan terhadap perintah perihal dagangan dan penggunaan logo halal di kedai,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/412046/restoran-mamak-gagal-pamer-logo-halal
 
Good job kpdnhep. Tp kfc you them get away scott free
 
Last edited:
Aura apa bendanya. Tengok mamak tu uli roti canai pun nak muntah. Sampai ke siku. Tak tahulah mungkin sebab tu yg buat melayu ramai ketagih

ada sorg kawan sy pnah citer pengalaman dia ganti tukang uli roti kedai mamak yg nk balik kg....
sblm balik dia diajar mesti kena uli dlm bilik stor yg dikhaskan xde tingkap xde kipas..
kena pakai kain yg disediakan time nak uli roti .. jgn pakai baju...
bila dia tanya kenapa? sbb bilik panas jd jgn pakai baju... kain tu sbb pakaian dia mungkin kotor jd kn salin pakai kain dulu...
sedangkan kain tu pn x penah nampak berbasuh berbulan sepanjang dia keje situ .. abis pakai sidai ... kata kawan saya..#:-S

cuma satu la dia bgtau.. biasa roti yg dia uli tu x tahan lama.. yela kot sbb dh bermandikan peluh :D
 
Cer senaraikan restoren mamak yg owner mmg Islam...kedai depa ni xyahla boikot sbb depa x tipu...

Yg aku confirm owner Islam kt jb ni

1. Restoren ayub...owner Islam jiran blkang umah mak aku.

2. Restoren ahmad khan...owner Islam sokmo jupe kt mesjid time solat jumaat
 
Restoran mamak gagal pamer logo halal

mamakhalal_1547464869.jpg


SEBUAH restoran mamak terkenal di Kuala Terengganu bakal berhadapan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta jika sabit kesalahan berikutan premis perniagaan itu gagal mempamerkan tanda logo halal sah.

Restoran beroperasi lebih 10 tahun itu didapati melakukan kesalahan memperdayakan atau mengelirukan mengikut Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (perakuan dan penandaan halal) 2011.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Zulfamy Mat Udi berkata, pihaknya bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) serta Jabatan Kesihatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis itu dan mendapati pengusaha gagal menunjukkan sebarang sijil halal.

“Pemeriksaan dijalankan di bahagian hadapan dan belakang kedai itu seterusnya menemui logo halal dilekatkan pada sebuah peti di dapur.

“Kami dapati peti itu digunakan untuk meletakkan bahan sejuk beku dan logo halal pada peti itu menimbulkan keraguan serta menjadi kesalahan kerana ia digunakan tanpa kebenaran.

“Logo halal itu tidak mempunyai sebarang kelulusan daripada JHEAT justeru ia termasuk dalam kesalahan mengikut Seksyen 16 (A),” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati pemilik restoran itu beragama Islam dan pekerja daripada orang Islam, justeru ayat suci al-Quran yang digantung di dinding bersebab dan tidak disalah guna.

Katanya, pihaknya difahamkan pemilik tidak pernah memohon sijil dan logo halal daripada JHEAT, namun mereka berjanji akan berbuat demikian secepat mungkin.

“Kami sentiasa menjalankan pemeriksaan secara berkala di semua premis makanan termasuk di 17 restoran mamak di negeri ini.

“Sehingga kini sebanyak tujuh restoran mamak sudah diperiksa dan selebihnya akan dijalankan secara berperingkat.

“Pemeriksaan bertujuan melihat pematuhan terhadap perintah perihal dagangan dan penggunaan logo halal di kedai,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/412046/restoran-mamak-gagal-pamer-logo-halal

Bagus2,diharap operasi macam ni bukan hanya bermusim tp berjalan sepanjang masa..sambil2 tu kita pesan kepada ahli keluarga dan org terdekat dengan kita supaya menjaga bab makan dan minum,jangan ambil mudah lg..
 
Logo halal bersama gambar dewa Hindu

image.jpeg

PENGARAH KPDNHEP Pulau Pinang, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar menunjukkan tanda logo halal yang disalahgunakan oleh sebuah restoran makanan India yang boleh mengelirukan pelanggan Islam dalam operasi di Georgetown pagi tadi. - UTUSAN ONLINE

PULAU PINANG 16 Jan. – Tanda logo halal dicetak pada risalah menu dengan gambar dewa Hindu.

Itu tindakan yang dikesan dilakukan sebuah restoran makanan India di Little India, Georgetown di sini.

Akibatnya, restoran berkenaan disiasat kerana menyalahgunakan tanda logo halal selain cubaan mengelirukan pelanggan khususnya dalam kalangan umat Islam.

Kesalahan itu dikesan dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) negeri; Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pagi ini.

Dalam operasi yang diketuai Pengarah KPDNHEP negeri, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar itu, sebuah restoran yang mempunyai ritual agama Hindu turut disiasat kerana menyalahgunakan sijil penyembelihan halal.

Menurut Mohd. Ridzuan, operasi pagi ini melibatkan sebanyak empat buah restoran di sekitar Little India yang menjadi tumpuan ramai khususnya pelancong termasuk orang Islam.

Katanya, pemeriksaan mendapati tiga daripada restoran itu menyalahgunakan logo dan sijil halal bagi menunjukkan menu di premis mereka boleh dimakan pelanggan Islam.

“Selain itu, salah sebuah restoran turut dikesan melakukan representasi yang boleh memperdaya atau mengelirukan iaitu dengan menggantung ayat-ayat suci al-Quran.

“Perbuatan itu melanggar Perintah 4, Perintah Perihal Dagangan (takrif Halal) 2011,” katanya.

Menurut Mohd. Ridzuan, bagi kesalahan takrif halal, syarikat yang disabit melakukan kesalahan itu boleh didenda tidak lebih RM5 juta untuk kesalahan pertama.

Katanya, bagi individu pula, kesalahan itu boleh dikenakan denda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun.

Dalam pada itu, tambah beliau, operasi ke atas restoran-restoran di sekitar negeri ini dimulakan pihaknya sejak kelmarin dengan lebih 45 buah diperiksa setakat ini.

“Sepanjang tempoh itu juga, kita telah mengeluarkan hampir 10 kompaun terhadap restoran-restoran tersebut atas pelbagai kesalahan berkait dengan pematuhan lesen,” katanya.


http://www.utusan.com.my/berita/wil...-gambar-dewa-hindu-pada-risalah-menu-1.823390
 
Back
Top
Log in Register