Tertikam celah kangkang

CG Sponsors




notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim


ALOR STAR: “Saya menjerit kesakitan sambil berkali-kali minta mereka (rakan-rakan) cabut kayu itu kerana tengok banyak darah mengalir, tapi tak siapa pun berani.”

Begitulah kata Mohd Zain Hamid, 48, ketika menceritakan detik cemas apabila sebatang kayu patah sepanjang kira-kira satu meter tertusuk sedalam kira-kira 10 sentimeter pada kerandut telurnya dalam kejadian di Kampung Batu 17, Jalan Alor Star-Sungai Petani di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, Mohd Zain serta beberapa rakan sedang membantu anak saudaranya menurunkan sebuah jentera pembajak dari atas sebuah lori di kawasan rumahnya.

Pesawah itu berkata, sebelum kejadian, mereka menghidupkan enjin jentera pembajak bagi memudahkan ia dibawa turun dari lori berkenaan.






Bagaimanapun, katanya, sebelum sempat ia dikawal sepenuhnya, jentera berkenaan tiba-tiba menggelungsur dari atas lori menyebabkan mereka cemas.


“Saya dan dua lagi rakan yang ketika itu berada berhampiran lori terus mengelak, namun kayu yang diletakkan pada bahagian tayar jentera itu tiba-tiba patah, sebelum terpelanting dan menusuk bahagian kemaluan saya.

“Pada ketika itu, saya menjerit kesakitan dan melihat seluar berlumuran darah lalu menyuruh mereka mencabut kayu yang tertusuk itu tapi mereka tak berani.

“Saya percaya mereka tak mahu mengambil risiko berikutan bahagian yang tercedera itu terlalu sensitif,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, malam kelmarin.

Dia kemudian dikejarkan ke HSB kira-kira 30 kilometer dari tempat kejadian dengan kereta oleh beberapa rakannya.

Katanya, ketika dalam perjalanan, dia terpaksa memegang kayu yang tertusuk sedalam kira-kira 10 sentimeter di bahagian kelangkangnya dan hanya mampu melihat darah mengalir tanpa henti sambil ditenangkan rakan.

“Perjalanan ke hospital dirasakan saat paling menyeksakan. Saya rasa perjalanan itu terlalu jauh dan hanya mampu berdoa supaya segera tiba di hospital,” katanya.

Difahamkan, kayu berkenaan diletakkan pada bahagian tayar sebagai ‘laluan’ untuk memudahkan jentera itu diturunkan dari lori berkenaan.

Mohd Zain yang dirawat sebagai pesakit luar terpaksa menerima 10 jahitan akibat luka di tempat sulitnya.

Katanya, dia akan menyimpan kayu itu untuk dijadikan bukti kenangan pahit yang dialaminya kerana menusuk kemaluannya.

p/s:ni pun nak heboh ke..memalukan diri sendiri je :">:">:">
 
Sponsored Post

JaMeQ

Legendary Member
Platinum Member
Joined
May 15, 2007
Messages
16,163
Reaction score
101
Points
123
yg nko gi hebohkan lagi kat CG apsal??

ko x jual obat barang tertusuk kayu ker??

ekekke
 

aHmadDaniEL

Banned
Joined
Jul 20, 2008
Messages
18,080
Reaction score
6
Points
115
superb ko mike...seram siot...

gambar xder ker? :)):)):))
 

ulam

CG Top Poster Club
Joined
Apr 30, 2008
Messages
22,373
Reaction score
59
Points
120
lah cita jer ker, photo mana?... :-?
 

Pelesit Api Malaya

Active+ Member
Joined
Oct 20, 2008
Messages
2,549
Reaction score
162
Points
33
Apsal rasa gegeli jerk kat sarung gua ni... serius ni.. tetiba jer beb.. dh try nengok, ok jer.. hoho.. :D
 

ahib0205

Legendary Member
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
740
Points
166
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim


ALOR STAR: “Saya menjerit kesakitan sambil berkali-kali minta mereka (rakan-rakan) cabut kayu itu kerana tengok banyak darah mengalir, tapi tak siapa pun berani.”

Begitulah kata Mohd Zain Hamid, 48, ketika menceritakan detik cemas apabila sebatang kayu patah sepanjang kira-kira satu meter tertusuk sedalam kira-kira 10 sentimeter pada kerandut telurnya dalam kejadian di Kampung Batu 17, Jalan Alor Star-Sungai Petani di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, Mohd Zain serta beberapa rakan sedang membantu anak saudaranya menurunkan sebuah jentera pembajak dari atas sebuah lori di kawasan rumahnya.

Pesawah itu berkata, sebelum kejadian, mereka menghidupkan enjin jentera pembajak bagi memudahkan ia dibawa turun dari lori berkenaan.






Bagaimanapun, katanya, sebelum sempat ia dikawal sepenuhnya, jentera berkenaan tiba-tiba menggelungsur dari atas lori menyebabkan mereka cemas.


“Saya dan dua lagi rakan yang ketika itu berada berhampiran lori terus mengelak, namun kayu yang diletakkan pada bahagian tayar jentera itu tiba-tiba patah, sebelum terpelanting dan menusuk bahagian kemaluan saya.

“Pada ketika itu, saya menjerit kesakitan dan melihat seluar berlumuran darah lalu menyuruh mereka mencabut kayu yang tertusuk itu tapi mereka tak berani.

“Saya percaya mereka tak mahu mengambil risiko berikutan bahagian yang tercedera itu terlalu sensitif,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, malam kelmarin.

Dia kemudian dikejarkan ke HSB kira-kira 30 kilometer dari tempat kejadian dengan kereta oleh beberapa rakannya.

Katanya, ketika dalam perjalanan, dia terpaksa memegang kayu yang tertusuk sedalam kira-kira 10 sentimeter di bahagian kelangkangnya dan hanya mampu melihat darah mengalir tanpa henti sambil ditenangkan rakan.

“Perjalanan ke hospital dirasakan saat paling menyeksakan. Saya rasa perjalanan itu terlalu jauh dan hanya mampu berdoa supaya segera tiba di hospital,” katanya.

Difahamkan, kayu berkenaan diletakkan pada bahagian tayar sebagai ‘laluan’ untuk memudahkan jentera itu diturunkan dari lori berkenaan.

Mohd Zain yang dirawat sebagai pesakit luar terpaksa menerima 10 jahitan akibat luka di tempat sulitnya.

Katanya, dia akan menyimpan kayu itu untuk dijadikan bukti kenangan pahit yang dialaminya kerana menusuk kemaluannya.

p/s:ni pun nak heboh ke..memalukan diri sendiri je :">:">:">
er... kesimpulannya yang saya dapat, malang tak berbau. so berhati-hati lah sentiasa.

er.. kalau kayu tu tkar buh besi, er... besi pun boleh patah kan? :(( :(( :((
 
Sponsored Post
Top
Log in Register