Terry (CHEALSEA FC) dah lama curang

CG Sponsors




roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
metro online
“MEMANG dia boya darat,” kata seorang model ketika mendedahkan sikap kapten bola sepak England, John Terry.

Jayne Connery semalam berkata, Terry bukan baru ini berlaku curang terhadap isterinya, Toni. “Malah sejak mereka bertunang dia sudah menipu kekasihnya.” Menurutnya, bintang bola sepak itu baru berusia 20 tahun ketika mereka menjalinkan hubungan.


“Terry mengaku dia masih bujang ketika kami berkenalan pada 1999. Tetapi saya terkejut apabila menerima telefon daripada Toni, yang ketika itu sudah bertunang dengan Terry,” kata Jayne.


Ia petanda awal kecurangan berpanjangan Terry yang akhirnya terbongkar dengan pendedahan mengenai hubungan sulitnya dengan kekasih bekas rakan sepasukannya di Chelsea, Wayne Bridges.


Jayne yang kini berusia 42 tahun berkata, mereka berkenalan ketika dia bekerja sebagai promoter Legoland di Lapangan Terbang Heathrow apabila pasukan Chelsea bersiap untuk menaiki pesawat.


“Dia memuji kecantikan saya sambil menyerahkan nombor telefonnya. Sekembalinya ke Britain, kami melakukan seks. Dia pandai merayu,” kata model itu.


Bagaimanapun, Jayne berkata, dia mengesyaki sesuatu apabila Terry enggan keluar bersama. “Dia hanya mahu bertemu saya di rumah.” Hubungan mereka berakhir apabila Jayne menerima panggilan telefon mengejutkan daripada Toni yang mendakwa sudah bertunang dengan Terry dan bertanya sama ada mereka pernah tidur bersama.


Kerana merasa tertipu, Jayne memutuskan hubungan itu.


Kali terakhir mereka bertemui ialah ketika bercuti di Barbados pada 2008. Secara kebetulan, Terry, Toni dan anak mereka tinggal di hotel yang sama dengan jayne dan teman lelaki barunya.


Jayne berkata: “Dia kelihatan takut bila bertemu saya. Satu-satunya alasan saya tidak bersuara ialah kerana Toni dan anak-anaknya.” Sementara itu, karier Terry sebagai kapten England semakin tidak menentu selepas laporan mendedahkan dia menyebabkan teman wanita rakan sepasukannya hamil.


Menurut beberapa media Britain, model Perancis, Vanessa Perroncel, bekas kekasih pertahanan England, Wayne Bridge, menjalani pengguguran tidak lama selepas hubungan sulit dengan Terry bermula.


Sumber yang rapat dengan pemain berpendapatan 170,000 paun (RM926,000) seminggu itu berkata, pengguguran dilakukan di klinik swasta secara penuh rahsia. Vanessa masuk dan keluar dari klinik itu melalui pintu belakang.


Dalam pada itu, Isteri Terry, Tony semalam dilapor merancang meminta cerai selepas kecurangan suaminya terbongkar.


“Dia memalukan saya selama 10 tahun. Sudah cukup,” kata Toni yang dipetik oleh akhbar The Mirror.


Seorang rakan memberitahu akhbar itu: “Toni menangis dan begitu marah. Saya tidak pernah melihatnya dalam keadaan ini.” Satu sumber lain memberitahu akhbar News of the World, Toni bertengkar dengan Vanessa menerusi telefon kelmarin, menuntut model itu menjelaskan hubungannya dengan Terry.


Vanessa enggan mengaku. Kedua-dua wanita itu berkawan baik sebelum kecurangan Terry terbongkar.


Menurut sumber, Toni memberitahu Vanessa: “Seorang kawan tidak akan tidur dengan suami kawannya.


Skandal Terry dengan Vanessa, model pakaian dalam, dikatakan bermula selepas wanita itu berpisah dengan Bridge musim panas lalu.


“Mulanya mereka setakat bersahabat. Terry sering mengunjungi Vanessa, untuk memberi sokongan. Tetapi kemudian menjadi seksual pada September lalu. Vanessa hamil sebulan selepas itu dan menjalani pengguguran beberapa minggu kemudian,” kata sumber itu. Sementara itu, Vanessa, 29,, ketika bercakap kepada wartawan The Mail, enggan mengaku mempunyai hubungan seks dengan Terry.


Menurutnya, dia cuba meyakinkan Bridge bahawa dia tidak mempunyai skandal tetapi pemain Manchester City itu enggan percaya.


“Dia menelefon saya beberapa hari lalu dan memaki hamun saya, menuduh saya mempunyai skandal. Saya menafikannya, tetapi dia tidak mahu mempercayainya. Dia mempercayai dakwaan itu selepas media mendedahkannya,” kata model berkenaan.


“Saya berkawan baik dengan Terry. Kami tidak bercakap setiap hari tetapi sering berhubung. Saya kenal dia sejak lapan tahun lalu. Malah saya mengenalinya sebelum kenal Bridge. “Memang benar dia ada mengunjungi saya di rumah. Saya juga rakan rapat isterinya. Saya juga berkawan rapat dengan bekas tunang Frank Lampard, Elen. Saya tidak tahu apa pandangan mereka terhadap saya selepas ini. Saya hanya ibu tunggal.” katanya.


Vanessa tinggal di rumah berharga tiga juta paun (RM16 juta) di Oxshott, tidak jauh dari kediaman Terry yang tinggal bersama Toni, 28, kekasihnya sejak kecil lagi dan anak kembar mereka berusia tiga tahun.


Berita mengenai skandal mereka terbongkar ketika Vanessa dan Bridge yang tinggal bersama sejak tiga tahun lalu cuba mencari jalan penyelesaian berikutan perpisahannya mereka enam bulan lalu.


Bercakap mengenai rundingan itu, Vanessa berkata: “Bridge dan saya cuba cari jalan penyelesaian dan saya tidak boleh bercakap mengenainya sekarang kerana ia boleh menjejaskan rundingan.” Bridge yang ditemui semalam, enggan mengulas mengenai skandal itu.
 
Top
Log in Register