BTC USD 56,776.4 Gold USD 1,778.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terrorist Threat in Africa Nation | Al-Shabaab arah serang kepentingan AS, Perancis

Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,517
Reaction score
4,441
Points
601

Mozambique: army says attacked town of Palma is 'safe' from jihadists - Eye on Africa​

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,517
Reaction score
4,441
Points
601

Mozambique has a seen a rise in attacks across its northern region in recent months. Dozens of people were killed when ISIL-linked fighters raided a hotel in the northern town of Palma last month.

And now, it's emerged that 12 of the victims - possibly foreigners - were beheaded during that siege.

The attack prompted southern African leaders to hold emergency talks and come up with a response to the growing crisis.

But is a regional intervention the answer? And could it fend off the threat from ISIL?
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,517
Reaction score
4,441
Points
601

It has emerged that 12 people, some believed to be foreigners, were beheaded in a hotel in Mozambique during a recent raid by ISIL (ISIS) fighters. Regional leaders are trying to find a solution after a recent surge in violence.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,517
Reaction score
4,441
Points
601
14moga_1618412422.jpg

Dalam fail, lokasi kejadian sebuah kenderaan yang penuh dengan bom meletup di hadapan restoran berhampiran pelabuhan Mogadishu, Somalia pada 6 Mac 2021. - Foto AA

Bas langgar periuk api, 14 terbunuh di Somalia​


MOGADISHU: Sebuah bas mini meletup selepas terlanggar periuk api hari ini, menyebabkan 14 mangsa terbunuh dan empat lagi cedera di Somalia.


Pegawai kerajaan dari wilayah Hirshabelle, Andikarim Mohamed, berkata tragedi di pinggir ibu kota Somalia, Mogadishu, itu dikaitkan dengan tindakan pengganas.


"Kejadian mengerikan lagi dahsyat ini berlaku kira-kira 30 kilometer (km) ke utara Mogadishu.


"Kami sahkan seramai 14 maut dan empat lagi cedera dalam kejadian di tengah jalan antara Mogadishu dan Balcad," katanya.

Komander Tentera Somalia, Abshir Mohamed, yang bertugas di kawasan terbabit, menuduh tragedi itu didalangi pertubuhan berkaitan al-Qaeda, Al Shabaab Islamist, yang sering melakukan serangan di negara berkenaan.


"Pengganas ini tidak peduli siapa mangsa mereka dan sengaja menyasarkan orang awam.


"Mereka memasang periuk api yang membunuh orang awam yang tidak bersalah ketika menjalani kehidupan seharian," katanya kepada media tempatan.


Sementara itu, seorang saksi, Mohamud Adan, memberitahu AFP beliau melihat banyak mayat mangsa yang dibawa keluar dari lokasi letupan itu. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,517
Reaction score
4,441
Points
601

10 maut serangan pengganas di timur laut Nigeria​

KANO: Sekurang-kurangkan 10 maut selepas serangan pengganas di sebuah bandar di timur laut Nigeria, yang turut mengakibatkan sebuah pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terbakar.

Ekoran serangan itu juga, ratusan penduduk melarikan diri melepasi sempadan ke Niger.

Pengganas menganggotai kumpulan Islamic State West Africa Province (ISWAP) dikatakan menyerang Damasak di Borno kelmarin dan ia adalah serangan ketiga di bandar itu dalam tempoh seminggu.

Difahamkan, serangan berlaku ketika penduduk sedang berbuka puasa pada hari kedua bulan Ramadan, sebelum tindakan balas pasukan keselamatan memaksa pengganas berundur memasuki kawasan bandar.

Pengerusi kerajaan tempatan, Mutapha Bunu Kolo, memberitahu AFP bahawa tahap kemusnahan akibat serangan kali ini tidak pernah disaksikan sebelum ini.


"Mereka bertempur dengan pasukan keselamatan tetapi kemudian terpaksa berundur berikutan sokongan udara pasukan tentera," katanya.


Kolo dan pegawai tempatan lain turut mengesahkan seramai 10 orang maut dalam serangan itu.


Agensi PBB pada awalnya berkata lapan orang maut manakala 12 lagi cedera, malah mendedahkan sekitar 8,000 orang dilihat meninggalkan kediaman masing-masing menuju ke bandar Chetimari dan Gagamari di Niger.


"Menerusi laporan wakil kami di lapangan, pengganas turut membakar beberapa bangunan termasuklah balai polis, klinik dan kediaman kenamaan tempatan serta pejabat Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR)," katanya.


Dalam kenyataan itu, PBB menjelaskan tahap kemusnahan yang berlaku jumlah mereka yang terpaksa berpindah belum diketahui kerana anggota misi kemanusiaan sendiri terpaksa meninggalkan kawasan berkenaan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,517
Reaction score
4,441
Points
601

5 anggota tentera Nigeria maut diserang pengganas​

KANO: Sekurang-kurangnya lima anggota tentera terbunuh, empat cedera dan puluhan masih hilang selepas pengganas menyokong Daesh menyerang pangkalan tentera di Bono, Nigeria.

Jumaat lalu, pengganas Islamic State West Africa Province (ISWAP) menumpaskan pasukan tentera dari pangkalan di perkampungan Kamuya, 35 kilometer (km) dari daerah Biu selepas satu pertempuran.

Seorang pegawai tentera memberitahu AFP bahawa lima anggota tentera terbunuh dan mencederakan empat lagi dalam serangan terbabit.

"Setakat ini, 41 anggota tentera sudah kembali ke pangkalan dan 58 lagi masih hilang tetapi dipercayai berjaya menyelamatkan diri dalam serangan itu," katanya.

Tambah beliau, usaha mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan bagi mengesan mereka yang hilang.


Kamuya adalah kampung halaman bekas Ketua Tentera Nigeria, Leftenan Jeneral Tukur Buratai, yang berulang kali menjadi sasaran pengganas sehingga sebuah pangkalan tentera diwujudkan di situ.


ISWAP menumpukan sasaran terhadap fasiliti tentera sejak ia berpisah daripada kumpulan induk Boko Haram pada 2016 dan menjadi kumpulan yang berpengaruh.


Keganasan kini merebak ke negara jiran Niger, Chad dan Cameroon, mendorong satu gabungan tentera diwujudkan bagi menentang kumpulan terbabit. - AFP
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register