BTC USD 56,808.7 Gold USD 1,778.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terrorist Threat in Africa Nation | Al-Shabaab arah serang kepentingan AS, Perancis

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,517
Reaction score
4,441
Points
601
603f7e813362f_1614777145.jpg

Anggota keselamatan berkawal di lokasi letupan bom yang mengorbankan enam penumpang sebuah ambulans di Burkina Faso. - Foto AFP

Ambulans langgar periuk api, 6 maut

OUAGADOUGOU: Enam individu termasuk seorang wanita mengandung dan seorang kanak-kanak perempuan terbunuh di utara Burkina Faso selepas ambulans yang dinaiki musnah dalam letupan bom di lebuh raya.

Jurucakap kerajaan, Ousseni Tamboura, berkata sebuah ambulans dari pejabat kesihatan daerah Djibo merempuh periuk api di jalan berhampiran Gaskinde dan Namissiguia di wilayah Sahel.

"Tindakan pengecut dan ganas ini berlaku apabila ambulans terbabit dalam perjalanan ke Ouagadougou," katanya.

Enam yang maut termasuk seorang wanita mengandung, suaminya, dua wanita yang menemaninya, seorang kanak-kanak dan pemandu ambulans manakala sumber berkata kenderaan itu 'hancur dengan teruk'.

Burkina Faso seperti negara jirannya, Mali dan Niger, berdepan dengan serangan militan, khususnya di utara dan timur negara itu.

Lebih 1,200 orang terbunuh dan kira-kira sejuta orang meninggalkan negara itu sejak keganasan tercetus pada 2015.

Pada 22 Februari lalu, dua wanita terbunuh apabila kenderaan mereka terkena bom di wilayah Yagha, juga di utara negara.

Menurut pengiraan AFP, hampir 200 orang terbunuh dalam serangan objek peranti letupan (IED) sejak penggunaannya meningkat pada 2018. - AFP
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,517
Reaction score
4,441
Points
601
bandit_1614987387.jpg


Lelaki bersenjata bunuh 16 penduduk di Nigeria

KANO: Seramai 16 orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera ditembak sekumpulan lelaki bersenjata di kampung Tara di barat laut Nigeria, berhampiran sempadan Niger, semalam.

Pegawai kerajaan, Saidu Naino Ibrahim, berkata selain membunuh, kumpulan lelaki terbabit turut mencuri lebih 100 lembu penduduk kampung.

Katanya, penyerang dipercayai dari Dogon Zango dan menjadikan hutan berhampiran di luar wilayah Rugu sebagai markas mereka.

"Kumpulan pencuri ini melakukan jenayah di sekitar perkampungan berhampiran, bergerak dari kampung ke kampung untuk membunuh dan merampas harta penduduk," katanya.

Serangan itu berlaku sebelum subuh dan ia adalah satu daripada siri serangan dilakukan kumpulan pencuri sejak bertahun lalu yang sering bertindak ganas termasuk membunuh, merompak dan menculik.

Seorang penduduk, Lawwali Umeh berkata, penyerang datang dengan motosikal dan melepaskan senjata kepada penduduk kampung.

"Kami mengebumikan 16 mayat manakala sembilan lagi cedera parah," katanya.

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) pada Selasa lalu memberi amaran mengenai keganasan di barat laut Nigeria dan ia dijangka mengakibatkan penghijrahan penduduk ke Niger.

UNCHR mendedahkan, sejak Januari lalu, seramai 7,660 pelarian kebanyakannya wanita dan kanak-kanak lari dari Nigeria ke Maradi. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,517
Reaction score
4,441
Points
601
mogad_1614989136.jpg


10 maut serangan bom di Mogadishu

MOGADISHU: Seramai 10 orang maut akibat letupan bom di sebuah restoran popular di Mogadishu dipercayai angkara kumpulan pengganas Al-Shabaab.

Jurucakap polis, Sadik Dudishe mengesahkan letupan itu dilakukan pengganas Al-Shabaab menggunakan beca tiga roda dimuatkan bahan letupan yang kemudian ditolak ke arah restoran dipenuhi pelanggan.

"Pengganas melakukan serangan kejam dengan mensasarkan restoran sentiasa dikunjungi orang awam. Seramai 10 terbunuh manakala 30 lagi cedera dalam kejadian itu," katanya.

Sementara itu, pegawai keselamatan, Mohamed Osman berkata, angka kematian mungkin meningkat susulan kesan letupan kuat akibat serangan itu.

"Letupan sangat kuat dan mengakibatkan kerosakan teruk serta kematian orang awam. Operasi ketika ini masih diteruskan untuk mencari jumlah sebenar yang terbunuh tetapi maklumat setakat ini mengatakan 10 orang maut," katanya.

Sementara itu, pengarah perkhidmatan ambulans, Abdikadir Abdirahman pula berkata, seramai 20 disahkan maut dan 30 laut cedera.

"Anggota bertugas di tempat kejadian mengesahkan 20 orang maut dan 30 lagi cedera," katanya.

Mogadishu sentiasa menjadi sasaran keganasan Al-Shabaab yang menentang kerajaan susulan mendapat sokongan sekutu antarabangsa.

Kumpulan itu berjaya dilumpuhkan pada tahun 2011 namun saki baki anggotanya masih melancarkan serangan menentang kerajaan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,517
Reaction score
4,441
Points
601

At least 20 people were reported to have been killed with at least 30 injured, after a car exploded near a restaurant in Mogadishu, Friday in what is reported to be a suicide bomb attack.

Injured were seen being put on stretchers and carried into a hospital, with emergency cars and a police vehicle arriving in the area.

"My brother was having dinner with his friends when a car hit the restaurant and he died at the scene. We are at the hospital to collect his body, I saw other eight bodies at the hospital," said local Mohamed Abdi.

The blast reportedly occurred outside the Luul Yemeni restaurant. No one has yet claimed the responsibility for the attack.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,517
Reaction score
4,441
Points
601

The Nigerian schoolgirls released by kidnappers this week have now been reunited with their families and are back home. The girls had been in government care in the northern Zamfara State receiving medical checks following their captivity. While the news of the girls' abduction grabbed international headlines, many more kidnappings happen very often in northern and central parts of Nigeria.

Armed gangs take people hostage and demand money for their release.

DW correspondent Fred Muvunyi was in Zamfara, reporting on the kidnapping and subsequent release of the school girls. Then in neighbouring Sokoto State, he came across the story of a painful family tragedy.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,472
Reaction score
12,505
Points
2,376
SERANGAN BOM | 20 Maut Di Mogadishu

20 orang maut akibat letupan bom di sebuah restoran popular di Mogadishu, Somalia.

Polis mengesahkan letupan itu dilakukan kumpulan Al-Shabaab.

Kumpulan itu menggunakan beca tiga roda dimuatkan bahan letupan yang kemudian ditolak ke arah restoran dipenuhi pelanggan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register