jastho
Fun Poster
- Joined
- Nov 30, 2007
- Messages
- 756
- Reaction score
- 18
- Points
- 15
ALOR STAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, terpulang kepada DAP untuk keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini jika tidak bersetuju dengan dasar baru pemilikan rumah iaitu kuota Bumiputera dinaikkan daripada 30 kepada 50 peratus di semua projek perumahan.
"Itu hak dialah (DAP), kalau mereka hendak keluar (PR) saya hendak buat macam mana... mana boleh saya tahan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, semalam.
Beliau juga membidas tindakan pemimpin DAP dari luar Kedah yang campur tangan dalam isu itu sedangkan ia dipersetujui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tunggal DAP di Kedah, Lee Guan Aik dan parti Gerakan.
Bagaimanapun, akhbar melaporkan Gerakan dan DAP Kedah saling sokong-menyokong membantah dasar baru itu.
"Mengapa (pemimpin DAP) Selangor hendak datang sini (masuk campur), ini urusan Kedah dan biarlah kita selesaikan masalah kita... Jangan sibuk hal orang lain," katanya.
Beliau mengulas ugutan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP, Teng Chang Kim, yang menyokong jika Lee mahu meninggalkan PR dan menjadi pembangkang di Kedah jika Kerajaan Pas Kedah meneruskan dasar itu.
Teng dilaporkan berkata, ahli CEC DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, juga bersetuju jika Lee mahu bertindak demikian.
Azizan berkata, tindakan ugut-mengugut itu tidak akan menguntungkan kerajaan PR.
"Kalau di Selangor dan Perak pula Pas ugut untuk keluar (PR), apa mereka akan kata.
"Saya tidak suka orang ugut saya. Janganlah ugut, biar Kedah selesaikan masalah kita sendiri," katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengeluarkan kertas putih mengenai dasar itu untuk memberi penjelasan kepada semua pihak.
Azizan sebelum ini dilaporkan berkata dasar itu diperkenalkan untuk memastikan Bumiputera yang membentuk 80 peratus daripada kira-kira dua juta penduduk Kedah tidak terpinggir daripada memiliki rumah mampu milik.