BTC USD 28,445.7 Gold USD 1,969.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terowong Meru Kuala Kangsar – Ipoh ditutup 9 hari

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,779
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,779
Reaction score
576
Points
121
Terowong Meru Kuala Kangsar – Ipoh ditutup 9 hari

FB_IMG_1675508154072.jpg

KUALA LUMPUR – Pengguna lebuh raya yang menggunakan Terowong Meru bagi laluan Kuala Kangsar-Ipoh di Lebuhraya Utara-Selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka susulan penutupan lorong kiri di terowong terbabit di KM260.30 hingga KM262.05 (Arah Selatan) bagi kerja-kerja penambahbaikan turapan jalan.

Ia dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 7 Februari (Selasa) hingga 16 Februari (Khamis) 2023, antara jam 9 malam hingga 12 tengah hari setiap hari sepanjang tempoh tersebut.

PLUS berkata, sepanjang tempoh tersebut, laluan kontra akan diaktifkan secara berkala sekiranya perlu bergantung kepada keperluan semasa untuk membantu melancarkan pergerakan trafik di laluan terbabit.

Justeru, pengguna yang menghala ke selatan/Ipoh/Kuala Lumpur dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini.

Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS dari masa ke masa ketika melalui kawasan kerja terbabit. – MalaysiaGazette

#malaysiagazette
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register