tumpang sikit...
salam perkenalan,
pasal cacing...sebenarnya industri ni dah lama kat m'sia ...lebih kurang lewat 90'an/awal 2000. Diperkenalkan oleh jab pertanian dan projek perintis oleh HQ pertanian dibuat kat perlis...pernah masuk berita bab ternakan ni...cuma mungkin pengguna tak didedahkan apa yg sebenarnya hasil dari cacing tu.
hasil cacing pada awal pengenalannya cuma utk mendptkan baja dari sisa buangan najis cacing tu. Sisa tu adalah salah satu drp kategori baja organik...jika kita guna baja kimia, hasil tanaman kita berkemungkinan mempunyai sisa kimia dlm tanaman (kena buat ujikaji lab baru tahu), dan jika guna baja organik...hasil tanaman kita adalah yg semulajadi sbb baja organik adalah dari penguraian organik.
Trend semasa skrg, sayur organik adalah lebih mahal/3 kali ganda mahal dari sayur yg kita beli kat pasar mlm...kenapa? Krn sayur tu tidak mengandungi bahan yg kita tak perlukan. Ramai gol. berada mengambil sayur organik...lihat saja kat TTDI byk outlet/keadi jual sayur/bahan organik...hasil m'sia tak cukup terpaksa import.
potensi ternak cacing mmg besar, sbb ladang organik selalu guna bahan/baja dari cacing ni atau nama glamour 'vermikompos'. Sy telah guna kat pokok bunga kertas dsbnya...fuh, bunga cukup byk dan dan cukup sihat. nmpk perubahan yg sgt nyata. Kawan sy, jd agen jual baja vermi ni, semua customer dia puas hati.
itu sebhgaian dr ternak cacing, hasilkan baja. Tp sebenarnya, cacing itu sendiri byk khasiat...dah buat komestik,ubat dan byk lg. Cacing yg diguna bukan cacing m'sia, tp import dr indo& australia. Red worm/cacing merah.
Kursus kat morib...kalu tak silap...penganjur park man res.
Sy dah tgk tmpt dia ternak cacing, mmg menarik sbb sebelum ni ramai pengusaha buat teknik palong, dia buat/guna teknik rumah flat/bertingkat. Agak effisen dgn kos bangsal lebih kurang RM10k, tp dia boleh menghasilkan baja/benih cacing lebih dr itu. dia ant. pengusaha berjaya dan sampai kategori export kat jepun & china...masa bincang/jumpa dia, berhajat utk wujudkan jaringan pengusaha cacing bumi...utk target yg lebih luas dgn demand yg ada skrg.
nak tahu detail...contact pak man kat kg kanchong darat, banting. Bangsal & ldg dia betul2 hadapan rumah arwah dato' sidek (ayah misbun sidek) seberang jln.
sekadar membantu dan apa yg diketahui
