BTC USD 76,348.2 Gold USD 2,684.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terminal Bas Shahab Perdana Alor Setar Bakal Di Naik Taraf

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,749
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
62,749
Reaction score
6,957
Points
916
Awards
1
23.09.2024 - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan sebuah syarikat kontraktor hari ini menandatangani memorandum perjanjian (MoA) untuk menaik taraf dan mengurus Terminal Bas Shahab Perdana di sini, bermula 1 Okt ini. MoA itu ditandatangani Datuk Bandar Datuk Mohd Yusri Md Daud dan Pengarah Projek Syarikat Jasa Pedoman Sdn Bhd Mejar (B) Ahmad Zaidi Shuib, disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah Mejar (B) Mansor Zakaria. Mansor berkata projek naik taraf melibatkan kos RM12 juta itu melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama melibatkan Sistem Tiket Berpusat dan Sistem Operasi Terminal manakala fasa kedua pada April 2025 melibatkan kerja perubahan infrastruktur seperti pengubahsuaian dan reka bentuk semula laluan bas, ruang niaga, tandas dan lain-lain

"Usaha untuk menaik taraf ini sejak 2023 lagi tetapi kosnya terlalu tinggi jika ia dilakukan oleh MBAS sahaja, tetapi apabila ada syarikat yang berminat, menepati syarat dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik, kita sangat berbesar hati untuk bekerjasama," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi bas di terminal itu tidak akan terganggu sepanjang kerja-kerja naik taraf dijalankan dan premis itu dijangka berwajah baharu pada pertengahan 2025. Sementara itu, Mohd Yusri berkata usaha itu bertepatan dengan usia 25 tahun terminal berkenaan selain bagi menampung permintaan orang awam yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti.

"Kita juga menyokong inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan menyediakan bas elektrik yang akan digunakan di kawasan terminal nanti. Kemudahan dan prasarana ini sekali gus dapat merancakkan Tahun Melawat Kedah 2025 dan Mai Singgah Alor Setar," katanya.​

1727080082342.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register