Terlibat nahas: UMNO beri jaminan bantu pelajar UiTM

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KLANG 15 Feb. – UMNO Selangor akan memberi bantuan kepada seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang terlibat dalam satu kemalangan dipercayai dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan di Seksyen 7, Shah Alam, 7 Februari lalu.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, bantuan itu akan diberikan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa kepada Mohamad Bakri Mohd. Bazli, 23, yang hanya bekerja sebagai peniaga kedai kopi di Kota Bharu, Kelantan.

Katanya, bentuk bantuan akan diputuskan selepas perbincangan dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar.

"Alhamdulillah, keadaan Mohamad Bakri hari ini bertambah baik. Dia telah pun sedar daripada koma dan sudah boleh bercakap sedikit-sedikit,” kata Abdul Shukor kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.50 malam itu, ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang memandu kereta jenis Nissan X-Trail telah melanggar Mohamad Bakri yang menunggang motosikal jenis Yamaha SRE.

Kemalangan di Persiaran Kayangan dan Persiaran Institut di Seksyen 7, Shah Alam itu telah mengakibatkan penuntut tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah itu cedera parah di bahagian kepala dan terlantar koma di HTAR. – Bernama
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Nampak sangat bantuan bermotifkan politik...ramai lagi mangsa kemalangan tak ada pulak depa nak beri bantuan
 

onerich

Active Member
Joined
Apr 25, 2007
Messages
1,574
Reaction score
17
Points
25
rezeki student dikala musibah melanda.....takziah kpd beliau...semoga cepat sembuh.
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
655
Points
161
Yang kes dekat UNITEN tu tak nak bantu ke !
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
UMNO selangor yg prihatin..tahniah..
 

jejantas

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
919
Points
161
Bila badut2 nak buat lawak :eek::eek::eek::eek:
 

mangkaq

Super Active Member
Joined
Mar 13, 2008
Messages
8,834
Reaction score
71
Points
75
Kemalangan yg melibatkan ADUN saja yg akan diberikan bantuan!!
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,154
Reaction score
1,093
Points
201
baru aku tau .. selain kene sodomi .. klu kemalangan pon leh dapat bantuan dari umno yer
 
Sponsored Post
Top
Log in Register