- Joined
- Jul 15, 2009
- Messages
- 47,313
- Reaction score
- 442
- Points
- 136
SAYA berusia 25 tahun dan mempunyai kekasih. Kami berkawan hampir tujuh tahun tetapi belum berkahwin. Memang kami ada niat untuk mendirikan rumah tangga.
Masalahnya sekarang, keluarga kekasih tidak mahu menerima saya sebagai menantunya. Saya terkilan dan tidak tahu kenapa ibunya enggan menerima saya.
Bapanya seorang ustaz dan dia juga tahu mengenai hubungan saya. Saya tak sanggup berpisah dengan kekasih saya kerana terlalu banyak kenangan antara kami.
Tidak dinafikan kami pernah terlanjur dan saya pernah hamil. Kami berhasrat untuk menebus dosa dengan berumahtangga.
Namun masalah keluarga membuatkan dia tinggalkan saya. Saya tidak tahu nak buat apa lagi. Saya tertekan dengan masalah ini dan tak sanggup menghadapi hari mendatang.
Kadangkala timbul rasa ingin bunuh diri. Saya tahu lelaki di luar sana tidak mahu wanita yang tiada dara. Persoalan sekarang, bolehkah saya ceritakan yang sebenarnya kepada keluarganya? Tolong bantu saya. Saya tertekan.
INSAN TERINGAT KENANGAN MANIS
Dang Setia bukan anti lelaki, cuma tidak mahu golongan wanita seperti saudari menjadi mangsa keadaan sedangkan kesilapan berlaku akibat kerelaan kedua-dua pihak.
Dalam keadaan seperti itu, saudari perlu kuat berjuang demi diri sendiri. Kuatkan semangat kerana orang yang paling sesuai membantu kita adalah diri kita sendiri. Orang luar hanya mampu memberi nasihat tetapi kita lebih memahami keadaan getir yang dialami.
Bagi Dang Setia, saudari sekarang berada pada pihak yang kalah dan kekasih saudari dan keluarganya di pihak menang. Mengapa? Jawapannya seperti kata pepatah Melayu: ‘Habis madu, sepah dibuang.’
Lelaki seperti itu sebenarnya bacul. Ketika bercinta dialah hero tapi apabila berdepan masalah, cepat-cepat dia menyembunyikan diri dengan menggunakan alasan lumrah, iaitu ‘kerana masalah keluarga.’
Dang Setia tidak perlu mengambil masa lama untuk menjawab soalan saudari sama ada perlu atau tidak menceritakan keadaan sebenar kepada keluarganya. Jawapannya 100 peratus ya. Saudari perlu bingkas mempertahankan diri.
Dia harus bertanggungjawab sepenuhnya di atas perbuatannya terhadap saudari. Ceritakan kepada keluarganya sama ada ibu atau ayahnya mengenai pengalaman hitam dilalui saudari ketika bercinta, termasuk terlanjur dan pernah hamil.
Kalau si ibu enggan beri kerjasama, ceritakan kepada si ayah, apatah lagi dia seorang ustaz. Mungkin peringkat awal dia akan terkejut, marah, berleter atau memberi ‘syarahan’ kepada saudari, tapi bersabarlah.
Jika dia benar-benar ustaz yang berpegang kepada ilmu agama, dia pasti berusaha menyelamatkan seorang insan, apatah lagi gadis itu dirosakkan oleh darah dagingnya.
Maruahnya mungkin tercalar tetapi demi agama, insya-Allah dia akan mengahwinkan saudari dengan anaknya biarpun tidak dipersetujui isterinya.
Jika tidak, dia hanya ustaz pada nama, bijak berkata-kata dan menasihati orang lain, tapi apabila kena batang hidung sendiri, amanah agama pula diketepikan demi menjaga ‘muka’.
Apapun yang berlaku, saudari perlu mengambil risiko itu kerana seperti yang sudah diperkatakan awal tadi, saudari kini di pihak kalah. Saudari tidak rugi apa-apa kerana pada masa ini ibunya menghalang hubungan kalian biarpun kekasih saudari ingin bertanggungjawab.
Insya-Allah, saudari akan lapang dada selepas berterus-terang dengan keluarganya. Kalau saudari takut berdepan atau bercakap melalui telefon dengan ibu bapanya, gunakan orang lain yang boleh dipercayai.
Paling penting, mesej yang ingin disampaikan saudari diterima oleh ibu bapanya. Barulah saudari tidak ‘makan hati’ dan menyesal pada masa depan.