BTC USD 68,369.5 Gold USD 2,342.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terlampau Semangat Nak Kibar Bendera, Pengemis Panjat Tiang Elektrik Maut Lepas Kena Renjatan

Xploit Machine

Banned
gemgem
Messages
58,230
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,230
Reaction score
6,483
Points
916
Awards
1
12.03.2024 - Insiden tragis pernah menggemparkan seluruh warga Brazil apabila seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika perhimpunan politik pada Julai 2016. Kejadian mengejutkan itu berlaku ketika mangsa tanpa didedahkan identitinya bertindak memanjat tiang elektrik untuk menarik perhatian orang ramai dalam perhimpunan politik di Aracaju, Sergipe.Ia juga berlaku sebelum ucapan Presiden Brazil, Dilma Rousseff yang ketika itu digantung tugas dan sedang menghadapi pendakwaan di mahkamah. Dalam perhimpunan itu, Dilma mendakwa dirinya tidak bersalah dan menuduh bahawa pihak lawannya berkempen untuk menyingkirkannya daripada terus berkuasa dalam politik.

Pada masa sama, di sebalik ucapan itu, mangsa yang memakai seluar pendek mengalih perhatian orang awam dengan insiden malang yang menimpanya. Kejadian yang sempat dirakam dan tular di media sosial itu memaparkan mangsa bersemangat memanjat tiang sambil mengibarkan bendera sebelum terkena renjatan. Mangsa juga kelihatan mengendahkan amaran orang ramai tentang tindakan berbahayanya itu dan terus memanjat tiang hingga sampai ke bahagian kabel elektrik. Beberapa saat kemudian, terdapat percikan api ketika mangsa menyentuh wayar berkenaan sehingga menyebabkan kebakaran dan letupan besar di lokasi kejadian.

Mangsa juga dilihat terjatuh ke bawah sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran, namun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan akibat cedera parah. Media antarabangsa menyebut bahawa mangsa merupakan seorang pengemis berusia antara 20 hingga 25 tahun. Dia dilaporkan meninggal akibat serangan jantung selain mengalami kecederaan di kepala.

 
Back
Top
Log in Register