BTC USD 96,972.5 Gold USD 2,693.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TERKINIEnggan mohon maaf, MP DAP mahu jumpa pendakwah bebas Zamri Vinoth di mahkamah

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,275
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,275
Reaction score
1,004
Points
151

Enggan mohon maaf, MP DAP mahu jumpa pendakwah bebas Zamri Vinoth di mahkamah​


Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, RSN Rayer enggan mengemukakan permohonan maaf terhadap pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu berhubung kenyataan dibuat beliau di Dewan Rakyat baru-baru ini.

April 9, 2024


UP-Enggan-mohon-maaf-MP-DAP-mahu-jumpa-pendakwah-bebas-Zamri-Vinoth-di-mahkamah-01.jpeg

Foto: Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, RSN Rayer (kiri) & pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu (kanan).

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, RSN Rayer enggan mengemukakan permohonan maaf terhadap pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu berhubung kenyataan dibuat beliau di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Rayer berkata beliau telah membaca kenyataan akhbar Zamri dan peguamnya Haniff Khatri Abdulla sebagaimana dilaporkan Free Malaysia Today, bagaimanapun beliau berpendirian untuk tetap berpegang kepada apa yang disuarakan di Parlimen.

“Saya tidak memerlukan 14 hari untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan saya.

“Saya akan berjumpa Zamri Vinoth Kalimuthu di Mahkamah,” katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Media semalam melaporkan Zamri menuntut Rayer memohon maaf kerana membangkitkan tindakan undang-undang terhadapnya atas dakwaan beliau menghina penganut Hindu.

Zamri juga menuntut Ahli Parlimen Jelutong itu menarik balik kenyataan dibuat terhadapnya. Beliau memberi tempoh 14 hari berbuat demikian.

Menurut Zamri, beberapa laporan polis dibuat terhadapnya pada 2021 selepas beberapa individu mendakwa beliau menghina Lord Shiva dalam video yang dimuat naik di Facebook dan YouTube, berikutan itu beliau direman empat hari untuk siasatan.

Katanya, sekalipun pihak berkuasa memutuskan kes berkenaan tiada tindakan lanjut selepas siasatan dijalankan, namun Rayer mengulangi dakwaan terhadapnya di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Zamri pada Mac lalu dilaporkan mencabar Rayer untuk membuktikan dakwaannya bahawa beliau menghina kaum India beragama Hindu di Malaysia. — The Merdeka Times.

 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register