Terkini!!! Viva Palestina Berjaya Masuk Gaza

CG Sponsors




shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,004
Reaction score
208
Points
133
Kenyataan Viva Palestina Malaysia berhubung konflik terbaru di Al Arish, Mesir terhadap ahli konvoi Viva Palestina.

Rabu , 06/01/2010 – Viva Palestin Malaysia ingin mengekspresikan kekesalan dalam perkembangan terbaru di Al Arish, Mesir . Untuk menganiaya sekelompok sukarelawan berusaha untuk membantu meringankan beban rakyat Gaza adalah sama sekali tidak boleh diterima akal.

Dalam perbualan telefon dengan British MP, Mr George Galloway, ketua konvoi Viva Palestina ke Gaza, difahamkan bahawa polis anti rusuhan Mesir telah menggunakan kekerasan yang melampau termasuk merejam, memukul dan menembak gas air mata kepada ahli konvoi. Terdapagt ahli konvoi yang terluka dan dirawat di rumah sakit. Beberapa orang telah ditangkap, termasuk seorang mahasiswa Malaysia yang berpusat di UK.

Kami ingin mengingatkan kerajaan Mesir bahawa konvoi Viva Palestina memenuhi kehendak Mesir setibanya di sempadang Al Arish sepatutnya dapat masuk ke Gaza dengan sah. Namun, Mesir telah menambah syarat2 kemasukan ke Gaza semasa ketibaan konvoi dan ini menimbulkan pertanyaan apakah motif sebenar mereka ?? . Keadaan ini telah merenjatkan lima puluh trak bantuan ke Gaza.

Viva Palestin Malaysia dengan ini menuntut kerajaan Mesir supaya:

1. akan melepaskan semua ahli konvoi dan bertanggungjawab atas keselamatan mereka jika mereka belum diserahkan.

2. akan memastikan keselamatan, kecepatan dan bebas insiden kepada ahli2 konvoi ke Gaza.

Viva Palestina Malaysia mengulangi bahawa negara jiran Mesir mempunyai kelebihan dalam memastikan perjalanan konvoi mencapai misinya. Sebaliknya, seperti yang diketahui umum, kerajaan Mesir telah merosakkan perjalanan ini. Mesir yang mengakui berdiri menyokong rakyat Palestin ternyata dalam episod sedih telah merungkaikan segalanya. Kerajaan Mesir kini telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa memang ada pengepungan di Gaza dan Mesir adalah kaki tangan utama dalam jenayah keji ini.

Viva Palestina Malaysia sangat kecewa dengan tindakan memalukan kerajaan Mesir ini. Kami berharap kerajaan Mesir akhirnya akan melakukan apa yang benar terhadap Palestin dan menebus reputasinya yang telah compang-camping di mata ketamadunan dunia.

sumber Dr Hafidzi Mohd Noor (JIM)
penterjemah : gunx
 
Last edited:
Sponsored Post

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,004
Reaction score
208
Points
133
Warga Malaysia Antara 7 Yg di Tahan

Viva Palestina: 7 termasuk warga Malaysia ditahan
Januari 6, 2010 HermanSamsudeen

KAHERAH, Jan 6 – Lebih 10 anggota konvoi Viva Palestina cedera, empat daripadanya parah, dan tujuh ditahan polis Mesir dalam kejadian tunjuk perasaan di sini pada 11.40 malam Selasa waktu tempatan.

Yang ditahan termasuk seorang warga Malaysia, Ibrahim Mohd Azmi, pelajar Perubatan Universiti Bristol United Kingdom yang menyertai konvoi itu sebagai sukarelawan konvoi dari London 6 Dis lepas.

Tujuk perasaan itu oleh anggota Viva Palestina sebagai membantah keputusan Kerajaan Mesir melarang 59 buah kenderaan konvoi dibawa keluar dari pelabuhan Al-Arish untuk dibawa ke Gaza.

Polis Mesir bertindak ganas terhadap mereka selepas tiga jam anggota konvoi itu menunjuk perasaan di hadapan pintu masuk dan keluar keselamatan di pelabuhan El Arish.

Empat anggota konvoi yang parah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.-The Malaysia Insider
 
Last edited:

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,004
Reaction score
208
Points
133
Himpunan Aman Jumaat Bantah Mesir

PAS sokong himpunan aman bantah Mesir Jumaat ini

KUALA LUMPUR, 6 Jan: PAS menyeru semua ahli, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan golongan yang simpati kepada nasib rakyat Palestin untuk menyertai perhimpunan aman pada 8 Januari ini sebagai membantah tindakan Kerajaan Mesir yang berkerjasama dengan Zionis Israel untuk menindas umat Islam di Gaza.

“PAS menyokong tindakan sayap Pemuda PAS yang akan mengadakan himpunan aman dan menyerahkan memorandum bantahan pada 8 Januari ini,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk berkumpul di Bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak sebelum berarak ke Kedutaan Mesir selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan tersebut.

Ini, katanya berikutan Kerajaan Mesir dilaporkan enggan membenarkan sebuah kapal yang membawa konvoi antarabangsa melibatkan 17 buah negara dengan 150 kenderaan membawa beratus-ratus tan bekalan kemanusiaan masuk ke Gaza melalui pelabuhan Nuweiba di Laut Merah.

Kerajaan Mesir telah mendesak konvoi Viva Palestina berkenaan menyerahkan bantuan melalui pelabuhan Mediterranean, iaitu jarak lebih jauh yang memerlukan konvoi berkenaan berpusing ke semenanjung Sinai dan melalui Terusan Suez sebelum sampai ke El-Arish kelmarin.

“Kezaliman Mesir ini jelas membuktikan sokong mereka kepada tindakan Israel yang menutup pintu sempadan di Nahal Ozz di timur pusat bandar Gaza dan mengepung rakyat Palestin dengan hanya membenarkan satu laluan sahaja dibuka untuk memasuki Gaza iaitu melalui Kerem Shalom di tenggara Semenanjung Gaza,” katanya.

Tambahnya, tidak cukup dengan itu, Mesir juga didapati menutup mata dengan tindakan Israel yang meluluskan pembinaan empat bangunan apartmen baru untuk peneroka haram Yahudi di timur Baitulmaqdis yang berada dalam wilayah rakyat Palestin.

PAS, katanya kesal kerana sebagai sebuah negara Islam dan anggota OIC, Mesir tergamak bersubahat dalam menindas rakyat Palestin
Diposkan oleh ABU NIDAL

Harakahdaily
 

virtualbiz

Active+ Member
Joined
Feb 20, 2008
Messages
4,899
Reaction score
177
Points
33
pemerintah mesir pun bersekongkol dgn yahudi zionis gak...:(
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,004
Reaction score
208
Points
133
Jom Kutuk Negara Mesir!!!!Seorang Pelajar Malaysia ditangkap di Mesir sumber

Berderau juga rasanya hati dan badan bila menerima sms tentang peristiwa kekejaman Mesir dalam menangani isu ini hingga berlaku kekejaman dan kezaliman dan penangkapan...

Baca di bawah dan nyatakan sokongan anda dengan pelbagai cara kalau tidak dapat hadir sama..

Masa dan waktu yang diberikan dibawah telah ditukar di saat akhir kerana Ambassador akan cabut awal lagi...

Jadinya semua akan berkumpul pada jam 1.45 petang dan bukannnya 2.45 seperti di bawah.
.....................................................................................................................

The convoy of hope from London to Gaza has been attacked. Members injured & hospitalised, also arrested, including a Malaysian student. This was because the convoy members protested against the Egyptian government's refusal to allow some 50 trucks into Gaza. Bear in mind that the convoy complied with all of Egypt's demands before this.

I spoke to Mr George Galloway via telephone Wed, 6th Jan at 7.36 am (M'sian time) & he said there was "massive violence" by the Egyptian police. Stones were thrown, beatings, tear gas. Some members have been hospitalised & some arrested. Those arrested include a Malaysian student studying in the UK. Currently 10 Turkish MPs are negotiating with top Egyptian officials. Egypt has just proven to the world that there is indeed a siege on Gaza.

Viva Palestina Malaysia is very concerned for our fellow Malaysians & all the rest in the convoy. Malaysia has 9 vehicles carrying aid to the people of Gaza.

VPM will be handing over a memorandum to the Egyptian ambassador this afternoon expressing our outrage at this latest incident and demanding that the Egyptian government ensures the safety of the convoy and the quick delivery of badly needed aid.

VPM calls on all our friends to join us this afternoon when we hand over the memo and bring about a conclusion to this journey which began a month ago over thousands of miles.

Date: Wed, 6th January, 2009
Time: 2.45 pm
Place: Outside Egyptian Embassy
12, Jalan Rhu, Off Jalan Ampang Hilir, 55000, KL.


See you there & do circulate this widely.

regards

Azra Banu
Secretary
Viva Palestina Malaysia
016 209 4500

Posted by ummu asiah at 12:30
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,004
Reaction score
208
Points
133
Mesir bebaskan warga Malaysia

January 7, 2010 | By Khairul Faizi |
Viva Palestina: Mesir bebaskan warga Malaysia

EL-ARISH (Mesir), Jan 7 — Ibrahim Mohd Azmi, rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana terbabit dalam tunjuk perasaan pada malam kelmarin, dibebaskan pada pukul 3.30 petang semalam waktu tempatan.

Ibrahim, pelajar perubatan Universiti Bristol United Kingdom, yang kelihatan letih selepas ditahan selama 15 jam di balai polis berdekatan, terus menghubungi keluarganya sebaik tiba di bandar pelabuhan ini.

Beliau kemudian menyertai semula konvoi Viva Palestina yang menanti masa untuk meneruskan perjalanan ke Rafah sebelum memasuki Gaza untuk menghantar bantuan kemausiaan kepada rakyat Palestin.

Beliau yang ditemui Bernama TV bersyukur dengan pembebasannya dan menyifatkan pengalaman dalam lokap selama 15 jam tidak seteruk anggota konvoi yang lain.

Katanya, beliau langsung tidak diberi makanan dan minuman sepanjang ditahan, malah telefon bimbitnya dirampas.

“Alhamdulilah, tak teruk pun. Kena pukul biasa-biasa aje, ditahan di lokap antara 14 hingga 15 jam tanpa sebarang kemudahan asas. Telefon bimbit turut dirampas dan menyebabkan tidak boleh berhubung dengan sesiapa,” katanya.

Pada kejadian itu, lebih 10 anggota konvoi Viva Palestina cedera, empat daripadanya parah, dan tujuh ditahan polis Mesir dalam kejadian tunjuk perasaan di sini pada 11.40 malam kelmarin waktu tempatan.

Tunjuk perasaan itu oleh anggota Viva Palestina sebagai membantah keputusan Mesir melarang 59 kenderaan konvoi dibawa keluar dari pelabuhan El-Arish untuk dibawa ke Gaza.

Polis Mesir bertindak ganas terhadap mereka selepas tiga jam anggota konvoi itu menunjuk perasaan di hadapan pintu masuk dan keluar keselamatan di pelabuhan itu.

Empat anggota konvoi yang parah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut di hospital berdekatan.

Semasa berita ini ditulis, konvoi Viva Palestina masih berada di pelabuhan El-Arish, menunggu lampu hijau daripada pihak berkuasa Mesir untuk meneruskan perjalanan sejauh 40km lagi untuk sampai ke Rafah.

Rundingan antara pihak berkuasa Mesir, konvoi Viva Palestina yang diketuai pengasasnya, George Galloway dan pihak berkuasa Turki sudah berakhir.

Konvoi Viva Palestina akhirnya terpaksa akur dengan permintaan Mesir supaya meninggalkan 59 daripada 220 kenderaan konvoi di Mesir.

Galloway berkata satu persetujuan dicapai iaitu 59 kenderaan itu akan dihantar ke kem pelarian Palestin di Syria dan Lubnan. — Bernama
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
mesir kan tmpt firaun dulu2..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register