TERKINI!!! UPDATE Kebangkitan & Revolusi Rakyat Syria - PART 2

CG Sponsors




Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Top Poster Of Month
Joined
Nov 9, 2008
Messages
38,121
Reaction score
2,807
Points
201
Fighting rages in northwest Syria; two Turkish troops killed
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Top Poster Of Month
Joined
Nov 9, 2008
Messages
38,121
Reaction score
2,807
Points
201
Erdogan gesa Putin hentikan serangan rejim Syria di Idlib



ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menggesa rakan sejawatnya dari Russia, Vladimir Putin menghentikan tindakan ketenteraan regim Syria di wilayah Idlib.

Menerusi perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin terbabit, Erdogan menegaskan tindakan ketenteraan perlu dihentikan serta-merta bagi menghalang krisis kemanusiaan di wilayah berkenaan berlanjutan.

“Dalam perbualan itu, Presiden menekankan bahawa tindakan ketenteraan rejim Syria perlu disekat dan krisis kemanusiaan yang berlaku di Idlib perlu dihentikan,” menurut kenyataan media yang dikeluarkan pejabat Presiden Turki.

Putin pula memberitahu Erdogan bahawa beliau bimbang dengan tindakan agresif kumpulan jihad di wilayah berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, kedua-dua pemimpin bersetuju rundingan dua hala dalam mengurangkan ketegangan, menjamin gencatan senjata dan meneutralkan ancaman pengganas di Idlib perlu diperhebatkan.

“Erdogan turut memberitahu Putin bahawa jalan penyelesaian kepada masalah itu adalah dengan kembali kepada Perjanjian Sochi yang ditandatangani pada tahun 2018, dengan membenarkan Turki menubuhkan pos ketenteraan di Idlib bagi menghalang serangan regim,” menurut kenyataan itu.

Di Brussels, Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menggesa sidang kemuncak khas mengenai Syria perlu diadakan secepat mungkin bersama pemimpin Jerman, Russia dan Turki.

Berucap pada Sidang Kemuncak Belanjawan Kesatuan Eropah (EU), Macron berkata, serangan Syria menyebabkan risiko kepada isu kemanusiaan selain peningkatan konflik dan krisis migrasi. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register