BTC USD 63,340.6 Gold USD 1,793.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terkini!!! Laporan Audit Negara puji pengurusan Tabung Haji cemerlang di bawah PH

Luke

Super Active Member
Joined
Sep 20, 2007
Messages
6,594
Reaction score
875
Points
121
Laporan tahunan Tabung Haji untuk tahun kewangan 2019 sudah ada di laman sesawang TH.

Anda boleh memuat turun mengikut pautan ini http://www.tabunghaji.gov.my/ms/korporat/informasi-korporat/laporan-tahunan-th

Laporan audit bersih dan tidak ada ”emphasis of matter”.

..

IMG_20210923_223630.jpg
IMG_20210923_223640.jpg
 
Sponsored Post

MrDisc

Active+ Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
2,748
Reaction score
313
Points
46
Sabau2 dulu....boleh naik aji diskaun nnti musim kobid nie nnti...tggu annoucement nak PRU nnti... :p
 
akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,559
Reaction score
2,914
Points
206
LAPORAN AUDIT 2019 TABUNG HAJI MEMBUKTIKAN SEKALI LAGI PENIPUAN PAKATAN HARAPAN

Antara perkara yang pemimpin PH seronok sangat hari ini adalah kononnya langsung tidak ada teguran daripada Ketua Audit Negara (KAN) tentang prestasi kewangan Tabung Haji bagi tahun 2019. Kononnya betullah tindakan mereka selama ini telah berjaya menyelamatkan Tabung Haji.

Inilah masalah dah jadi menteri, dah jadi YB sekalipun masih tak reti baca laporan kewangan

Memang betul dalam Laporan Kewangan 2019, tidak dinyatakan emphasis of the matter oleh KAN. Tetapi jika anda baca betul-betul perenggan ke 6 dan 7 ms 69 (Lampiran 1), KAN telah menyatakan bahawa Lembaga Pengarah Tabung Haji bertanggungjawab penuh dalam menilai kemampuan berterusan Tabung Haji.

Isu kemampuan Tabung Haji ini pula berkait dengan teguran Ketua Audit Negara pada 2018 yang menyatakan ketidakpastian beliau adakah Tabung Haji mampu memperoleh semula bayaran RM27 bilion daripada Urus Harta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) (Rujuk Lampiran 2)

Soalnya, kenapa kali ini KAN seolah-olah melepaskan diri dalam isu ini? Sebab dalam Nota 10 ms 148 (Lampiran 3), Lembaga Pengarah dan Pengurusan TH telahpun mengisytiharkan keyakinan mereka bahawa sukuk ini akan dibayar penuh apabila tiba masanya

Masalahnya sekarang pada ms 146 pula (Lampiran 4) dinyatakan bahawa sukuk ini tidak dijamin kerajaan. Malah pada mukasurat 148 Nota 10 vi) (Lampiran 5) pula dinyatakan bahawa surat sokongan kewangan Kementerian Kewangan yang menjadi asas keyakinan Lembaga Pengarah TH bahawa sukuk ini akan dibayar juga menyatakan bahawa ia tidak boleh dianggap sebagai satu jaminan kerajaan

Jadi bagaimana Lembaga Pengarah dan Pengurusan TH zaman PH boleh yakin bahawa sukuk ini akan dibayar kalau tidak ada satupun jaminan daripada kerajaan?

Ini yang pertama

Sekarang kita pergi isu kedua. Adakah tanpa jaminan kerajaan UJSB ini mampu membayar RM27.6 bilion kepada Tabung Haji dalam tempoh 9 tahun?

Pada Lampiran 6, saya kemukakan laporan audit UJSB bagi tahun 2019. Pendapatan mereka bagi tahun tersebut adalah RM233.98 juta. Ini adalah pendapatan daripada dividen dan sewaan aset Tabung Haji yang telah dipindahkan kepada mereka pada tahun 2018.

Soalan saya kalau setahun income tak sampai RM234 juta, kalau 9 tahun jadi berapa?

Nak bayar macammana sampai RM27.6bilion? Kau darab pakai sifir berapa?

Satu lagi rujuk Lampiran 7. Finance cost UJSB tahun 2019 adalah RM472.6 juta. Nak servis macammana kalau income pun tak sampai RM234 juta?

Jadi Laporan Kewangan Tabung Haji 2019 ini telah membuktikan bahawa PH berbohong. Sukuk ini sebenarnya TIDAK PERNAH DIJAMIN KERAJAAN.

Isu ketiga, apakah benar Tabung Haji telah pulih di bawah pentadbiran PH?

Tak payah pening kepala. Tengok ms 21 (Lampiran 8). Dinyatakan bahawa:

i. Jumlah pendapatan 2019 adalah RM3.217 bilion - merosot RM1.33 bilion berbanding 2017 (RM4.55b)

ii. Jumlah keuntungan bersih 2019 adalah RM1.837 bilion - menurun RM1.567 bilion berbanding 2017 (RM3.4b)

iii. Bilangan pendeposit 2019 adalah 8.75 juta orang - jatuh 520 ribu orang berbanding 2017

iv.Simpanan pendeposit 2019 adalah RM69.4 bilion - turun RM786 juta berbanding 2017

Jadi kalau semua merosot, semua menurun, semua jatuh, maka pulih kut mana?

Dan paling penting adalah isu keempat. Iaitu selama ini dituduh bahawa Tabung Haji telah menipu keuntungan pada zaman kerajaan BN.

Tapi Laporan Kewangan kali ini mengiktiraf semua angka-angka keuntungan operasi, keuntungan bersih dan jumlah pendapatan yang telah dilaporkan sebelum 2017

Kalau pengurusan lama menipu, yang masih pakai angka mereka pasal apa?

Nak buat propaganda dodoikan budak-budak PAN boleh lah. Kalau nak tipu kami, usaha la lagi

---
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu

Luke

Super Active Member
Joined
Sep 20, 2007
Messages
6,594
Reaction score
875
Points
121
Tajuk kutbah jumaat PAS, Tabung Haji dijual kepada Cina..

..............
 
Last edited:

SMI6

Active+ Member
Joined
Jan 3, 2016
Messages
3,294
Reaction score
754
Points
86

org PH mana tahu baca report
 
akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,559
Reaction score
2,914
Points
206
org PH mana tahu baca report
Keuntungan th tahun tu hanya atas kertas sukuk
Yang xtau ade nilai atau tak. Kerajaan pun xjamin sukuk tu
Kalau ujsb linkup atau xdapat bayar, mmg kertas kosong

Buat tabung milo pun belum tentu dapat balik
 
Luke

Super Active Member
Joined
Sep 20, 2007
Messages
6,594
Reaction score
875
Points
121
Bayar hibah guna duit pendeposit.
------------------------------------------------------

IMG_20210924_000344.jpg

Berdasarkan dapatan siasatan dalaman terhadap Tabung Haji (TH) oleh PricewaterhouseCoopers (PwC) baru-baru ini, TH didakwa mengalami defisit RM4.1 billion bagi 2017 dengan jumlah aset RM70.3 billion, berbanding jumlah liabiliti RM74.4 billion.

Ironinya, defisit ini bukan disebabkan oleh kecurian, tetapi kerana pemberian hibah (dividen) yang lebih tinggi daripada sepatutnya bagi beberapa tahun yang lalu.
Siasatan dalaman yang dijalankan juga mendapati TH memanipulasi laporan perakaunannya dengan melakukan dua kaedah perakaunan kreatif dalam memberikan gambaran hibah yang diberikan adalah berdasarkan keuntungan.

Ini termasuk beli balik jualan terhadap saham pegangannya dalam Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bagi mencatatkan keuntungan RM553 juta dan juga pengumuman dividen tinggi oleh anak syarikat TH sebagai pulangan pelaburan oleh TH, namun jumlah masih berbaki RM222 juta tidak dibayar penuh kepada TH.

Berdasarkan pendedahan ini, rumusan dibuat bahawa dividen (hibah) yang dibayar TH kepada pendeposit menggunakan simpanan pendeposit itu sendiri, sekali gus bertentangan Seksyen 22(3) Akta Tabung Haji 1995, iaitu hibah hanya boleh dibayar jika nilai aset melebihi nilai liabiliti.

Konsep sebenar hibah

Justeru, isu pengagihan hibah yang tidak mengikut prosedur ini mengundang persoalan mengenai konsep sebenar hibah dari sudut syariah dan kewajaran TH mengisytihar hibah di dalam isu ini.

Dari sudut definisi secara literal, hibah berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud hadiah.

Dari sudut konseptual, Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-4 mendefinisikan hibah satu pemberian secara sukarela kepada orang lain dengan tujuan baik.

Islam menggalakkan hibah berdasarkan dalil berikut: “Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.” (An-Nisa’ 4:4).

Dalam kewangan Islam, konsep hibah digunakan sebagai satu instrumen pulangan terhadap simpanan deposit yang dilakukan oleh pendeposit di institusi kewangan Islam. Harta yang diletakkan dalam akaun deposit berasaskan kontrak ‘wadiah yad dhamanah’ bermaksud simpanan dengan jaminan.

Berdasarkan kontrak ini, pendeposit telah memberikan kuasa kepada institusi kewangan Islam untuk menyimpan harta bagi tujuan menjamin keselamatan harta daripada risiko kehilangan, kemusnahan, kecurian dan sebagainya.

Selain itu, institusi kewangan Islam juga telah diberikan kuasa untuk menggunakan simpanan pendeposit sepanjang dalam simpanan mereka, termasuk untuk melabur bagi mendapatkan keuntungan.

Berdasarkan hukum syarak, keuntungan dijana daripada penggunaan simpanan pendeposit sebenarnya hak milik institusi kewangan Islam sepenuhnya.

Namun, atas budi bicara pihak institusi kewangan Islam ke atas pelanggannya, mereka memberikan sebahagian tertentu daripada keuntungan itu kepada pelanggan yang dianggap sebagai hibah atau hadiah.

Dalam erti kata lain, tidaklah menjadi satu kewajipan bagi institusi kewangan Islam, termasuklah TH dalam memberikan hibah bagi simpanan pendeposit.

Tekanan dorong manipulasi

Berbalik kepada konsep hibah, sekiranya sesuatu pemberian tidak dilakukan secara sukarela atau dalam erti kata lain, pemberian itu datangnya daripada tekanan untuk mengisytiharkan hibah, perlu untuk kita mempersoalkan kewajaran pemberian berkenaan.

Disebabkan norma masyarakat yang berpendapat bahawa semua simpanan di institusi kewangan Islam mesti mempunyai pulangan, TH didapati bukan sahaja mengalami tekanan untuk mengisytihar hibah lebih tinggi daripada sepatutnya, bahkan turut menyebabkan berlaku manipulasi keuntungan seperti yang didakwa.

Masyarakat terutama pendeposit perlu tahu bahawa objektif asal penubuhan TH adalah sebagai satu inisiatif, terutama kepada orang Islam untuk menyimpan sebahagian daripada harta mereka bagi tujuan melakukan ibadat haji dan umrah.

Berdasarkan objektif asal ini, TH kemudiannya memanfaatkan penggunaan simpanan pendeposit dengan melakukan pelaburan bagi menjana keuntungan dan seterusnya memberikan hibah kepada pendeposit.

Tambahan pula, selain membantu orang Islam dalam menunaikan haji dan umrah, TH juga bertanggungjawab membantu pendeposit membayar zakat apabila hibah yang diterima telah pun melalui proses zakat.

Justeru, pendeposit sepatutnya bersyukur kerana TH bukan sahaja membantu dalam urusan haji dan umrah, malah menawarkan perkhidmatan untuk menyimpan harta dan memberikan pulangan terhadap pelaburan simpanan itu mengikut hukum syarak.

Namun, ini bukan satu alasan, terutama kepada pengurusan TH untuk memandang ringan tanggungjawab ini.

Mereka perlu lebih bekerja keras memastikan amanah diberikan mestilah dilaksana sebaik-baiknya, di samping mengharapkan keredaan dan keberkatan daripada Tuhan.

Penulis merupakan Felo Siswazah, Universiti Sains Islam Malaysia

...........
 
Luke

Super Active Member
Joined
Sep 20, 2007
Messages
6,594
Reaction score
875
Points
121
IMG_20210924_000958.jpg

Saya akan cuba mengulas berkenaan keperluan memindah aset tidak untung milik Tabung Haji (TH) kepada syarikat tujuan khas (SPV) bagi tindakan jangka pendek dengan bahasa mudah dan difahami orang awam.

Menurut standard laporan kewangan (FRS), sesebuah syarikat harus mengisytiharkan kerugian jika nilai saham yang dibeli jatuh 20 peratus berbanding kos asal secara berterusan dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan. Bagaimanapun, menurut Pricewaterhouse Coopers (PwC), TH sebelum ini menetapkan had ambang (threshold) 70 peratus untuk tempoh 24 bulan. Angka itu diubah dua kali pada 2017, kepada 85 dan 90 peratus.

PwC berkata jika had ambang ditetapkan pada 70 peratus, TH patut mengisytiharkan kerugian sebanyak RM1.313 billon. Jika pada 85 dan 90 peratus pula, kerugian patut diisytiharkan masing-masing sebanyak RM171 juta dan RM1 juta sahaja.

PwC berkata tindakan menyembunyikan kerugian ini dengan tujuan menunjukkan jumlah keuntungan yang cukup untuk membayar dividen pada 2012. Akta Tabung Haji 1995 tidak membenarkan pengagihan dividen ketika rugi. PwC berkata jika standard biasa dipakai (had ambang 20 peratus untuk tempoh 12 bulan), jumlah kerugian penuh ekuiti adalah sebanyak RM4.258 bilion.

Bagi menghadapi masalah peninggalan pentadbiran lama tersebut, TH dilihat berusaha mengemas kini aset tidak menguntungkan yang bernilai lebih RM 19.9 billion (berbanding asset yang bagus bernilai RM 57.1 bil). Ertinya aset ini semuanya rugi di atas kertas dan jika tidak memberikan hasil kepada TH bagi tahun kewangan terkini dan kewujudannya di dalam buku TH hanya merosakkan kesihatan laporan kewangan, TH yang akhirnya akan menyekat pemberian dividen kepada pendeposit.

Maka bagi merawat hal terbabit dengan segera, pihak TH memilih untuk memindahkan atau menukarkan aset tidak untung ini (sebagaimana klasifikasi yang ditetapkan oleh TH sendiri dan kaedah perakaunan) kepada SPV di bawah Kementerian Kewangan.

Ini satu bail out

Ia perlu dilaksanakan kerana tiada entiti perniagaan yang ingin membeli aset kurang bagus itu pada waktu ini, maka Kementerian Kewangan adalah entiti yang tepat mewakili kerajaan Malaysia bagi tujuan menerima pemindahan dengan berbalaskan pegangan instrumen pelaburan Sukuk dan saham keutamaan boleh tebus – Islamik (RCPS-I) untuk dimiliki oleh TH.

Pegangan Sukuk bertempoh matang tujuh tahun terbabit akan memberikan jangkaan pulangan sebanyak lima peratus setahun kepada TH berbanding aset tidak bagus sedia ada yang tidak memberikan apa-apa. Bagaimanapun RCPS-I yang bernilai RM 9.9 bilion tiada tarikh matang dan tiada dividen tetapi sentiasa terbuka untuk ditebus kembali oleh TH. Jika digabungkan kedua-duanya bererti untuk aset bernilai RM 19.9 bilion, TH bakal mendapat pulangan 2.5 peratus setahun.

Saya juga tidak lihat bagaimana mungkin Kementerian Kewangan akan ‘merampas’ aset tiada hasil itu di masa akan datang, Menteri Kewangan (Diperbadankan) atau MOF Inc membawa agenda kerajaan, berbeza dengan syarikat yang sifatnya hanya mengejar keuntungan. Kecuali jika SPV di bawah MOF inc itu menjualnya kepada pihak ketiga. itu pun perlu diputuskan oleh kerajaan dan bukannya keputusan satu dua orang sahaja, khususnya jika aset terbabit adalah aset strategik.

Semua wang pendeposit turut dijamin oleh kerajaan. Sebenarnya kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan ‘hampir’ boleh dikatakan sedang ‘bail out’ TH melalui dua instrumen ini. Orang yang tidak biasa isu kewangan mungkin menganggapnya sebagai pelik.

Aset tidak bagus atau tidak menguntungkan TH dikenal pasti menerusi dua kriteria. Bagi hartanah, ia membabitkan aset dengan hasil kurang dua peratus dan bagi ekuiti, kemerosotan nilai melebihi 20 peratus. Justeru jumlah nilai asset tersebut mencecah RM19.9 billion.

Sefaham saya, tindakan pemindahan kepada SPV dan menerbit instrumen pelaburan Sukuk dan RCPS-i tersebut boleh memberi kebaikan kepada TH.

Pertama, ia menjadikan TH mungkin berpeluang mendapat keuntungan daripada pegangan sukuk sebanyak lima peratus setahun berbanding terjerat dengan aset tidak untung serta merosakkan tanggungan liabiliti dengan membesarkan jumlah impairment loss dalam laporan kewangan Tabung Haji.

Kedua, ia memastikan TH mampu memberikan dividen kepada pendeposit kerana tanpa pemindahan melalui terbitan dua instrumen patuh shariah itu, TH akan dikira dalam keadaan defisit dengan liabilitinya melebihi aset justeru – menurut aktanya – tidak boleh membayar dividen.

Jangan politik berlebihan

Adalah hal biasa SPV di bawah MOF Inc bertindak untuk tujuan-tujuan spesifik memegang aset kerajaan atau institusi kerajaan. Dulu pun kerajaan merawat non-performing loans melalui Danaharta Nasional Bhd yang berfungsi seperti SPV pada waktu itu.

Kini model yang digunakan dan dibentuk di bawah MOF ialah dengan mengambil aset dengan ’bayaran’ sukuk dan RCPS-I sebagai balasan kepada TH. Ini tidak bermakna aset itu dimiliki oleh menteri kewangan, timbalannya atau mana-mana individu politik, tetapi dipegang oleh kerajaan Malaysia sendiri. Mungkin menjadi sebahagan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pada masa akan datang juga.

Sebaiknya isu ini tidak dipolitikkan berlebih-lebihan (sedikit saja adalah natural kerana tiada apa yang dapat lari dari politik) kerana pihak TH sedang berusaha sungguh-sungguh membaik pulih lembaga itu yang sebelum ini dipegang oleh orang politik (dari kalangan ahli Lembaga Pengarah) sehingga kelihatan wujud campur tangan yang akhirnya mengurangkan kredibilitinya.

Semua ahli lembaga pengarah TH hari ini bukan dari kalangan politik dan cadangan pemindahan ke SPV di bawah MOF juga sefaham saya datang dari perbincangan lembaga Pengarah, PwC dan pengurusan tertinggi sebelum dibentang di Kabinet.

Sama-samalah kita berdoa agar tabung amanah untuk tujuan mulia – menunaikan ibadah Haji – ini semakin baik. Sudah tentu pihak pengurusan baru sedang melaksanakan tugasan sebaik mungkin bagi mengembalikan zaman keuntungan TH, misalnya ketika tahun 2013 dengan keuntungan bersih sebanyak RM 2.45 bilion setelah ditolak segala liabiliti dan penyesuaian.

Jika apa yang dijangka ini tidak berlaku dan TH menjadi semakin teruk dan dicerobohi pula secara politik, maka bolehlah dianjurkan bantahan ala Himpunan Kesyukuran Penolakan Icerd sekali lagi atau boleh juga diubah kerajaan yang ada melalui PRU ke-15 kelak.

DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN ialah Presiden Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (Murshid), pakar kewangan Islam dan profesor adjunct Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Unisel. Rencana ini asalnya disiarkan pada akaun Facebook beliau.
 
SMI6

Active+ Member
Joined
Jan 3, 2016
Messages
3,294
Reaction score
754
Points
86
Keuntungan th tahun tu hanya atas kertas sukuk
Yang xtau ade nilai atau tak. Kerajaan pun xjamin sukuk tu
Kalau ujsb linkup atau xdapat bayar, mmg kertas kosong

Buat tabung milo pun belum tentu dapat balik
tahun 2018 saham jatuh teruk.

Saham2 tabung haji labur kene takeover dgn UJSB

Zaman PH gila.....Projek kerajaan tabung haji, KWSP, KWAP, PNB major share selamba dia pergi kacau.

Mcm projek MRT Gamuda Tabung haji ada share dlm tu, Nobita umum ugut nak batal projek dari RM 5.** drop 2.50 tak sampai seminggu

Kalau Tabung haji ada 90 juta saham dah berapa juta tabung haji lost masa tu dah la nak hujung tahun time2 nak clossing.

Gila la PH ni
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register