[Terkini] BENCANA BANJIR DI PANTAI TIMUR, KEDAH, PERAK, N9, JOHOR, SABAH, SWAK

Recommended Brokers


Sponsored Post

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
16,759
Reaction score
3,644
Points
191
44 mangsa banjir di Simpang Renggam dipindahkan


KEADAAN banjir di Kampung Kolam Air, Simpang Renggam. - Foto ihsan APM





SIMPANG: Seramai 44 penduduk dari 10 keluarga dari Kampung Kolam Air, Simpang Renggam dekat sini terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan kawasan terbabit mula dinaiki air akibat hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Mengikut kenyataan media dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor, hujan mula melanda kawasan terbabit kira-kira jam 4 petang semalam dan bertambah lebat hingga ke tengah malam.

Pada jam 12.30 tengah malam tadi, air mula melimpah ke kawasan rumah penduduk terutama mereka yang tinggal di kawasan rendah.

Keadaan hujan yang masih belum reda sehingga jam 5 pagi tadi menyebabkan kawasan rendah mula dinaiki air hingga menyebabkan penduduk terjejas terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Kampung Kolam Air.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 44 mangsa dari 10 keluarga di kampung terbabit masih berlindung di pusat pemindahan terbabit.

Pemantauan berterusan mengenai banjir itu masih dilakukan oleh pihak APM yang turut mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Penghulu Mukim dan Pejabat Ahli Parlimen Simpang Renggam.








sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/11/497640/44-mangsa-banjir-di-simpang-renggam-dipindahkan#cxrecs_s






.
 

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
16,759
Reaction score
3,644
Points
191
500 terjejas akibat banjir di Betong


Gambar dari udara menunjukkan kawasan yang terjejas banjir akibat hujan lebat dan pertembungan air pasang besar di Kampung Lalang, Saribas, Betong. - Ihsan APM





BETONG: Lebih 500 penduduk di sini terjejas akibat banjir selepas hujan lebat beterusan sejak malam semalam.

Kampung yang terjejas iaitu Kampung Lalang, Kampung Babu dan Kampung Bungei.

Difahamkan, hujan lebat yang bertembung dengan air pasang besar mengakibatkan air naik sehingga 1.5 meter di beberapa kediaman yang berada di kawasan rendah.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, pihaknya sudah melakukan pemantauan di kawasan terjejas sejak 8.30 pagi, hari ini.

“Pihak APM Betong sudah membuat pemantauan dan membantu penduduk kampung memindahkan barang ke tempat selamat.

“Pemantauan diteruskan dan bersedia membantu jika penduduk perlu berpindah,” katanya.

Sementara itu, jurucakap terbabit berkata, pihaknya juga memantau keadaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Grenjang, Saratok yang dinaiki air.

“Buat masa ini, 26 kakitangan serta 60 murid berada di sekolah dan aktiviti harian berjalan seperti biasa.

“Paras air sudah surut dan keadaan cuaca cerah,” katanya.







sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/537943/500-terjejas-akibat-banjir-di-betong





.
 

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
16,759
Reaction score
3,644
Points
191
Banjir kilat di Kulim


ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kulim sedang membuat pemantauan di rumah mangsa kejadian banjir kilat di Mahang. FOTO Ihsan APM






SERAMAI 25 mangsa terjejas selepas rumah mereka di tiga kampung di Mahang, dekat Kulim dilanda banjir kilat, semalam.

Antara kampung terbabit adalah Kampung Ulu Mahang B dan C serta Kampung Paya.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 10.05 malam semalam.

“Hujan lebat selama sejam sejak 7.30 malam menyebabkan kawasan Ulu Mahang dilimpahi air sehingga paras hampir setengah meter.

“Tindakan pemantauan dilakukan di kawasan kejadian banjir oleh empat anggota APM Kulim,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan info dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kejadian banjir kilat di kawasan itu juga berlaku disebabkan beberapa faktor lain termasuk keadaan hujan yang di luar jangkaan.

“Kawasan di hulu Gunung Inas masih terdapat kesan lama pembalakan.

“Malah, tanah bukit masih terdedah kepada hakisan cerun berlumpur serta dasar sungai Mahang yang cetek menjadi punca banjir kilat berlaku,” katanya.








sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/459262/banjir-kilat-di-kulim







.
 

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
16,759
Reaction score
3,644
Points
191
80 rumah dinaiki air di Jelebu

Sebahagian rumah penduduk yang dinaiki air selepas hujan yang turun sejak jam 5 petang di Taman Pertang, Jelebu. - Foto Abnor Hamizam Abd Manap


Sebahagian rumah penduduk yang dinaiki air selepas hujan yang turun sejak jam 5 petang di Taman Pertang, Jelebu. - Foto Abnor Hamizam Abd Manap












JELEBU: Sebanyak 80 rumah di Taman Pertang, dekat sini, dinaiki air susulan hujan lebat sejak jam 5 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal, bagaimanapun mengesahkan sehingga kini belum ada penduduk yang dipindahkan.

Beliau berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pertang berada di lokasi untuk melakukan pemantauan.

“Kita juga sudah bersedia menggerakkan anggota ke lokasi sekiranya penduduk perlu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

“Tinjauan anggota polis di Balai Polis Pertang pula mendapati hujan sudah berhenti dan paras air mula surut,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Osman Dusa, berkata penduduk sudah membersihkan rumah masing-masing selepas air mula surut pada jam 8 malam tadi.

Katanya, kebanyakan rumah penduduk serta jalan berhampiran taman menghala ke Simpang Pertang, dinaiki air sehingga paras betis.










sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/615859/80-rumah-dinaiki-air
 
Sponsored Post
Top
Log in Register