BTC USD 47,325.6 Gold USD 1,750.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Terkejut vaksinator lupa tekan picagari

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,289
Reaction score
395
Points
91

Terkejut vaksinator lupa tekan picagari

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila mendapati vaksinator di sebuah Pusat Pemberian vaksin (PPV) terlupa untuk menekan picagari berisi vaksin ketika dia menerima suntikan dos vaksin itu di sebuah PPV di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun kejadian tersebut berjaya dirakam oleh wanita terbabit dan video berkenaan turut dikongsikan di Instagramnya.

Melalui video itu, jelas menunjukkan picagari itu hanya dicucuk seketika sebelum ditarik keluar semula dengan keadaan vaksin masih di dalam picagari tersebut.

Menurut wanita berkenaan, dia tidak menyangka kejadian seperti itu berlaku kepadanya dan difahamkan dia telah menerima dos vaksin selepas melaporkan perkara itu kepada petugas PPV.

“Lepas dah ‘report’ pada petugas dan tunjuk video ini, vaksinator tersebut mengatakan dia tidak perasan.

“Saya sangat marah ketika itu, kemudian mereka berikan saya suntikan lagi,” katanya.

Katanya, dia tidak pasti apakah niat sebenar vaksinator tersebut dan menegaskan akan melaporkan kejadian itu kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan berharap agar petugas tersebut dikenakan tindakan.

“Tak patut sungguh perkara seperti ini berlaku. Macam mana dengan penerima vaksin lain yang sebelum ini tidak dibenarkan merakam video? Risau pula kalau ingatkan sudah divaksin, rupanya tak tekan pun picagari,” kata Syarifah.

“Alasan tidak perasan macam tidak boleh dipakai. Sebab dari video ini nampak seperti dia memang sengaja,” kata Muzhameir.

“Bagaimana dia boleh kata tidak perasan sedangkan itu sahaja perkara yang dia perlu fokus. Dia juga tak periksa picagari tersebut,” kata Ashly. – K! ONLINE

Video @diyanahmaria
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,663
Reaction score
14,929
Points
2,376

Masa kena cucuk vaksin
Tengok daripada awal petugas isi vaksin dalam picagari
Kemudian tengok dia cucuk dan tekan picagari
Bagi vaksin masuk dalam tubuh
 
akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
22,758
Reaction score
2,708
Points
206
Masa kena cucuk vaksin
Tengok daripada awal petugas isi vaksin dalam picagari
Kemudian tengok dia cucuk dan tekan picagari
Bagi vaksin masuk dalam tubuh
sepatutnya kite akan rasa kan bende masuk
 
TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,312
Reaction score
21,608
Points
1,671
Dh depan2 rakam pun kantoi
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,663
Reaction score
14,929
Points
2,376
Dh depan2 rakam pun kantoi

Nasib baik sekarang dah boleh rakam
Boleh lah jadi bukti
Kalau tak
Dalam MySejahtera dah selesai vaksin
Tapi sebenarnya sekadar kena cucuk je
Sakit je dapat
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,756
Reaction score
2,101
Points
201
Benda mcm ni tak leh aa cuai.. bahaya .. penat ke apa ke.. ada je solution tapi benda mcm ni kene hindar
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,663
Reaction score
14,929
Points
2,376
Benda mcm ni tak leh aa cuai.. bahaya .. penat ke apa ke.. ada je solution tapi benda mcm ni kene hindar

Pernah forumer kongsikan
Isu human error ni
Tu penting ada backup macam rakaman video ni
Kurang² boleh dicucuk balik vaksin
 
pedang_setiawan

Active Member
Joined
Nov 16, 2010
Messages
1,199
Reaction score
391
Points
51
Benda mcm ni tak leh aa cuai.. bahaya .. penat ke apa ke.. ada je solution tapi benda mcm ni kene hindar
Sb tu patut ada 2 petugas di 1 stesen. Petugas kedua kena cek/verify tugas petugas pertama. Paling kurang kalu xde staf, kena tunjuk picagari lps cucuk kpd penerima sbgai counter check..
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register