BTC USD 54,137.9 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Terkejut Rumah Flat ‘Extend’ Sampai 3 Tingkat, Netizen Tanya Mana Pihak Berkuasa

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
16,287
Joined
Dec 6, 2010
Messages
16,287
Reaction score
1,040
Points
201
Cantik jugak balkoninya. 🙂
---‐----------

Masalah segelintir pemilik kediaman flat mengubah suai rumah sehingga melanggar akta yang dikuatkuasakan masih lagi menjadi isu hingga kini.

Menerusi perkongsian PPIM di TikTok baru-baru ini, terdapat tiga tingkat rumah berbeza membuat pengubahsuaian secara haram dengan menambah pada bahagian tepi rumah flat terbabit.

Dapat dilihat dari tingkat bawah hingga tingkat ketiga, seolah-olah mereka sepakat untuk menambah bahagian tepi rumah, dipercayai untuk meluaskan ruang rumah masing-masing. Malah, turut kelihatan penghuni menambah balkoni di ruang tambahan tersebut.

Difahamkan, pengubahsuaian haram itu dibuat di kawasan flat Kelumpuk Kemunting, Keramat Wangsa.

Susulan itu, pihak PPIM hairan bagaimana pihak berkuasa ‘tidak sedar’ pembinaan haram itu walaupun ia terletak di tepi kawasan jalan.

“Nampak tersegam indah. Sampai 3 tingkat orang ikut sekali extend rumah. Walaupun berada terang-terang di tepi jalan, takkanlah pihak berkuasa tak pernah nampak dan terus ambil tindakan?

“Biasanya bila tidak ada yang ambil tindakan, sebab tu lah orang berani terus buat renovasi haram ini sampai dah 3 tingkat ikut extend rumah,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata terkejut dan turut mempersoalkan sama ada pihak berkuasa tahu atau pun tidak tentang pembinaan haram di flat terbabit.

Dakwa netizen, pihak berkuasa tidak ambil tindakan selagi tiada sebarang laporan dibuat kepadanya.
- Lobakmerah



3186.jpeg
3189.jpeg
3192.jpeg
3195.jpeg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register