BTC USD 35,165.3 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Terkejut roti canai RM4 sekeping di Langkawi

Sponsored Post

siamanggagapp

Active+ Member
Messages
4,093
Joined
Jul 20, 2013
Messages
4,093
Reaction score
561
Points
71
Sejujurnya Kuey Tiau Doli Taiping memang sedap tuan.
Zaman sedap masa mereka hanya berniaga Kuey Tiau sahaja dan berniaga di premis lama.
Sejak buka kedai baru, menu dah bertambah, kuey tiau dia dah tak macam dulu.
Lagi baik makan nasi ayam.
bkn cmtu

la ni dia masak sekali harung kuantiti byk mmg la jd tk sedap

klau btl nk sedap sekali masak utk max 2-3 pinggan ja

mmg ceroi la doli aku mg rejek even dia ni mmber pak aku dulu kecik2 aku dok p beraya rmh dia ja

nk sedap p lake garden kt sbelah nasi beratoq 786 tu ada mmber aku buat kueytiow chinese style mmg confirm sedap

nasi kandaq beratoq 786 tu pn sedap pn kedai mmber sek aku jgk merata branch dlm perak dgn penang
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1

#AlorSetar
Pengarahnya, Rae Morn Verak berkata, pihaknya sudah menghantar pegawai KPDNHEP Langkawi untuk membuat pemeriksaan namun hasil siasatan mendapati tiada premis yang menjual roti canai dengan harga RM4 sekeping seperti yang ditularkan itu.
https://www.hmetro.com.my/.../kpdnhep-harap-pembeli-roti...

KPDNHEP harap pembeli roti canai RM4 tampil bersama resit [METROTV]​



Alor Setar: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah meminta pelanggan roti canai RM4 sekeping yang didakwa di Langkawi tampil membuat aduan secara rasmi berserta resit untuk memudahkan siasatan dilakukan.

Pengarahnya, Rae Morn Verak berkata, pihaknya sudah menghantar pegawai KPDNHEP Langkawi untuk membuat pemeriksaan namun hasil siasatan mendapati tiada premis yang menjual roti canai dengan harga RM4 sekeping seperti yang ditularkan itu.

"Kita sudah menghubungi pihak Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan isu yang dibangkitkan mereka.

"Kita juga sudah menggerakkan seramai 172 pegawai penguat kuasa di negeri ini untuk melakukan pemeriksaan ke atas harga makanan dan barangan di negeri ini," katanya ketika ditemui ketika melakukan pemeriksaan Op Menu di Jalan Teluk Wanjah, hari ini.

Pegawai KPDNHEP Kedah melakukan pemeriksaan harga makanan dalam Op Menu di sekitar bandar raya Alor Setar. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI
Pegawai KPDNHEP Kedah melakukan pemeriksaan harga makanan dalam Op Menu di sekitar bandar raya Alor Setar. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Hadir sama, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad.

Selain itu, Rae Morn turut menasihatkan peniaga makanan supaya tidak mengenakan harga yang tinggi dan mengambil keuntungan secara tidak munasabah bagi mengelak pengguna terbeban.

"Kita akan jalankan siasatan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sekiranya didapati ada peniaga yang menaikkan harga yang tinggi ketika pemeriksaan dilakukan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) menerima 100 aduan berkaitan makanan mahal di negeri ini.
Setiausaha CAKE, Mohd Yusrizal Yusoff berkata, aduan itu termasuk harga sekeping roti canai RM4 yang dijual di Langkawi kira-kira dua minggu lalu.

Disiarkan pada: Disember 1, 2021 @ 6:06pm

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register