BTC USD 26,576.0 Gold USD 1,925.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terkejut Dapat Hadiah Ikan Yu Berkaki

izack1981

Legendary Member
gem
Messages
10,380
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
ne_09.1.jpg

KEAN CHEONG menunjukkan 'kaki' ikan yu miliknya di George Town semalam, sementara di tangan kanannya memegang kepala ikan tersebut yang telah dipotong.

GEORGE TOWN - Seorang ejen insurans di sini, terkejut dan tidak menyangka seekor ikan yu yang dihadiahkan oleh rakannya hasil memancing di kawasan pantai dekat sini mempunyai sepasang kaki.

Menurut Lai Kean Cheong, 29, ikan yu aneh yang ditangkap rakannya itu memiliki sepasang kaki yang lengkap berjari.

Katanya, beliau dan rakannya pada mulanya tidak menyedari kewujudan kaki pada ikan yu tersebut dan menganggap ia adalah ikan biasa.

"Namun sewaktu saya ingin bersihkan ikan tersebut dua hari lalu kerana diliputi pasir, baru saya perasan kewujudan kaki itu yang seolah-olah seperti kaki itik.

"Ini kali pertama saya jumpa ikan pelik macam ini dan harap ikan itu bawa tuah kepada saya," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kean Cheong berkata, ikan itu masih disimpan di rumahnya dan bersedia menjualnya kepada sesiapa yang berminat.

"Kalau sesiapa nak beli ikan itu, saya sedia menjual asalkan ada tawaran yang menarik," ujarnya yang memberitahu beliau boleh dihubungi menerusi talian 017-5555838.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register