Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 62,448
Top Poster #1
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 62,448
- Reaction score
- 6,918
- Points
- 916
- Awards
- 1
26.09.2023 - Sebuah syarikat bernama TransAstra telah dianugerahkan kontrak bernilai USD850,000 (~RM3.9 juta) dari NASA untuk konsep teknologi yang akan digunakan syarikat itu bagi mengumpul sampah-sampah di angkasa lepas. TransAstra mencadangkan untuk menggunakan beg sampah gergasi yang dipanggil sebagai Flytrap yang akan dapat mengumpul sampah angkasa sebesar sebuah rumah.
"Flytrap ialah beg sampah yang menggunakan cara paling berpatutan untuk membersihkan serpihan orbit dan satelit pada penghujung hayat. Flytrap boleh diskala untuk berfungsi dengan objek dari semua bentuk dan saiz." TransAstra.
Tidak setakat itu sahaja, TransAstra turut menyatakan bahawa Flytrap untuk menangkap dan melombong asteroid.
Setakat ini, TransAstra telah membangunkan prototaip yang belum selesai paten dan bekerjasama dengan program keusahawanan kerajaan, NASA SBIR Ignite, untuk membuktikan konsep tersebut. Tahun ini, TransAstra akan membina prototaip bersaiz penuh untuk memenuhi kontrak NASA.
Berita asal https://www.businessinsider.in/scie...ioned-way-with-bags/articleshow/103888544.cms