BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Terima kasih rakyat Malaysia'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Shaqira Insyirah menyatakan hasratnya yang tidak sabar mahu menjalani rawatan di New Delhi sambil diperhatikan ibunya.
< 1 / 1 >
BATANG KALI - Seperti dijanjikan lebihan wang tabung khas Shaqira Insyirah Abdul Razak, 7, akan dikembalikan untuk kegunaan golongan memerlukan.

Bapanya, Abdul Razak Abdul Rahim, 33, berkata, lebihan wang RM10,553 dikembalikan setelah kutipan melebihi RM50,000 untuk kos pembedahan mata anaknya di New Delhi, India.

“Saya tak jangka dapat sumbangan lebih dari sepatutnya selepas YB (Yang Berhormat - P Kamalanathan) lancarkan tabung pada hari Jumaat (28 Februari 2014) dan pada hari Jumaat berikutnya tabung itu sudah sampai kepada sasarannya dan sehingga hari ini jumlah itu melebihi sehingga RM60,552.38.

“Jadi saya serahkan lebihan itu untuk digunakan membantu kanak-kanak lain di kawasan Hulu Selangor,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Abdul Razak ditemui selepas menyerahkan kembali baki wang tersebut kepada Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan di rumahnya di Taman Tamu Hill.

Hadir sama, bekas jurutera Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Resham Singh yang menyumbangkan sumbangan peribadi RM25,000 khusus untuk menampung kos perbelanjaan ibu bapa Shaqira Insyirah ke India dan sepanjang berada di sana.

Abdul Razak berkata, mereka akan bertolak ke India hari ini dan akan menjalani pembedahan dalam tempoh ditetapkan di sana nanti.

“Harap semuanya akan berjalan lancar kerana esok kami bertolak ke India jam 8.40 pagi.

“Jadi saya nak ucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada YB yang melancarkan tabung ini juga kepada Datuk Resham yang memberi sumbangan peribadi khusus untuk menampung kos perbelanjaan kami di India,” katanya.

Sementara itu, Kamalanathan berkata, beliau bersyukur kerana hasratnya membantu Shaqira Insyirah berhasil berkat pertolongan seluruh rakyat Malaysia.

“Syukur kerana walaupun kita hanya memerlukan RM50,000 tetapi atas keprihatinan rakyat Malaysia pelbagai kaum membolehkan kutipan terkumpul RM60,553.

“Sudah jadi hasrat awal Abdul Razak sekiranya bantuan lebih akan berikan wang tersebut kepada kanak-kanak lain yang senasib dengan anaknya untuk kegunaan mereka,” katanya.

Shaqira Insyirah pada asalnya boleh melihat seperti kanak-kanak lain malah dia boleh menulis dan bertutur dalam bahasa Mandrin.

Bagaimanapun, Shaqira Insyirah mempunyai ketumbuhan dalam otak sebelah kanan dan telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Ibu bapanya, telah mengambil keputusan untuk membuat pembedahan setelah diberitahu risiko yang bakal dialami.

Namun selepas pembedahan pada 10 Julai 2013, Shaqira Insyirah tidak dapat melihat termasuk kesan lain fizikalnya tidak mampu berdiri sendiri serta berjalan seperti dahulu.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/terima-kasih-rakyat-malaysia-1.272575
 
Syukurlah....sesungguhnya masih ramai rakyat Malaysia yang masih perihatin.
 
memang rakyat malaysia sgt2 prihatin..yg ni xpe la phm perbelanjaan besar..
tp sb rakyat malaysia terlalu prihatin yg mntk sedekah pn ramai..amek kesempatan..
 
Back
Top
Log in Register