oldtbone
Legendary Member

- Messages
- 17,323
- Joined
- May 25, 2012
- Messages
- 17,323
- Reaction score
- 3,695
- Points
- 191
BATU GAJAH: Seorang anak tergamak mengugut untuk menyembelih ibu kandungnya hanya disebabkan enggan memberikan wang diminta di rumah mereka di Kampung Ara Payung di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, suspek berusia 33 tahun yang dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah membuat ugutan itu sebelum mangsa berusia 71 tahun melarikan diri meminta bantuan jiran.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata mangsa kemudian membuat laporan polis pada jam 2.14 petang sebelum suspek ditahan polis di rumahnya jam 4 petang.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang juga anak kelima itu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tinggal di rumah berkenaan bersama mangsa.
Menurutnya, suspek juga terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah dan mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kes dadah.
“Kejadian ini adalah kali kedua suspek bertindak mengugut mahu membunuh ahli keluarganya dan kejadian pertama berlaku sebelum Ramadan lalu namun tiada sebarang laporan polis dibuat.
“Ujian air kencing dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis morfin,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.
Ahmad Adnan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/06/573140/tergamak-ugut-nak-sembelih-ibu-sendiri
.