BTC USD 95,070.8 Gold USD 2,900.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tergamak bunuh seorang wanita demi biaya perjalanan tengok bola di luar negara

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,207
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,207
Reaction score
1,336
Points
201
Tergamak bunuh seorang wanita demi biaya perjalanan tengok bola di luar negara

KUCHING: Seorang lelaki tergamak membunuh seorang wanita dan mencuri barang kemasnya semata-mata untuk membiayai perjalanan ke luar negara bagi menyaksikan perlawanan bola sepak.

Kejadian yang berlaku di kawasan Samajaya, Tabuan Jaya, di sini, mengejutkan penduduk Sarawak apabila jasad wanita itu ditemui tidak bernyawa di kawasan semak pada Sabtu lalu.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, pembunuhan tersebut bermotifkan kecurian rantai dan anting-anting emas milik mangsa, dipercayai untuk dijadikan wang perbelanjaan ke luar negara.

“Suspek telah ditangkap dan kini dalam tahanan reman sehingga 22 Disember. Suspek juga telah mengaku terlibat dalam kes ini serta menunjukkan sendiri lokasi di mana mangsa dibuang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Program Advokasi Kempen Keselamatan Jalan Raya Menjelang Hari Krismas 2024 dan Hari Bertemu Pelanggan di sini, hari ini.

Tambahnya, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) telah dihantar untuk pengesahan, manakala beberapa bahan bukti lain juga telah ditemui di lokasi kejadian.

Kami masih meneruskan pencarian bahan bukti di lokasi kejadian. Ketika jasad diambil pada hari pertama, keadaannya tidak lengkap.

“Semalam, kami menemui gigi, gumpalan rambut, dan banyak lagi bahan bukti lain,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan bahawa jasad wanita malang itu ditemui di dalam longkang berhampiran kawasan pembuangan sampah.

“Keadaan mayat yang tidak sempurna menyukarkan proses pengecaman, justeru ujian DNA diperlukan untuk mengenal pasti identiti mangsa,” katanya.

Mancha juga menegaskan bahawa kes tersebut hampir selesai susulan penangkapan suspek, yang telah memberikan pengakuan berkaitan pembunuhan itu.

Pada Ahad, seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun ditahan setelah disyaki terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd. Farhan Lee Abdullah, jasad mangsa yang hampir reput ditemui di kawasan longkang di Samajaya, Tabuan Jaya, berdasarkan maklumat yang diperoleh.

18 Disember 2024
- Suara Sarawak


6276070087572177036_121.jpg

6276070087572177037_121.jpg

6276070087572177039_120.jpg

6276070087572177040_121.jpg

6276070087572177038_120.jpg
 
Sponsored Post

Bukti kos harga barang naik
Kesempitan tekanan hidup 😅


Ohh...maaca ni pulak ????


Tak apa lah

Minta kerajaan Madani buat satu Fun utk tolong Puak Puak ni..mulakan dgn dia ni la..kita bantu!


nak sgt tengok bola & p obersi!! :mad:

Belikan dia sebiji Bola

Bawak dia ke tengah laut

lepaskan dia atas sampan kecik..dgn Bola tu...
(Elok lagi kawaan tengah lautan yg ada banyak jerung)

O,K dak?




Atau pun
bantuan pilihan

bagi dia bola sebiji..& Letak dia kat tengah2 padang pasir yg tak ada penghuni

nak sgt tengok bola & p obersi!! :mad:
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register