Teresa Kok tuntut permohonan maaf dan ganti rugi RM30 juta daripada Ketua Pemuda PAS

Recommended Brokers


Sponsored Post

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,014
Reaction score
5,507
Points
1,316
Jumpa di mahkamah, ketua Pemuda PAS Selangor beritahu Teresa

January 28, 2019 3:25 PM



PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Selangor menegaskan tidak akan menarik balik kenyataan yang didakwa memfitnah dan menghina Menteri Industri Utama, Teresa Kok meskipun berdepan tindakan saman.

Syarhan Humaizi Halim memberitahu pemimpin DAP itu untuk membawa tuntutan maaf dan pampasan RM30 juta ke mahkamah.

Beliau membuat keputusan itu selepas berbincang dan jabatan undang-undang & hak asasi manusia parti Islam itu dan exco Pemuda PAs Selangor.

“Saya mempertahankan kenyataan saya membela dan menyatakan kebersamaan saya bahawa isi kandungan ceramah yang disampaikan oleh ketua Pemuda PAS Malaysia adalah benar.

“Dengan tegas juga menyatakan bahawa DAP adalah parti yang anti Islam dan termasuklah sebahagian pimpinannya menunjukkan sikap yang jelas anti pada Islam,” katanya dalam kenyataan.

Kok beberapa hari lalu menuntut Syarhan untuk membuat permohonan maaf dan pampasan RM30 juta atau berdepan tindakan undang-undang berhubung satu artikel yang dianggapnya fitnah selepas mendakwa dirinya sebagai menentang Islam.

Kok, dalam surat tuntutan menerusi firma guaman SN Nair & Partners bertarikh 23 Januari mendakwa Syarhan menulis dan menerbitkan satu artikel di laman peribadi Facebook pada 19 Januari lepas, yang berupa menghina dan menfitnah Kok.

Firma guaman itu berkata kandungan artikel itu dalam makna biasa dan semulajadi menggambarkan Kok sebagai menentang Islam, rasis dan seorang menteri yang tidak adil dan tidak jujur.

Ia mendakwa artikel itu tidak benar, menyakitkan hati, terlalu cuai, berniat jahat dan bertujuan untuk merendahkan maruah anak guamnya di mata orang ramai, baik secara tempatan mahupun antarabangsa.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/01/28/jumpa-di-mahkamah-ketua-pemuda-pas-selangor-beritahu-teresa/
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
17,418
Reaction score
897
Points
161
stakat ni nampak kerja kok ni hanya menyaman je
lg satu 'ajar' penoreh toreh getah musim hujan
manalah dia tau apa apa pasal benda tu..cakap pun ikut kertas shj...teringat aku Elizabeth Wong..:eek::eek:
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,014
Reaction score
5,507
Points
1,316
Pemimpin Pemuda PAS nafi fitnah Kok ‘anti-Islam’

July 26, 2019 3:48 PM


Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Halim. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Selangor menafikan beliau membuat kenyataan fitnah terhadap Menteri Industri Utama Teresa Kok dengan melabelkannya sebagai “anti-Islam”.

Syarhan Humaizi Halim berkata kenyataannya mengenai Kok di Facebook bukan dibuat dengan tidak jujur.

“Kenyataan saya terhadapnya berdasarkan fakta. Adalah diketahui DAP dilihat sebagai mengancam rakyat, terutama umat Islam.

“Saya mengeluarkan kenyataan itu untuk menyokong ucapan Muhammad Khalil Abdul Hadi semasa pilihan raya kecil Cameron Highlands apabila dia menyeru pengundi menolak calon DAP Cameron Highlands,” katanya dalam kenyataan pembelaan yang difailkan selepas disaman Kok.

Khalil merupakan anak Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Dalam pembelaannya, Syarhan juga berkata Kok sebelum ini membantah pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 atau RUU355.

RUU355 adalah cubaan untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan syariah.

“Dia dan pemimpin partinya lantang bersuara menentang RUU355 dan berterusan membuat kenyataan tentang rang undang-undang itu,” katanya.

Kok yang merupakan naib pengerusi DAP, memfailkan saman terhadap Syarhan pada Februari.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta injuksi menghalang Syarhan mengucapkan, menulis atau menerbitkan artikel menuduhnya menghina Islam.

Peguam Kok, Elyse Ng berkata, tuntutan itu akan didengar dari 23 hingga 25 Sept di depan hakim Mahkamah Tinggi Firuz Jaffril.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/07/26/pemimpin-pemuda-pas-nafi-fitnah-kok-anti-islam/
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,238
Reaction score
24
Points
65
Teresa Kok dah menang selesai luar mahkamah ke atas Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah atas fitnah Azwanddin dlm isu kuil. Tunggu pulak kes dgn pemimpin Pas pulak.

https://www.malaysiakini.com/news/485853
 
Sponsored Post
Top
Log in Register