Teresa Kok tuntut permohonan maaf dan ganti rugi RM30 juta daripada Ketua Pemuda PAS

Recommended Brokers


cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,124
Reaction score
5,523
Points
1,316
Rabu, 23 Januari 2019 | 9:16pm


TERESA Kok

Teresa Kok tuntut permohonan maaf dan ganti rugi RM30 juta daripada Ketua Pemuda PAS Selangor

KUALA LUMPUR: Menteri Industri Utama, Teresa Kok hari ini menuntut permohonan maaf dan RM30 juta pampasan daripada Ketua Pemuda PAS Selangor terhadap satu artikel yang dianggapnya fitnah yang mendakwa Kok sebagai menentang Islam atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Kok, dalam surat tuntutan menerusi firma guamannya S.N.Nair & Partners, bertarikh 23 Januari mendakwa Syarhan Humaizi Halim menulis dan menerbitkan satu artikel di laman peribadi Facebooknya pada 19 Januari lalu yang berupa menghina dan memfitnah Kok.

Firma guaman itu berkata kandungan artikel itu dalam makna biasa dan semula jadi menggambarkan Kok sebagai menentang Islam, rasis dan seorang menteri yang tidak adil dan tidak jujur.

Ia mendakwa bahawa artikel itu tidak benar, menyakitkan hati, terlalu cuai, berniat jahat dan bertujuan untuk merendahkan maruah pelanggannya di mata orang ramai, baik secara tempatan mahupun antarabangsa.

Firma undang-undang itu berkata artikel itu tidak benar, didorong oleh niat jahat, mala fide dan pada dasarnya dilakukan untuk mencari publisiti yang murah.

“Sehubungan itu kami diarah menuntut daripada anda penarikan balik artikel yang memburuk-burukkan itu dengan segera dan tegas; di samping menolak serta memadamkan semua komen yang berbaur fitnah dan menyinggung perasaan itu.

“Permintaan maaf perlu mengikut syarat yang dipersetujui kami sebagai peguamcara kepada pelanggan kami, di samping perlu diterbitkan di akhbar atau media pilihan pelanggan kami; dan satu perakuan di pihak anda bahawa anda tidak lagi akan mengulangi tuduhan serta komen sedemikian seperti kata-kata yang memburuk-burukkan atau yang sama makna dengannya,” menurut firma itu.

Menurutnya pelanggan mereka juga mengarahkan mereka menuntut ganti rugi RM30 juta daripada Syarhan kerana menjejaskan reputasi Kok.

“Sekiranya kami tidak menerima jawapan yang memuaskan dalam tempoh tujuh hari mulai hari ini, arahan yang kami terima adalah untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap anda,” katanya. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/01/523279/teresa-kok-tuntut-permohonan-maaf-dan-ganti-rugi-rm30-juta-daripada-ketua
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,124
Reaction score
5,523
Points
1,316
perkembangan yg terdahulu, ni yg tersiar kat Malaysia Today pada 12/1/2019

Teresa Kok Tidak Setuju Islam Agama Rasmi Persekutuan


On Jan 12, 2019



(Abu Leman) – YB Teresa Kok dari parti DAP dalam keterangannya hari ini di Mahkamah Jalan Duta menyatakan bahawa beliau tidak setuju Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan. Jawapan Teresa Kok ini terpancul setelah diajukan soalan daripada pihak peguam Dato Zaini Utusan dalam kes saman Teresa Kok ke atas Dato Zaini ekoran artikel cuit cuit Dato Zaini pada tahun 2010.

Saya sempat hadir dalam perbicaraan pagi tadi dan sepanjang saya berada di dalam kamar Mahkamah saya sendiri mendengar soalan dan juga jawapan apabila Teresa Kok disoal oleh peguam Dato Zaini. Memang saya sudah menjangka DAP akan terus kekal menolak Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia walaupun Teresa Kok tahu didalam Perlembagaan jelas menyatakan bahawa Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan Malaysia.

Ada beberapa pekara lagi yang menarik sepanjang perbicaraan yang saya ikuti pagi tadi dan antaranya berhubung wang umat Islam Selangor yang mana apabila peguam Dato Zaini bertanyakan kepada Teresa Kok mengenai ke mana disalurkan wang umat Islam Selangor beliau menjawab bahawa ada peruntukan wang yang disalurkan bukan sahaja kepada umat Islam Selangor. Malah Teresa Kok juga turut mengakui penyaluran wang umat Islam Selangor kepada Agama lain mendapat banyak bantahan daripada umat Islam Selangor.

Teresa Kok juga mengakui bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mendesak agar kuota 10% UiTM diberikan kepada bukan Bumiputera. Usul tersebut menurut Teresa Kok dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor Dato Sri Khalid Ibrahim yang telah mendapat bantahan bukan sahaja dari Bumiputera Selangor malah oleh para pelajar UiTM sendiri.

Isu ladang ba.bi turut menjadi perhatian saya apabila Teresa Kok menyatakan bahawa bukan kerajaan Pakatan Rakyat yang meluluskan projek tersebut sebaliknya Teresa Kok menyatakan kerajaan Barisan Nasional terdahulu yang meluluskan projek tersebut. Kenyataan Teresa Kok tersebut disanggah oleh peguam Dato Zaini dengan menyatakan bahawa bekas Menteri Besar Selangor sewaktu dibawah pentadbiran Barisan Nasional Dato Sri Khir Toyo menafikan bahawa beliau meluluskan ladang ternakan ba.bi yang mahu dibina di Sepang.



Dalam isu ladang ternakan ba.bi ini akhirnya Teresa Kok DAP mengakui bahawa kerajaan Pakatan Rakyat ada membincangkan projek ladang ternakan ba.bi bernilai RM100 juta selepas mereka menang Selangor Mac 2008.

Walaupun sekitar sejam saya berada didalam kamar Mahkamah tetapi saya dapat lihat sendiri betapa rasisnya Teresa Kok dari parti DAP ini bila berhubungkait dengan Melayu dan Islam. Sepanjang pagi tadi juga saya dapat lihat betapa gugupnya Teresa Kok dalam menjawab soalan peguam Dato Zaini. Namun demikian saya memuji sikap Teresa Kok yang pada saya jujur dalam memberikan keterangan bahawa beliau jelas anti kepada bumiputera dan juga menolak Islam. Jadi sudah kita tahu kebenarannya akan apa yang DAP perjuangkan cuma menunggu masa bila agaknya orang Melayu Islam akan sedar agenda DAP yang cukup halus dalam pekara ini.

Ini satu pekara yang seharusnya mendatangkan kesedaran kepada bumiputera dan juga umat Islam. Perbicaraan kes Teresa Kok menyaman Dato Zaini Utusan telah membuka lebih banyak pekung DAP yang mempamerkan watak dan sikap rasis mereka yang sebenar. Orang Melayu khususnya perlu sedar agenda DAP ini dan inilah yang sering saya tekankan agar orang Islam Melayu wajib menolak parti Couvenis DAP.

Bersatulah wahai orang Islam dan Bumiputera, wajib kita menolak Cina Couvenis DAP ini.

https://www.malaysia-today.net/2019/01/12/teresa-kok-tidak-setuju-islam-agama-rasmi-persekutuan/
 
Last edited:

apoeki

Active+ Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
4,676
Reaction score
121
Points
33
bertambah kaya la teresa nie. saman azwandin ngn KP pas lg
 

BenVentures

Super Active Member
Joined
May 10, 2018
Messages
8,850
Reaction score
543
Points
111
orang ph bukan nak mengaku agama islam disekular kan..

ahso ni dah mengaku dalam mahkamah..

lagi kata fitnah ke??
Her statement was too generic. Cannot accuse her of being anti islam becoz of that.
 

puyol

Legendary Member
Joined
Jun 28, 2011
Messages
19,730
Reaction score
1,528
Points
191
salah satu musuh nyata anak2 melayu.
 

belam

Super Active Member
Joined
Jul 29, 2013
Messages
5,633
Reaction score
185
Points
73
perkembangan yg terdahulu, ni yg tersiar kat Malaysia Today pada 12/1/2019

Teresa Kok Tidak Setuju Islam Agama Rasmi Persekutuan


On Jan 12, 2019



(Abu Leman) – YB Teresa Kok dari parti DAP dalam keterangannya hari ini di Mahkamah Jalan Duta menyatakan bahawa beliau tidak setuju Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan. Jawapan Teresa Kok ini terpancul setelah diajukan soalan daripada pihak peguam Dato Zaini Utusan dalam kes saman Teresa Kok ke atas Dato Zaini ekoran artikel cuit cuit Dato Zaini pada tahun 2010.

Saya sempat hadir dalam perbicaraan pagi tadi dan sepanjang saya berada di dalam kamar Mahkamah saya sendiri mendengar soalan dan juga jawapan apabila Teresa Kok disoal oleh peguam Dato Zaini. Memang saya sudah menjangka DAP akan terus kekal menolak Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia walaupun Teresa Kok tahu didalam Perlembagaan jelas menyatakan bahawa Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan Malaysia.

Ada beberapa pekara lagi yang menarik sepanjang perbicaraan yang saya ikuti pagi tadi dan antaranya berhubung wang umat Islam Selangor yang mana apabila peguam Dato Zaini bertanyakan kepada Teresa Kok mengenai ke mana disalurkan wang umat Islam Selangor beliau menjawab bahawa ada peruntukan wang yang disalurkan bukan sahaja kepada umat Islam Selangor. Malah Teresa Kok juga turut mengakui penyaluran wang umat Islam Selangor kepada Agama lain mendapat banyak bantahan daripada umat Islam Selangor.

Teresa Kok juga mengakui bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mendesak agar kuota 10% UiTM diberikan kepada bukan Bumiputera. Usul tersebut menurut Teresa Kok dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor Dato Sri Khalid Ibrahim yang telah mendapat bantahan bukan sahaja dari Bumiputera Selangor malah oleh para pelajar UiTM sendiri.

Isu ladang ba.bi turut menjadi perhatian saya apabila Teresa Kok menyatakan bahawa bukan kerajaan Pakatan Rakyat yang meluluskan projek tersebut sebaliknya Teresa Kok menyatakan kerajaan Barisan Nasional terdahulu yang meluluskan projek tersebut. Kenyataan Teresa Kok tersebut disanggah oleh peguam Dato Zaini dengan menyatakan bahawa bekas Menteri Besar Selangor sewaktu dibawah pentadbiran Barisan Nasional Dato Sri Khir Toyo menafikan bahawa beliau meluluskan ladang ternakan ba.bi yang mahu dibina di Sepang.



Dalam isu ladang ternakan ba.bi ini akhirnya Teresa Kok DAP mengakui bahawa kerajaan Pakatan Rakyat ada membincangkan projek ladang ternakan ba.bi bernilai RM100 juta selepas mereka menang Selangor Mac 2008.

Walaupun sekitar sejam saya berada didalam kamar Mahkamah tetapi saya dapat lihat sendiri betapa rasisnya Teresa Kok dari parti DAP ini bila berhubungkait dengan Melayu dan Islam. Sepanjang pagi tadi juga saya dapat lihat betapa gugupnya Teresa Kok dalam menjawab soalan peguam Dato Zaini. Namun demikian saya memuji sikap Teresa Kok yang pada saya jujur dalam memberikan keterangan bahawa beliau jelas anti kepada bumiputera dan juga menolak Islam. Jadi sudah kita tahu kebenarannya akan apa yang DAP perjuangkan cuma menunggu masa bila agaknya orang Melayu Islam akan sedar agenda DAP yang cukup halus dalam pekara ini.

Ini satu pekara yang seharusnya mendatangkan kesedaran kepada bumiputera dan juga umat Islam. Perbicaraan kes Teresa Kok menyaman Dato Zaini Utusan telah membuka lebih banyak pekung DAP yang mempamerkan watak dan sikap rasis mereka yang sebenar. Orang Melayu khususnya perlu sedar agenda DAP ini dan inilah yang sering saya tekankan agar orang Islam Melayu wajib menolak parti Couvenis DAP.

Bersatulah wahai orang Islam dan Bumiputera, wajib kita menolak Cina Couvenis DAP ini.

https://www.malaysia-today.net/2019/01/12/teresa-kok-tidak-setuju-islam-agama-rasmi-persekutuan/
sila baca ni wahai mahacai ph:D:D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register