BTC USD 49,115.5 Gold USD 1,778.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terengganu Peruntuk RM100,000 Beli Vaksin Penyakit Kulit Lembu

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
325,128
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
325,128
Reaction score
16,620
Points
2,376

Terengganu peruntuk RM100,000 beli vaksin penyakit kulit lembu

Oleh Baharom Bakar- September 15, 2021 @ 2:45pm
[email protected]

dr_azman_ibrahim_1631688294.jpg


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr Azman Ibrahim. - NSTP/GHAZALI KORI


KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi pembelian vaksin bertujuan mencegah penularan penyakit kulit lembu di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim, berkata penularan penyakit itu mula dikesan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) pada Mei serta Jun lalu.

Setakat ini, beliau berkata, sebanyak 60 lembu dilaporkan menghidap penyakit kulit tetapi selepas ujian klinikal dilakukan, hanya 10 disahkan positif.

"Lembu yang disahkan positif penyakit kulit, dilupuskan dan disembelih di rumah sembelih ruminan JPV.

"Daging lembu yang disembelih itu dipulangkan semula kepada penternak untuk dimakan.

"Daging lembu yang menghidap penyakit kulit, disahkan tidak berbahaya dimakan," katanya pada sidang media pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Azman berkata, kerajaan negeri turut meluluskan peruntukan RM8,000 bagi bayaran pampasan kepada penternak yang kematian lembu akibat penyakit kulit.

"Setiap penternak yang kematian lembu akibat menghidap penyakit kulit, menerima bayaran pampasan sebanyak RM800 seekor," katanya.

Beliau memaklumkan setakat ini, sebanyak 85,437 lembu dan 5,085 kerbau di seluruh Terengganu berdaftar dengan JPV, tahun ini.


 

CG Sponsors




Top
Log in Register