BTC USD 99,797.1 Gold USD 2,718.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terengganu kawal elak padi dijual ke negeri lain

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,556
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,556
Reaction score
6,646
Points
881
Awards
1
Terengganu kawal elak padi dijual ke negeri lain

AZMI YUSOFMarch 25, 2024

Dr Azman Ibrahim
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Padi Negeri Terengganu mempunyai mekanisma kawalan bagi mengelakkan hasil padi di negeri ini dijual ke kilang padi di negeri lain.


- -

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, jawatankuasa itu yang dipengerusikan Exco Pertanian melibatkan semua jabatan, agensi dan badan berkaitan dalam kluster padi negeri.

Menurutnya, Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang mengawal hasil padi daripada dijual keluar dengan kerjasama Bernas.

Beliau berkata, justifikasi kawalan itu ialah disebabkan ketidakcukupan padi dalam kalangan pengilang tempatan dan hasil padi dalam negeri ini.

Tambahnya, di Terengganu terdapat empat kilang padi yang beroperasi di mana tiga adalah milik bumiputera.

Berdasarkan justifikasi itu, ujarnya kerajaan negeri melalui bahagian Kawalselia Padi Beras negeri telah melaksanakan beberapa langkah kawalan.

Jelas beliau, antaranya arahan pembekuan semua permit pemindahan padi keluar dari Terengganu.

“Sebaran pemindahan padi tanpa permit adalah merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994,” ujarnya dalam satu kenyataan, di sini.

Di samping itu, katanya Bernas tidak akan membayar subsidi harga padi kepada petani yang menghantar hasil padinya ke kilang padi di negeri lain.

Selain itu, katanya Bahagian Kawalselia Padi dan Beras menjalankan rondaan dan pemeriksaan berkala di sempadan bagi memastikan tiada pelanggaran arahan dan kesalahan dilakukan.

“Membuat pemeriksaan bagi memastikan harga lantai belian padi RM1,300/tan di kilang-kilang dalam negeri mengikut ketetapan harga kawalan yang ditetapkan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 25/3/2024

- -
 
Back
Top
Log in Register