BTC USD 64,597.0 Gold USD 2,384.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terengganu Isytihar Ahad Hari Batik

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
440,782
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
440,782
Reaction score
34,686
Points
2,836
Awards
2

Terengganu isytihar Ahad Hari Batik​


24 Februari 2024 10:27am

2549586.jpg

Razali (tengah) melawat reruai jualan baju batik Terengganu pada Karnival Beautiful Terengganu pada Jumaat.


KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu mengisytiharkan Ahad sebagai Hari Batik di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris berkata, selain penjawat awam, galakan pemakaian batik itu turut melibatkan petugas sektor swasta, usahawan, mereka yang bekerja sendiri dan seluruh penduduk Terengganu.

2549587.jpg

Razali (dua, kanan) melawat reruai pembuatan songket yang dipamerkan pada Karnival Beautiful Terengganu pada Jumaat. Foto Bernama


"Kerajaan negeri sebenarnya menyokong hasrat pemakaian batik oleh kerajaan Persekutuan pada bila-bila masa sahaja, dan wajib pada Khamis.

"Jadi, saya ambil peluang ini untuk mengangkat semula batik Terengganu yang saya kira sudah mulai malap disebabkan kemasukan batik dari luar negara misalnya dari India dan Pakistan," katanya selepas merasmikan Karnival Beautiful Terengganu Malaysia (KBTM) 2024 di sini, malam tadi.

"Semoga inisiatif ini dapat menjadi medium promosi kepada penghasilan batik Terengganu yang merupakan satu daripada produk bermutu dan berkualiti tinggi serta membantu menjana ekonomi pengusahaan batik Terengganu," katanya.

2549588.jpg

Razali (tengah) bergambar bersama peserta selepas penyampaian hadiah pertandingan mencipta nama maskot penyu kepada Norashikin Sulong (tiga, kiri) pada Perasmian Karnival Beautiful Terengganu pada Jumaat. Foto Bernama


KBTM 2024 anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu berlangsung selama empat hari bermula Khamis lepas bagi mempergiatkan kempen promosi sektor pelancongan dan seni budaya warisan negeri. - Bernama


 
Sponsored Post

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris berkata, selain penjawat awam, galakan pemakaian batik itu turut melibatkan petugas sektor swasta, usahawan, mereka yang bekerja sendiri dan seluruh penduduk Terengganu.
 
Ada setengah negara bila ada persaingan dgn produk local yg utama...tak akan bagi masuk.....sebab nak jaga market dan naikkan produk local...

Batik Terengganu masih cantik dan baik kualiti nya
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register