BTC USD 60,164.0 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terengganu Dijangka Mengalami Banjir Besar

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Terengganu Dijangka Mengalami Banjir Besar

KUALA TERENGGANU, 10 Nov (Bernama) -- Terengganu dijangka mengalami banjir besar pada bulan ini atau bulan depan sekiranya hujan turun melebihi paras normal.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana (JPBB) Terengganu Datuk Mazlan Ngah berkata Jabatan Meteorologi meramalkan Terengganu akan mengalami jumlah taburan hujan 20 hingga 40 peratus melebihi paras normal pada musim tengkujuh sehingga Mac tahun depan akibat kesan Fenomena La Nina.

"Ia boleh menyebabkan berlaku beberapa episod hujan lebat serta bencana banjir di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri pada hari Rabu.

Mazlan yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata keadaan itu diburukkan lagi dengan beberapa kejadian air pasang besar diramal akan berlaku di Terengganu dalam tempoh seminggu dua ini.

Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengenalpasti 198 kawasan yang sering dilandar banjir di negeri ini.

Di Besut, katanya terdapat 30 kawasan, Setiu (21), Kuala Terengganu (17), Marang (27), Hulu Terengganu (29), Dungun (32) dan Kemaman (42).

Sebagai persediaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri telah menyediakan sejumlah 341 pusat pemindahan yang berupaya menampung seramai 48,807 orang mangsa banjir dalam sesuatu masa.

Pusat-pusat itu ialah di Kuala Terengganu 27 buah, Kemaman (36), Dungun (52), Besut (98), Hulu Terengganu (73), Marang (23) dan Setiu (32) buah.

Dalam masa yang sama, JKM telah mengenalpasti sebanyak 121 buah pangkalan hadapan di seluruh negeri iaitu Kuala Terengganu (3), Kemaman (16), Dungun (10), Besut (22), Hulu Terengganu (33), Marang (15) dan Setiu (22).

Mazlan berkata bilik gerakan banjir negeri akan dibuka 24 jam apabila banjir berlaku lebih dari satu daerah, manakala bilik gerakan daerah pula akan dibuka sebaik banjir melanda daerah berkenaan.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

siraweh

Fun Poster
Joined
Apr 4, 2010
Messages
736
Reaction score
48
Points
30
besut ada 30 kawasan yang dilanda banjir.
tempat aku tu..
 

mohdridzuan®

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Oct 16, 2008
Messages
11,852
Reaction score
40
Points
130
kemas siap-siap barang yang penting-penting,
selamatkan semua yang patut.
 

aes

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2008
Messages
9,557
Reaction score
19
Points
65
sakng Melaka pun tgh ujan lebat .....

cam ujan nak banjir je ni
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,743
Reaction score
15,644
Points
2,376
kalau banjir nk wat cam na lg
pasrah je la
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register