timah_mude
Fun Poster
- Messages
- 916
- Joined
- Sep 22, 2008
- Messages
- 916
- Reaction score
- 121
- Points
- 23


KUALA TERENGGANU - Ketua ajaran sesat, Ayah Pin pernah menyeludup masuk sempadan negara dari selatan Thailand untuk pulang ke perkampungan 'Kerajaan Langit' yang diwujudkannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut selepas menghilangkan diri pada 19 Julai 2005.
Kepulangan beliau itu diakui sendiri oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhamad Ramli Nuh ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurutnya, Ayah Pin atau nama sebenarnya, Ariffin Mohamad, 68, yang melarikan diri ke selatan Thailand pernah memasuki negara ini secara senyap untuk bertemu tiga isteri dan anaknya di perkampungan berkenaan.
Bagaimanapun seorang lagi isterinya, Che Minah Remeli dipercayai menghilangkan diri bersama-sama Ayah Pin.
"Berdasarkan maklumat risikan, Ayah Pin pernah masuk seketika secara tidak sah tahun lalu," katanya.
Katanya, maklumat itu berdasarkan pemantauan yang dijalankan ke atas perkampungan itu.
"Kita tahu mengenai perkara itu walaupun isterinya mendakwa Ayah Pin tidak pernah pulang. Tetapi itu bukan kebenarannya," ujarnya.
** Aku siap sisipkan gambo lagi kalau korang tak caya ***

