TERBARU: Apa jadi pada Ekonomi bila Kadar OPR (interest rate) turun ke 2.75%

CG Sponsors




Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,597
Reaction score
498
Points
51
kiranya masa ni paling bagus buat loan dengan bank??
kalu nk rate rendah,masa ni buat loan..sbb bila ekonomi downturn,rmai org pikiaq utk menyimpan dr nk spend&buat komitmen baru..masa ekonomi boom,gaji byk,bonus pun lebat,org xkisah nk buat komitmen baru&waktu tu bank buat untung dgn mkn rate yg tinggi
 
Sponsored Post

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41


KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd menurunkan kadar asas dan kadar deposit tetap sebanyak 0.25 peratus susulan penurunan kadar dasar semalaman kepada 2.75 peratus oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Kadar pinjaman dan pembiayaan yang berdasarkan kepada kadar pinjaman asas (BLR) serta kadar pinjaman asas (BFR) juga dikurangkan sebanyak 0.25 peratus.

Penurunan itu adalah bagi membantu mencapai kesan dasar monetari yang disasarkan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM.

Semua perubahan kadar itu akan berkuatkuasa pada 30 Januari 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata pemotongan OPR tepat pada masanya dalam persekitaran inflasi rendah dan petunjuk ekonomi lain yang sederhana.

“Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang stabil dijangka akan disokong oleh langkah terbaharu BNM bagi meletakkan pengembangan dalam haluan lebih kukuh, menuju ke hadapan,” katanya.

Sumber : BH Online
 

mcdonat

Fun Poster
Joined
Nov 3, 2017
Messages
529
Reaction score
110
Points
33
monthly payment pinjaman perumahan patut turun lah.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,279
Reaction score
21,164
Points
1,671
Najib Razak
1 hr ·

Apa impak penurunan kadar faedah bank (OPR)?

Semalam, pakar ekonomi terkejut dengan keputusan BNM turunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75% – iaitu kadar paling rendah sejak 9 tahun dahulu.

Ini ialah kali kedua BNM turunkan OPR sejak tahun lepas disamping mengurangkan Nisbah Keperluan Rizab Berkanun secara mengejut juga pada bulan November 2019 lepas.

Nov 8, 2019: Malaysia surprises with first cut in banks' reserve ratio in 3 years

January 23, 2020 : BNM's OPR cut surprises the market — Economists

(Pakar-pakar semua terkejut kerana selama ini Menteri Kewayangan ayik berzikir "ekonomi bagus, ekonomi bagus" tapi tiba-tiba terpaksa potong nsibah serta kadar faedah pulak)

Ini adalah pengakuan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku ke-4 tahun 2019 adalah jauh di bawah jangkaan - bermakna ramalan kerajaan bagi pertumbuhan KDNK tahun 2019 tidak dapat dicapai.

Ini juga pengakuan bahawa ekonomi tahun 2020 ini adalah lebih mencabar dari dijangka.

Kenapa turunkan OPR?

Kerajaan nak galakkan pengguna tempatan dan bisness untuk meminjam dari bank untuk berbelanja.dan melabur.

Ini akibat daya membeli Rakyat sedang menurun manakala bisness tempatan tak berani meminjam untuk melabur memandangkan ekonomi Malaysia semakin merosot selepas PRU14.

Apakah impak kepada kerajaan PH?

Ini akan turunkan perbelanjaan kerajaan untuk kos servis hutang sedia ada dan mengalakkan kerajaan PH untuk meminjam dan menambah kepada hutang negara dengan lebih banyak lagi.

Kerajaan menerima manfaat besar.

Apakah impak ini kepada pesara, pendeposit tabung-tabung amanah seperti KWSP, Tabung Haji, PNB dan sebagainya?

Bahagian paling besar aset tabung-tabung ini adalah simpanan dalam bon/sukuk kerajaan serta simpanan tetap bank.

Jika kos faedah yang dibayar turun, maka pendapatan tabung-tabung ini juka akan turun.

Memandangkan harga saham belum memulih dan pendapatan dari bon/sukuk kerajaan turun, maka dividen tahunan untuk tabung-tabung ini juga akan terjejas.

Pesara yang bergantung kepada simpanan tetap bank turut terkesan apabila bayaran faedah yang mereka terima turun.

Apakah impak kepada matawang Ringgit?

Penurunan kadar faedah bank biasanya akan melemahkan matawang kita kerana ianya menjadikan pelaburan asing dalam bon/sukuk tempatan kurang menarik apabila pulangan dari faedah menurun.

 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Alliance Bank, BIMB most at risk after OPR cut — AllianceDBS Research



KUALA LUMPUR (Jan 23): AllianceDBS Research Sdn Bhd said today BIMB Holdings Bhd and Alliance Bank Malaysia Bhd are the most at risk in the short term after Bank Negara Malaysia (BNM) cut the overnight policy rate (OPR) by 25 basis point (bps) to 2.75% yesterday.

In a note today, AllianceDBS said this is due to BIMB and Alliance Bank's large proportion of variable loans at 92% and 83% of their total gross loans respectively as at end-September 2019.

"In line with the previous experience, the banks' net interest margins (NIMs) will be compressed in the near term, though the impact would be mitigated by a shift in fixed deposit profiles towards shorter tenures (of up to six months) for notable banks.

"(AllianceDBS) still prefer RHB Bank Bhd and Hong Leong Bank Bhd. We had earlier incorporated a 25bps rate cut into our FY20F expectations, where FY20F-21F sector earnings were trimmed by 3-4%. That said, our estimates do not consider the potential upside in investment and trading income arising from the impact to bond valuations," AllianceDBS said.

Meanwhile, Affin Hwang Investment Bank Bhd said banks with a greater proportion of variable-rate loans against fixed-rate schemes like Alliance Bank, CIMB Group Holdings Bhd and RHB may see a higher adverse net profit impact from BNM's OPR cut due to immediate repricing effects of the variable loan rates.

However, AMMB Holdings Bhd, Hong Leong Bank, Malayan Banking Bhd and Public Bank Bhd may see minimal impact on earnings under an interest rate cut scenario, Affin Hwang said in a note today.

"On Jan 22, BNM announced a pre-emptive rate cut on the OPR from 3.0% to 2.75%. The impact of a 25bps cut is not material on the overall banks' bottom lines on a full-year basis, but will have short-term pressure (at least for two quarters) on the banks' NIMs, due to the immediate repricing effects of the variable loan rates.

"NIMs will likely start to normalise in 3QCY20 as the downward repricing of deposit rates takes effect. We estimate that banks may experience a -1.0% to -5.8% impact on their respective FY20E-21E net profits. We maintain our NEUTRAL (call) on the banking sector," Affin Hwang said.

Sumber : the edge markets
 

slvrchair

Active+ Member
Joined
Aug 7, 2008
Messages
4,553
Reaction score
312
Points
56
Bad sign for the economy...beware the impact!
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,263
Reaction score
1,542
Points
201
tgk graf najib tu.. 10thn sekali. perkara biasa utk ekonomi.. x ya memgelabah sgt
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Penurunan OPR tidak jejas FDI - Amiruddin

Penurunan OPR tidak jejas FDI - Amiruddin


PETALING JAYA: Penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak menjejaskan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) kerana pelabur melihat kepada kestabilan dalam negara yang kukuh.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keyakinan pelabur.

“Pelabur ambil kira perkara-perkara lain tentang kestabilan politik, perdagangan, asas ekonomi serta tindakan yang diambil kerajaan sendiri untuk memastikan konsilasi fiskal berjalan dengan baik.

“Kita harap ia akan terus berikan perubahan positif untuk mereka kembali ke pasaran kita, banyak laporan yang dibuat pelabur yang dahulunya keluar kini dah kembali.

“Tindakan yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ini adalah bagi memastikan bahawa pasaran kita akan kondusif membawa masuk pelaburan asing dan laburkan dalam pasaran modal dan sebagainya jadi ia dapat berikan kebaikan,” katanya dalam sidang media sempena Sambutan Hari Kastam, di Kelana Jaya, pada Khamis.

Pada Rabu, Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara telah menetapkan kadar dasar semalaman (OPR) turun dari 3 peratus kepada 2.75 peratus.

Bank Negara dalam satu kenyataan berkata, pengurangan berkenaan merupakan langkah awal bagi memperolehi trajektori pertumbuhan yang lebih baik, serta kestabilan harga.

Sementara itu, Amiruddin berkata terdapat 160 syarikat asing telah berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk membayar cukai perkhidmatan digital yang berkuatkuasa 1 Januari lalu.

“Namun katanya masih terdapat syarikat asing yang belum berdaftar namun yakin lebih ramai lagi akan berbuat demikian,” jelasnya.

Sumber : astro awani
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Langkah BNM kurangkan OPR kejutkan pasaran - Pakar ekonomi

Langkah BNM kurangkan OPR kejutkan pasaran - Pakar ekonomi

BNM berkata bagi 2020, pertumbuhan dijangkakan bertambah baik secara beransur-ansur, dengan sokongan perbelanjaan isi rumah dan sektor luaran.

KUALA LUMPUR: Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus -- kadar yang tidak pernah ditetapkan sejak 11 Mac, 2011 -- telah mengejutkan pasaran, berbeza daripada jangkaan ramai bahawa sekurang-kurangnya OPR dikekalkan pada kadar semasa oleh mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pertama tahun ini.

Ramai ahli ekonomi dan penganalisis sebaliknya menjangkakan pengurangan itu akan diputuskan pada Mac dengan berpandangan BNM akan menunggu pengesahan daripada data ekonomi awal 2020 sebelum memutuskan kadar faedah utama.

Pakar Ekonomi JP Morgan, Nur Raisah Rasid berkata seperti juga penurunan OPR pada 7 Mei tahun lepas, tindakan dasar pada Rabu tidak dijangkakan memandangkan sebelum ini beberapa bentuk isyarat diberikan oleh bank pusat terlebih dahulu.

Justeru, keputusan dasar BNM pada Rabu adalah langkah awal untuk memastikan trajektori pertumbuhan di tengah-tengah kestabilan harga.

Menurut bank pusat masih wujud risiko pertumbuhan ekonomi menjadi rendah, termasuk daripada faktor-faktor dalam negara antaranya kelemahan dalam sektor berkaitan komoditi dan kelewatan pelaksanaan projek.

BNM berkata bagaimanapun bagi 2020, pertumbuhan dijangkakan bertambah baik secara beransur-ansur, dengan sokongan perbelanjaan isi rumah dan sektor luaran.

Nur Raisah berkata mengikut pandangan mereka, pertumbuhan dijangkakan perlahan kepada 4.1 peratus tahun ini daripada jangkaan 4.4 peratus yang dibuat tahun lepas memandangkan pertumbuhan penggunaan swasta, yang menjadi pemacu utama pertumbuhan sejak 2018, berkurangan dengan ketiadaan pemindahan fiskal kepada isi rumah.

"Oleh itu, kami menjangkakan BNM kekal bertahan sepanjang 2020 susulan langkah pengurangan kadar dasar awal hari ini dengan cenderung kepada kadar yang stabil dan lebih rendah bagi jangka sederhana," katanya dalam nota kepada Bernama.

Dalam konteks itu, beliau berkata, tindakan dasar selanjutnya mungkin akan bergantung kepada data.

Senada dengannya, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat BNM amat menyedari perkembangan luaran dan akan bergantung kepada data seperti perdagangan, sentimen perniagaan dan Keluaran Dalam Negara Kasar untuk menentukan tindakan seterusnya.

"Buat masa ini, kami menjangkakan bank pusat akan mengekalkan OPR semasa sepanjang tahun ini tertakluk kepada prospek ekonomi yang semakin berkembang di seluruh dunia.

"Bagaimanapun, jika data menunjukkan lebih buruk, maka BNM mungkin mengurangkan lagi kadar itu," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Penganalisis Pasaran FXTM, Han Tan berkata dalam mengikuti trend itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, BNM dilihat selesa dengan strategi "lakukan sekali dan kemudian tidak lagi" apabila melaraskan OPR.

"Selagi risiko luaran kekal suram, kadar faedah penanda aras Malaysia dijangka terus dikekalkan pada kadar 2.75 peratus sepanjang 2020," katanya.

Mengenai ringgit, Tan menekankan bahawa unit tempatan masih dijangkakan terus kukuh, seiring dengan kebanyakan mata wang serantau, berbanding dolar AS, memandangkan ekonomi Asia berada di peringkat pemulihan disokong oleh situasi ekonomi global yang bertambah baik sepanjang tahun ini.

"Paras sokongan jangka pendek bagi ringgit berbanding dolar AS boleh dilihat sekitar 4.05, dengan sokongan lebih kukuh untuk mencecah paras psikologi 4.00," katanya.

-- BERNAMA
 

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,597
Reaction score
498
Points
51
monthly payment pinjaman perumahan patut turun lah.
loan ada 2, kadar tetap dan kadar terapung..kalu pilih kadar terapung dl,time ni mmg syok la..rate turun..tp lepas ni,rate naik,dia pun naik sama..kalu tetap,rate turun ka naik,dia mcm tu jgk,xberubah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register