TERBARU: Apa jadi pada Ekonomi bila Kadar OPR (interest rate) turun ke 2.75%

CG Sponsors

MatDev

Fun Poster
Joined
Nov 9, 2016
Messages
301
Reaction score
69
Points
30
Monetary Policy Statement

No Ruj : 01/20/03 22 Jan 2020 Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam1500 pada hari Rabu 22 Januari 2020

At its meeting today, the Monetary Policy Committee (MPC) of Bank Negara Malaysia decided to reduce the Overnight Policy Rate (OPR) to 2.75 percent. The ceiling and floor rates of the corridor of the OPR are correspondingly reduced to 3.00 percent and 2.50 percent, respectively.

The global economy continues to expand at a moderate pace. Latest indicators and the recent dissipation of trade tensions point to improving global trade activity. Monetary easing across major economies in the second half of 2019 has helped ease financial conditions, and is expected to continue to support economic activity. However, downside risks remain due to geopolitical tensions and policy uncertainties in a number of countries. This could cause a resurgence of financial market volatility and weigh on the global growth outlook.

For the Malaysian economy, latest indicators and supply disruptions in commodity-related sectors point to moderate expansion of economic activity in the fourth quarter. For 2019, growth will be within the projected range. For 2020, growth is expected to gradually improve, with continued support from household spending and better export performance. Overall investment activity is expected to record a modest recovery, underpinned by ongoing and new projects, both in the public and private sectors. However, downside risks to growth remain. These include uncertainty from various trade negotiations, geopolitical risks, weaker-than-expected growth of major trade partners, heightened volatility in financial markets, and domestic factors that include weakness in commodity-related sectors and delays in the implementation of projects.

Headline inflation averaged at 0.7% in 2019. In 2020, headline inflation is expected to average higher but remain modest. The trajectory of headline inflation will be dependent on global oil and commodity price developments and the timing of the lifting of the domestic retail fuel price ceilings. Underlying inflation is expected to remain broadly stable, reflecting the continued expansion in economic activity and the absence of strong demand pressures.

The adjustment to the OPR is a pre-emptive measure to secure the improving growth trajectory amid price stability. At this current level of the OPR, the MPC considers the stance of monetary policy to be appropriate in sustaining economic growth with price stability.

Bank Negara Malaysia
22 Jan 2020

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_press&pg=en_press&ac=4980&lang=bm

https://focusmalaysia.my/mainstream/bnm-cuts-opr-to-2-75-as-pre-emptive-move/

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2020/01/22/bank-negara-mpc-cuts-opr-by-25bp-to-275

https://www.thesundaily.my/business/bnm-lowers-opr-to-275-HM1925485
 
Last edited:
Sponsored Post

elnino25

Super Active Member
Joined
Mar 29, 2010
Messages
7,440
Reaction score
65
Points
70
biasa klu opr bnm turun, rate bank2 akan turun..menggalakkan ekonomi mungkin?
 
puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,793
Reaction score
2,227
Points
201
Pernyataan Dasar Monetari

Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) kepada 2.75 peratus. Oleh itu, kadar koridor tertinggi dan terendah bagi OPR masing-masing diturunkan kepada 3.00 peratus dan 2.50 peratus.

Ekonomi global terus berkembang pada kadar yang sederhana. Penunjuk terkini dan pertikaian perdagangan yang semakin reda baru-baru ini menunjukkan aktiviti perdagangan global menjadi bertambah baik. Pelonggaran dasar monetari merentas ekonomi utama pada separuh kedua tahun 2019 telah membantu melegakan keadaan kewangan dan langkah ini dijangka terus menyokong aktiviti ekonomi. Walau bagaimanapun, masih wujudnya risiko pertumbuhan ekonomi global menjadi lebih rendah disebabkan oleh ketegangan geopolitik dan ketidakpastian dasar di beberapa negara. Hal ini boleh mengakibatkan mendadaknya semula keadaan volatiliti di pasaran kewangan sekali gus menjejaskan prospek pertumbuhan global.

Bagi Malaysia, penunjuk ekonomi terkini dan gangguan bekalan dalam sektor berkaitan komoditi menunjukkan kegiatan ekonomi pada suku keempat berkembang dengan sederhana. Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka tetap berada dalam lingkungan yang diunjurkan pada tahun 2019. Bagi tahun 2020, pertumbuhan dijangka bertambah baik secara beransur-ansur, dengan sokongan perbelanjaan isi rumah yang berterusan dan prestasi eksport yang lebih baik. Aktiviti pelaburan secara keseluruhan dijangka pulih sedikit disokong oleh projek yang sedang dilaksanakan dan projek baharu dalam sektor awam dan swasta. Namun begitu, masih wujud risiko pertumbuhan menjadi lebih rendah. Risiko ini termasuk ketidakpastian tentang pelbagai rundingan perdagangan, risiko geopolitik, pertumbuhan yang lebih rendah daripada jangkaan bagi rakan-rakan perdagangan utama Malaysia, volatiliti pasaran kewangan yang ketara, dan faktor-faktor dalam negeri termasuk kelemahan dalam sektor berkaitan komoditi dan kelewatan pelaksanaan projek.

Purata inflasi keseluruhan pada tahun 2019 ialah 0.7%. Pada tahun 2020, purata inflasi keseluruhan dijangka lebih tinggi tetapi kekal pada kadar yang sederhana. Trajektori inflasi keseluruhan akan bergantung pada perkembangan harga minyak dan harga komoditi sedunia serta masa pemansuhan harga siling bagi harga runcit bahan api domestik. Inflasi asas pada amnya dijangka stabil mencerminkan kegiatan ekonomi yang terus berkembang dan ketiadaan tekanan permintaan yang besar.

Pelarasan terhadap OPR merupakan langkah awalan untuk memastikan trajektori pertumbuhan yang bertambah baik kekal kukuh dalam keadaan harga yang stabil. Pada kadar semasa OPR ini, MPC menyifatkan pendirian dasar monetari adalah wajar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil.

Bank Negara Malaysia
22 Jan 2020

© Bank Negara Malaysia, 2020. All rights reserved.

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,678
Reaction score
840
Points
171

Tima kasih..bahasa2 ekonomi ni susah skt nak fhm walopun dlm bm..baca dlm bi lg ke laut faham..he2
 
kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,678
Reaction score
840
Points
171
Biasa opr turun dividen2 simpanan akan turun gak..tu satu yg boleh agak
 
g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
4,864
Reaction score
662
Points
81
Personel loan punya interest turun jugak ke?
 
Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,597
Reaction score
498
Points
51
OPR turun menandakan ekonomi slow..nk galakkan public spending,buat hutang...OPR naik,ekonomi rancak,nk kekang dr public buat utang terlalu byk
 
fuhrer_69

Active Member
Joined
Sep 18, 2013
Messages
2,025
Reaction score
217
Points
43
OPR turun menandakan ekonomi slow..nk galakkan public spending,buat hutang...OPR naik,ekonomi rancak,nk kekang dr public buat utang terlalu byk
kiranya masa ni paling bagus buat loan dengan bank??
 
Sponsored Post
Top
Log in Register