Terapi hormon legakan simptom menopaus boleh meningkatkan risiko kanser payudara

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226

PARIS: Kajian mendapati terapi hormon untuk melegakan simptom putus haid meningkatkan sedikit risiko kanser payudara.

Penyelidikan lain turut menemui kaitan sama, namun kajian yang diterbitkan The Lancet menunjukkan risiko kanser masih kekal meskipun selepas 10 tahun rawatan dihentikan.

Kajian itu turut mengukur tahap risiko berkaitan dengan pelbagai jenis terapi hormon untuk putus haid dan Terapi Hormon Menopaus (MHT).

Wanita cenderung mendapatkan MHT pada permulaan putus haid apabila fungsi ovari terhenti, menyebabkan tahap estrogen menurun secara mendadak.

Pada masa sama, paras progesteron jatuh ke paras sifar.

Akibatnya, ramai wanita akan mengalami hangat memerah dan ketidakselesaan itu dapati dikurangkan dengan menggantikan hormon.


 
Sponsored Post

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
16,138
Reaction score
1,068
Points
206

Dr Siti Hasmah

Tun Siti Hasmah dedah hidap kanser payudara

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini mendedahkan beliau kini berjuang melawan kanser payudara.

Berkongsi berita mengejutkan itu ketika berucap sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, KL Pink October 2019 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siti Hasmah berkata, beliau menyedari perubahan pada dirinya sekitar Mac lalu.

“Apabila saya berasa tidak sedap, saya terus jumpa doktor. Dalam seminggu, doktor sahkan saya mempunyai ketumbuhan kecil namun Alhamdulillah ia (ketumbuhan) kecil, yang penting adalah jangan takut untuk melakukan pemeriksaan," kongsinya.

"I'm a survivor," kata wanita berusia 93 tahun itu.

Dr Siti Hasmah berkata, ketika keputusan biopsi mengesahkan ketumbuhan di payudara kirinya itu adalah kanser, berita itu bagaimanapun tidak dikongsikannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Apabila dia (Dr Mahathir) tahu pada hari keputusan biopsi keluar, dia tak bebel, cuma dia risau sampaikan suruh saya dibedah pada esoknya.

“Saya masuk wad selama empat hari selepas itu saya dibedah untuk keluarkan ketumbuhan kecil berkenaan dan keesokan harinya saya boleh keluar daripada wad dan kini saya menjadi pejuang yang berjuang untuk melawan kanser," katanya pada program yang turut dihadiri Pengarah HKL, Datuk Dr Heric Corray dan Ketua Jabatan Radioterapi dan Onkologi HKL merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dr Ros Suzanna Ahmad Bustamam.

Mengulas lanjut, Dr Siti Hasmah menggesa wanita sentiasa peka dengan perubahan diri serta melakukan saringan awal bagi mengenal pasti potensi kanser payudara.

Apa yang penting katanya, wanita tidak perlu malu atau takut untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/52283/BERITA/Nasional/Tun-Siti-Hasmah-dedah-hidap-kanser-payudara
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

Name:

Active Member
Joined
Dec 25, 2012
Messages
1,812
Reaction score
207
Points
33
"Akibatnya, ramai wanita akan mengalami hangat memerah dan ketidakselesaan itu dapati dikurangkan dengan menggantikan hormon. "

apa bendanya hangat memerah?
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
11,600
Reaction score
2,275
Points
236
Kes Kanser Payudara Pada Tahap Membimbangkan

23.11.2019 - Kuala Lumpur, Kes kanser payudara di negara ini berada pada tahap amat membimbangkan apabila ia menjadi pembunuh nombor satu wanita, dengan Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan 2007-2011 mendedahkan 31.1 kes kanser itu berlaku dalam setiap 100,000 penduduk di negara ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata dalam kebanyakan kes kanser payudara yang dicatatkan, 43 peratus yang mendapatkan ujian saringan mengesan kanser payudara berada pada tahap kritikal iaitu tahap ketiga dan keempat.

“Kerajaan komited dalam menangani kes kanser payudara. Menerusi Belanjawan 2020, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM216.9 juta bagi tujuan rawatan kanser.

“Usaha menangani kanser payudara yang sering dilaporkan berlaku terhadap golongan wanita ini perlu melibatkan penggembelengan seluruh masyarakat bukan sahaja kerajaan dan syarikat korporat malah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorangan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Program Mamogram Percuma Etiqa – fasa ketiga dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) di sini, hari ini.

Program tersebut yang turut dijalankan di beberapa hospital terpilih di sekitar Semenanjung Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM2 juta menyediakan 6,000 pemeriksaan kanser payudara percuma untuk wanita yang kurang bernasib baik dan berusia 40 tahun ke atas.

Program Mammogram Percuma Etiqa fasa ketiga itu merupakan lanjutan kejayaan fasa satu dan dua program itu yang telah memberi manfaat kepada 11,000 wanita kurang berkemampuan di seluruh Semenanjung.

Dzulkefly berkata kanser payudara adalah pembunuh kedua selepas kanser paru-paru dan antara 14 jenis penyakit pembunuh, dan oleh itu, diagnosis awal kanser dapat menghindari pesakit kanser berada pada tahap yang lebih kritikal dan sukar dirawat sehingga boleh menyebabkan kematian.

Katanya program mammogram percuma mampu mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya pemeriksaan kanser payudara dalam kalangan wanita yang kurang berkemampuan.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan mewajibkan imunisasi kepada bayi dan kanak-kanak bermula tahun depan, Dzulkefly berkata keputusan mengenainya akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Kita telah tubuhkan jawatankuasa khas yang akan membentangkan dapatan maklumat lanjut sebelum ia diputuskan,” katanya.

Terdahulu dilaporkan kerajaan mencadangkan untuk mewajibkan ibu bapa memberi suntikan imunisasi kepada anak-anak mereka.



Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/11/23/kes-kanser-payudara-pada-tahap-membimbangkan/
 

akudotcom

Active+ Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
3,676
Reaction score
814
Points
71
Tak perlu susah pegi hospital utk rawatan kanser

Ustad ada ajarkan rawatan alternatif utk merawat kanser dgn tawaf kaaba & baca surah al fil 1000x :cool:

 

bell&ross

Active+ Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
4,076
Reaction score
159
Points
33
Tak perlu susah pegi hospital utk rawatan kanser

Ustad ada ajarkan rawatan alternatif utk merawat kanser dgn tawaf kaaba & baca surah al fil 1000x :cool:

dah ada sesiapa yg cuba...?..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register