Tentera mati dibunuh rakan karib

CG Sponsors




Anas Asarani

Fun Poster
Joined
Aug 9, 2009
Messages
939
Reaction score
1
Points
15
Tentera mati dibunuh rakan karib
Oleh Hadzlihady Hassan dan Sarah Zulkifli
[email protected]
2010/02/17
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seorang anggota tentera yang sedang menghadiri kursus, mati dipercayai dibunuh dua rakan karibnya sendiri akibat perselisihan faham di Kem Sungai Besi di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, mangsa berusia 27 tahun maut berikutan kecederaan parah di tengkuk dan dada selain patah tulang rusuk akibat dikatakan dipukul dua rakan baiknya itu.


Malah, mangsa yang cedera teruk dibelasah ditinggalkan dalam keadaan tidak bermaya sebelum mayatnya ditemui di tepi longkang di kem berkenaan oleh anggota lain yang kebetulan melalui jalan terbabit.


Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata mangsa yang berasal dari Sarawak adalah anggota tentera dari Kem Sungai Ara, Pulau Pinang dan bertemu dua rakannya di Kem Sungai Besi kerana berkursus.


“Bagaimanapun, pertemuan itu membawa padah apabila berlaku perselisihan faham antara mereka sebelum mangsa dibelasah hingga lembik oleh dua rakannya.


“Mangsa kemudian ditinggalkan berhampiran longkang di sebuah blok berhampiran kem terbabit sebelum dia yang disangkakan masih hidup dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya.

Bagaimanapun, sejurus tiba di PPUKM, doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Abdul Rahim berkata, laporan awal bedah siasat mendapati mangsa parah di tengkuk, dada dan patah tulang rusuk akibat dibelasah dengan teruk.


“Susulan itu, polis menahan dua lelaki dipercayai rakan mangsa bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.


“Polis menjalankan siasatan sebaik keputusan bedah siasat dikeluarkan hospital menunjukkan kematian mangsa akibat kecederaan parah di tengkuk dan dada. “Siasatan awal polis mendapati, mangsa dipercayai dipukul kerana perselisihan faham. Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan punca sebenar kejadian itu,” katanya. Katanya, polis turut menahan dua lelaki, masing-masing berusia 32 dan 35 tahun dipercayai rakan mangsa untuk membantu siasatan kes itu. “Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
 
Sponsored Post

GASTER123

Legendary Member
Joined
May 6, 2008
Messages
15,829
Reaction score
448
Points
131
apa la besar sgt kes perselisihan faham yg nyawa jadi taruhan..silap2 kes berebut betina..
 

ezeynet

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2009
Messages
8,839
Reaction score
4
Points
65
askar sawanla..askar pukul kawanla..enjit jet ilang dalam kawalan..
 

roslanab

Active Member
Joined
Dec 30, 2008
Messages
2,483
Reaction score
23
Points
25
masak lah lepas ni dua orang askar takda otak tu.
daripada ko belasah sampai mati,
baik ko buat bisnes ke apa ke.
surf carigold ke.
 

fauzizul

Legendary Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
11,777
Reaction score
9
Points
120
apo lah.. salah faham skt pn smapai cmni:-?
 

Firma

Super Active Member
Joined
Mar 9, 2007
Messages
5,310
Reaction score
242
Points
73
kawan apa ni kawan pon sanggup dia bunuh.....
 

hisham27

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
3,035
Reaction score
11
Points
25
Tengok tajuk tadi minta² bukan laa di M'sia....tapi sangkaan aku melecet jugak :(
 

KaZuMa_KiRyUu

Fun Poster
Joined
Dec 25, 2008
Messages
612
Reaction score
2
Points
15
teruk btol la.. kalau xpuas ati xpyh la main pukul2.. kate rakan.. ajk la gi lawan boling ker, badminton ker, lumba lari ker.. kan ader faedah die.. ni mst tahap pemikiran cetek.. sbb tu la mcm tu..
 

mangkaq

Super Active Member
Joined
Mar 13, 2008
Messages
8,834
Reaction score
71
Points
75
Dorang nak pukul sampai lembik je tu...tak tau plak smpi mati!!
 
Sponsored Post
Top
Log in Register