BTC USD 58,509.0 Gold USD 1,796.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tender KTMB perlu terbuka, PKR gesa Pusat.

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
PETALING JAYA - PKR mahu Kerajaan Pusat membekukan pemberian konsesi pengangkutan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), yang disebut-sebut akan dianugerahkan kepada syarikat terkemuka, yang didakwa ada hubungan dengan perikatan tersebut.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, penswastaan KTMB yang dirancang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak itu perlu dibekukan.

Menurutnya, pemilik tender untuk KTMB tidak dikendalikan secara telus dan melalui tender terbuka sekali gus menunjukkan ketidakadilan dalam pengendaliaannya.

"Masuk ini kali kedua selepas kali pertama penswastaannya gagal.

"Kini sekali lagi tender diberikan secara tidak telus dan Najib ingkar janji kerana tender diberikan kepada syarikat MMC Corporation Bhd yang diasaskan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang juga kroni mereka," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengikut laporan media sebelum ini, MMC berharap dapat menyerahkan keputusan kajian daya maju kepada kerajaan seawal Julai tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Hasni Harun berkata, kira-kira 40 hingga 50 peratus kajian itu sudah siap.

"Perunding kami sudah memgemukakan beberapa model untuk dikaji bagi memulihkan syarikat. Kami mempunyai satu pasukan kecil yang menelitinya sekarang. Kami mengkaji semula dan mungkin mengemukannya kepada kerajaan antara Julai dan Ogos," katanya.

Ini bukanlah usaha pertama kumpulan itu untuk mengambil alih operasi syarikat kereta api itu. Pada 2003, ia menjalin usaha sama dengan syarikat pembinaan dan infrastruktur, Gamuda Bhd, untuk mengambil alih aset KTMB.

KTMB kini mengalami kerugian tahunan secara purata sebanyak RM200 juta.

Justeru, Rafizi berkata, sekiranya syarat pengambilalihan melibatkan peningkatan kecekapan operasi dan kos adalah lebih wajar kerajaan memberi peluang kepada usahawan dan konsortium lain untuk sertai tender tersebut.

"Berdasarkan projek penswastaan dan kerjasama swasta telah gagal sebelum ini, PKR yakin tindakan penswastaan KTMB juga bermotifkan keuntungan semata-mata.

"... dan adalah wajar kalau kerajaan buat tender terbuka untuk semua," katanya lagi.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register