BTC USD 62,843.4 Gold USD 4,336.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tencent Berminat Mendapatkan Pegangan Warner Music

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
30.05.2020 - Global, Warner Music Group merupakan salah satu syarikat yang terkenal dengan penawaran lagu dan muzik di seluruh dunia. Ia merupakan salah satu daripada tiga syarikat muzik terbesar didunia.

Terbaru, menurut WSJ, ia dilaporkan syarikat internet gergasi Tencent sedang melihat untuk mendapatkan pegangan pada syarikat Warner Music ini.

Ia dikatakan Tencent ingin melabur sekitar $200 juta pada syarikat Warner Music berkenaan. Pelaburan ini sekaligus dijangka akan turut membantu pihak Tencent dalam memperkukuhkan penawaran mereka dalam arena penstriman muzik.

Sebelum ini, Tencent turut telah mempunyai pegangan pada Spotify, dan juga Universal Music Group.

2020-05-26T035307Z_1_LYNXMPEG4P06T_RTROPTP_3_CHINA-CYBER_1590819937055_1590819946913.JPG


Berita asal https://www.wsj.com/articles/tencen...ner-music-stake-11590774885?mod=djemalertNEWS
 
Tencent Kini Mempunyai Pegangan Pada Syarikat Muzik, Warner Music Group

Warner Music Group merupakan salah satu syarikat muzik popular didunia, menduduki tangga tiga teratas dalam industri muzik. Terbaru, Tencent dilihat telah membeli pegangan sebanyak $200 juta, sekaligus mempunyai pegangan pada syarikat muzik berkenaan.

Langkah ini sekaligus memperlihatkan Tencent mempunyai pegangan pada dua syarikat muzik popular dunia, iaitu Warner Music Group dan juga Universal Music Group. Selain kedua-duanya, Tencent turut mempunyai pegangan pada Spotify, selain perkhidmatan penstriman muzik mereka tersendiri di China dan beberapa negara di Asia.

Dengan langkah ini, ia sekaligus memperlihatkan fokus Tencent dalam memegang pegangan dalam arena hiburan -termasuk perfileman, muzik dan juga permainan video.

Sumber asal https://www.wsj.com/articles/tencent-takes-stake-in-warner-music-group-11591992680?mod=djemalertNEWS
 
Back
Top
Log in Register