BTC USD 58,947.2 Gold USD 1,803.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Temu Duga KPLI Ambilan Januari 2011 | Tips Temu Duga KPLI

ecah

Junior Member
Joined
Nov 26, 2010
Messages
60
Reaction score
1
Points
16


Tarikh : 13 hingga 24 Disember 2010

Sila bawa bersama Surat Panggilan TemuDuga , Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui Internet yang telah dilengkapi

Di sini ada beberapa tips ringkas untuk temu duga KPLI / DPLI.

  1. Berpakaian kemas dan seperti seorang guru. Termasuk dari segi potongan rambut. Bertali leher , pakaian berseterika dan menggunakan padanan warna yang sesuai. Maksud saya ialah padangan warna tali leher dengan baju atau pun padanan seluar dengan baju. Bagi penjawat awam, baju hendaklah berlengan panjang dan berwarna cerah. Seluar pula sebaiknya warna hitam atau biru gelap.
  2. Datang lebih awal. Samaada paling kurang 15 minit awal. Supaya anda lebih bertenang dan tidak kelam kabut. Ini kerana berkemungkinan juga tempat parking agak jauh dan mungkin penuh.
  3. Susun sijl dengan teratur. Kalau tidak silap saya paling atas mengikut susunan ialah surat kelahiran, kad pengenalan, kemudian sijil akademik yang lain. Kebiasaannya sijil akademik disusun mengikut yang paling tinggi sehinggalah yang paling rendah (cth dari sijil ijazah ke sijil PMR). Pastikan anda telah membuat salinan bagi semua sijil-sijil tersebut dan dapatkan pengesahan. Semasa saya pergi temu duga dahulu ada calon yang tidak membuat pengesahan pada sijil tersebut, tetapi ada pegawai di tempat temu duga yang baik hati membuat pengesahan.
  4. Soalan-soalan yang biasa akan ditanya ialah:

  • Terangkan secara ringkas mengenai diri kamu. Soalan boleh ditanya dalam bahasa Inggeris atau Melayu.
  • Falsafah pendidikan guru, plan induk pendidikan (PIPP), Nama menteri dan pengarah pelajaran.
  • Mengapa kamu berhenti bekerja dan sanggup menjadi guru …. Sekiranya calon pernah bekerja dan mempunyai gaji yang lumayan berbanding guru.
  • Apakah sumbangan yang kamu akan berikan dalam pendidikan dengan kemahiran yang kamu ada.
  • Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Serawak atau sekolah luar Bandar yang serba kurang.
  • Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitan dengan perguruan. Contohnya isu PPSMI.
  • Dan banyak lagi soalan yang akan ditanya berkaitan dengan kebolehan anda dan sumbangan. Jawab soalan dengan tenang.

ASPEK TEMU DUGA YANG DI NILAI


  1. Suara

    Suara calon mestilah kuat dan terang serta boleh didengari hingga ke belakang kelas.
    Suara calon mempunyai intonasi dalam membuat penegasan fakta dan juga mampu menarik perhatian penemuduga.
    Calon menggunakan sebutan bahasa melayu yang betul ( bukan pelat atau loghat daerah yang terlalu ketara )
  2. Personaliti

    Calon menunjukkan keyakinan diri yang memuaskan sesuai dengan profesion perguruan..
    Calon menunjukkan ketrampilan diri dan ketokohan diri serta daya kepimpinan yang sesuai sebagai seorang guru
    Calon menunjukkan kesediaan menerima teguran
    Calon mempunyai disiplin diri yang teguh
    Calon mempunyai sifat prihatin yang tinggi terhadap profesion perguruan
    Calon berbudi bahasa terhadap calon lain serta penemuduga
    Calon mempunyai kemahiran sosial dan suka berinteraksi
    Calon mempunyai kesungguhan dan keceriaan
  3. Bahasa

    Menguasai bahasa pengantaraan dengan baik
    Bahasa yang fasih dan lancar
    Menggunakan tatabahasa yang betul
    Bahasa yang digunakan mudah difahami dan ringkas

PENILAIAN UTAMA TEMU DUGA


  1. Pengenalan Diri

    Calon mampu menarik perhatian penemuduga
    Calon menerangkan kepentingan pengetahuan sedia ada dan pengalaman bekerja
    Calon menunjukkan perkaitan antara aset yang dimiliki dengan profesion perguruan
  2. Penerangan Diri

    Idea-idea disampaikan dengan teratur dan jelas
    Fasih berbahasa, baku, jitu dan mudah difahami
    Contoh-contoh serta penerangan adalah relevan dan tepat
    Suara
    Calon mempunyai suara kuat dan terang dan boleh didengari hingga ke belakang bilik
    Suara ada intonasi ketika membuat penegasan
    Sebutan Bahasa Melayu yang betul ( tidak pelat atau menggunakan loghat daerah secara keterlaluan )
  3. Personaliti

    Calon menunjukkan keyakinan diri yang memuaskan sesuai dengan profesion perguruan
    Calon menunjukkan penampilan diri dan ketokohan diri serta daya kepimpinan yang seuai sebagai seorang guru
    Calon menunjukkan kesediaan menerima teguran
    Calon mempunyai disiplin diri yang teguh
    Calon memiliki sifat prihatin yang tinggi
    Calon adalah seorang yang berbudi bahasa
    Calon mempunyai kemahiran sosial/berinteraksi
    Calon mempunyai kesungguhan dan keceriaan
 
Sponsored Post

sirNewbies

Active+ Member
Joined
Aug 8, 2010
Messages
2,594
Reaction score
17
Points
25
alhamdulilah.. awek aku dapat jgk temuduga ni.. tip yang TT bagi ni aku kena bagi tahu awek aku ni... :D
 

[email protected]

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Nov 12, 2008
Messages
16,695
Reaction score
94
Points
135
Harap Maaf, maklumat *********************** telah kami proses.
Nama anda tidak tersenarai dalam panggilan temu duga
Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) & KPLI j-QAF
Ambilan Januari 2011.


Terima kasih atas minat anda dalam bidang perguruan.

aloha takdapat plak wife aku ni
 

sirNewbies

Active+ Member
Joined
Aug 8, 2010
Messages
2,594
Reaction score
17
Points
25
Harap Maaf, maklumat *********************** telah kami proses.
Nama anda tidak tersenarai dalam panggilan temu duga
Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) & KPLI j-QAF
Ambilan Januari 2011.


Terima kasih atas minat anda dalam bidang perguruan.

aloha takdapat plak wife aku ni

cuba lg ya.. :D:D:D
 

abeInc

Active+ Member
Joined
Sep 12, 2009
Messages
2,657
Reaction score
8
Points
30
akan ku kasi tips ni kt adik aku..tq ya tt
 

abe mat

Fun Poster
Joined
Oct 24, 2008
Messages
313
Reaction score
5
Points
15
nanti kalo ditanya nape nak jd cikgu..
jawab." hadis nabi yang bermaksud..apabila mati anak adam maka terputus segala amalan kecuali 3 pkara.1- anak soleh.2-sedekah jariah.3-ilmu yg dimnfaat...
pastu cakap kat dia yg ptama anak soleh.saya belum kawen n blum ada anak,.mana tau mati esok belum sempat ada anak.ug kdua sdekah,.saya kerang duit lg nak bg sdekah.yg kettiga ilmu yg di manfaat.yg nilah sebab knapa sy nak jd cikgu.kalu ilmu yg saya ajar dimanfaat ada jugak share saya di akhirat...
 

sirNewbies

Active+ Member
Joined
Aug 8, 2010
Messages
2,594
Reaction score
17
Points
25
nanti kalo ditanya nape nak jd cikgu..
jawab." hadis nabi yang bermaksud..apabila mati anak adam maka terputus segala amalan kecuali 3 pkara.1- anak soleh.2-sedekah jariah.3-ilmu yg dimnfaat...
pastu cakap kat dia yg ptama anak soleh.saya belum kawen n blum ada anak,.mana tau mati esok belum sempat ada anak.ug kdua sdekah,.saya kerang duit lg nak bg sdekah.yg kettiga ilmu yg di manfaat.yg nilah sebab knapa sy nak jd cikgu.kalu ilmu yg saya ajar dimanfaat ada jugak share saya di akhirat...

idea yg terbaik dari ladang ni... hehehe :D:D:D:)cgrock:)cgrock
 

g r a n p a

Super Active Member
Joined
Feb 15, 2008
Messages
5,120
Reaction score
44
Points
70
Harap Maaf, maklumat *********************** telah kami proses.
Nama anda tidak tersenarai dalam panggilan temu duga
Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) & KPLI j-QAF
Ambilan Januari 2011.


Terima kasih atas minat anda dalam bidang perguruan.

hmm...sian kat bini aku..berat rasa hati nak cakap kat dia...ni kali ke 5 wife aku apply sejak 2008
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register