BTC USD 62,268.8 Gold USD 2,632.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tempoh setahun dapatkan tauliah ajar agama di Perak munasabah - MB

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
54,674
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
54,674
Reaction score
6,476
Points
881
Awards
1
Tempoh setahun dapatkan tauliah ajar agama di Perak munasabah - MB

Bernama
Julai 10, 2024 08:20 MYT

Tempoh setahun dapatkan tauliah ajar agama di Perak munasabah - MB
Saarani berkata pengajaran agama tugas yang sangat penting dan berat kerana melibatkan persoalan akidah serta hukum fiqah. - Gambar fail

IPOH: Tempoh setahun bagi mendapatkan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak adalah mencukupi dan munasabah, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Ringkasan AI

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, menyatakan bahawa tempoh setahun untuk mendapatkan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak adalah mencukupi dan sesuai. Ini kerana pengajaran agama melibatkan isu-isu akidah dan hukum fiqah yang penting.
Prosedur untuk memperoleh Tauliah mengajar termasuk mengisi borang permohonan, ujian bertulis yang melibatkan tujuh subjek utama seperti Tauhid, Fiqah, dan lain-lain. Ujian ini dijalankan sekali setahun dengan penyeliaan oleh AJK Fatwa Negeri Perak dan AJK Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak.
Selepas lulus ujian bertulis, calon perlu melalui proses penelitian kertas jawapan dan ujian lisan. Ini termasuk penilaian oleh pakar dalam bidang akidah, fikah, psikologi, interpersonal, dan kemahiran mendidik. Senarai calon yang lulus akan dibentangkan dalam mesyuarat untuk pengesahan akhir. Ini adalah rangkuman mengenai proses dan pentingnya Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak menurut keterangan Menteri Besar Perak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Saarani berkata pengajaran agama tugas yang sangat penting dan berat kerana melibatkan persoalan akidah serta hukum fiqah.

"Pihak Jabatan Mufti Negeri Perak perlu berhati-hati dalam menilai calon pemegang tauliah yang benar-benar berkelayakan untuk diberi tauliah mengajar," katanya pada sesi soal jawab lisan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan asal Mohamad Husairi Ariffin (PN-Kenering) yang mahu penjelasan sama ada Jabatan Mufti Negeri Perak dapat memendekkan tempoh mengeluarkan keputusan peperiksaan bagi mendapatkan tauliah yang diambil kurang dari setahun serta tempoh paling cepat keputusan mampu diperoleh.

Saarani berkata antara prosesnya ialah pemohon perlu mengisi borang permohonan Tauliah Mengajar Negeri Perak dengan lengkap dan disokong Pegawai Tadbir Agama Daerah sebelum calon perlu menduduki ujian bertulis bagi Peperiksaan Tauliah Mengajar Negeri Perak.

Ujian bertulis itu melibatkan tujuh subjek iaitu Tauhid, Fiqah, Sirah, Hadis, Tafsir, Aliran pemikiran dan Tasawuf yang hanya diadakan sekali setahun dan kira-kira 150 hingga 250 calon pemegang tauliah menduduki ujian itu sebelum ini.

"Proses semakan kertas jawapan bagi ujian bertulis akan dilaksanakan oleh para penggubal soalan yang terdiri AJK (ahli jawatankuasa) Fatwa Negeri Perak dan AJK Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak yang keanggotaannya telah diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak (Sultan Nazrin Shah)," katanya.

Beliau berkata proses itu mengambil masa sekitar tiga hingga empat bulan untuk penelitian demi menjaga kualiti pemegang tauliah.

Saarani berkata berdasarkan peraturan, senarai calon yang lulus ujian bertulis perlu dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam yang bersidang tiga kali setahun untuk diperakukan.

Setelah itu calon-calon terbabit akan dipanggil untuk ujian lisan iaitu temu duga dengan panelnya terdiri AJK Fatwa Negeri Perak dan AJK Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak.

"Perkara berkaitan hukum-hakam khususnya akidah dan fikah pemohon perlu kepada penelitian pakar untuk membuat penilaian ilmu calon pemegang tauliah," katanya.

Calon berkenaan turut dinilai dari segi aspek psikologi, interpersonal dan kemahiran mendidik ilmu agama kepada umat Islam.

-- BERNAMA

#MB Perak #Saarani Mohamad #tauliah ajar agama #proses permohonan
 
Sponsored Post

Penerima tauliah ditapis ketat elak masjid dipolitikan


Saarani (kanan) menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Kedua, Tahun Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!
IPOH – Proses mendapatkan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak yang perlu mengambil masa dengan tempoh kira-kira setahun adalah munasabah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini memandangkan pengajaran agama merupakan tugas penting serta berat kerana melibatkan soal akidah dan hukum fikah.

“Pihak Jabatan Mufti Negeri Perak perlu berhati-hati dalam menilai calon-calon pemegang tauliah yang benar-benar berkelayakan untuk diberi tauliah mengajar,” katanya ketika menjawab soalan Husairi Ariffin (PN-Kenering) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Ketika menjawab soalan tambahan berkenaan pentauliahan dalam kalangan ahli politik, Saarani berkata, peraturan itu dibuat ialah bagi mengelakkan masjid digunakan untuk tujuan penyebaran pemikiran serta fahaman politik.

“Sebab itu kita tak membenarkan mana-mana orang yang ada jawatan dalam politik diberi tauliah supaya tidak mencampuradukkan kepentingan politik semasa mengajar dalam masjid,” katanya.

Jelasnya, hal itu juga bertujuan mengharmonikan masjid supaya dapat berfungsi seperti sepatutnya, menjadi tempat orang Islam berkumpul serta mengelakkan perselisihan dan perdebatan berasaskan kepentingan politik.

Dalam jawapannya juga, Saarani berkata, setiap calon perlu menduduki ujian bertulis bagi Peperiksaan Tauliah Mengajar Negeri Perak melibatkan tujuh subjek iaitu tauhid, fekah, sirah, hadis, tafsir, aliran pemikiran dan tasawuf) yang hanya diadakan satu kali setahun. – KOSMO! ONLINE
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register