BTC USD 54,322.4 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teman wanita suka lepak tengah malam

notrexdame

CG Hardcore Club
Messages
76,139
Paid Membership
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
DANG SETIA
JIKA anda berdepan pelbagai masalah, sama ada pelajaran, rakan sebaya, keluarga, alam percintaan atau menjalani kehidupan seharian, anda boleh mengemukakannya kepada kami. Insya-Allah Dang Setia akan berusaha meleraikan permasalahan itu.Hantarkan masalah kepada :

Dang Setia (Metro Ahad), 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
Faksimili : 03-22848390
E-mel: [email protected]

SOALAN

SAYA bercinta dengan teman wanita sejak setahun lalu. Saya bersyukur kerana ada kekasih, namun sepanjang setahun lalu macam-macam hal timbul berkaitan sikapnya yang memeningkan saya.

Kekasih saya suka lari daripada masalah dan tidak cuba menyelesaikannya. Bila saya buat salah pula, dia suka meninggikan suara dan memarahi saya, termasuk di depan orang ramai. Malu saya dibuatnya.

Lagi satu sikapnya, dia suka buat apa yang saya buat. Contohnya, saya suka melepak dengan kawan pada lewat malam, dia pun nak buat juga. Puas saya nasihati dia tapi gagal. Tolonglah bantu saya melembutkan hatinya.

BUNTU


JAWAPAN

Mengubah sikap orang lain antara perkara paling sukar dilakukan. Namun, satu elemen penting untuk mengubah sikap orang lain ialah peribadi atau kewibawaan orang yang cuba membuat perubahan itu.

Senang cakap, dalam kes saudara, kejayaan untuk mengubah sikap kekasih banyak bergantung kepada kewibawaan saudara.

Sebagai contoh, seorang pemimpin, pemidato, ahli akademik, tokoh agama dan pakar motivasi antara golongan yang ada wibawa untuk mengubah sikap orang lain kerana mereka ada cukup ilmu dan kehebatan tersendiri.

Jika kita sekadar ibarat ibu ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan betul, pasti perubahan itu sukar menjadi realiti.

Oleh itu, Dang Setia nasihatkan ada baiknya saudara muhasabah atau periksa diri terlebih dulu. Selepas mengenal pasti segala kelemahan diri dan mengatasinya, baru diteruskan usaha mengubah sikap teman wanita.

Satu lagi perkara penting, ‘kuasa’ untuk mengubah sikap seseorang sebenarnya bukan milik kita, tapi ia datang daripada Allah SWT melalui hidayah-Nya.

Dang Setia puji sikap saudara yang cuba mengubah sikap kekasih ke arah kebaikan, namun kita hanya mampu mencuba. Jika kita saja yang kasihankan dirinya tapi dia tidak kasihankan diri sendiri, kita tidak perlu rasa bersalah.

Andai kata dia tetap mahu memilih jalan yang salah biarpun sudah terang wujudnya jalan kebenaran, seharusnya saudara lebih mengutamakan perintah Allah dan reda betapa dia bukan pasangan baik untuk saudara.


p/s:ape lagi kasi tembak sama dia:(scam:(scam :)):)):))
 
Sponsored Post

anipo

Active+ Member
Messages
4,887
Joined
May 15, 2008
Messages
4,887
Reaction score
126
Points
33
x minat kat awek cmtuh...
tp kalo lepak kat mejid wat ibadah ok gak...:D
 

alonso

CG Hardcore Club
Messages
62,520
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
wat main tembak2 sedap ni:eek::eek::eek:
 

zamreda

CG Top Poster Club
Messages
31,388
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
ingat awek ko, notre..
 

mj12

Legendary Member
Messages
11,812
Joined
Mar 22, 2008
Messages
11,812
Reaction score
0
Points
110
yang PASTI sapa suka lepak gan awek nie mesti dah beli BARANGan notty.....ekekkekeke

nak kasi TEST itu POWER....ekekkekekekke

:)):)):))
 

notrexdame

CG Hardcore Club
Messages
76,139
Paid Membership
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
yang PASTI sapa suka lepak gan awek nie mesti dah beli BARANGan notty.....ekekkekeke

nak kasi TEST itu POWER....ekekkekekekke

:)):)):))

:eek::eek:waaa da jadi supporter tu :eek::eek:
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register