BTC USD 28,556.0 Gold USD 1,960.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Telefon Pintar Baharu Honor Bakal Ke Pasaran Malaysia - Honor X9a 5G

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,444
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,444
Reaction score
5,122
Points
516
Awards
1
Kemaskini baharu di Facebook rasmi Honor Malaysia mendedahkan terdapat sebuah lagi telefon pintar yang bakal ditawarkan dalam masa terdekat ini. Dikenali dengan nama Honor X9a 5G, ia merupakan variasi kesinambungan bagi Honor X9 5G sebelum ini. Meneruskan tradisi siri Honor X, ia juga diiklankan mempunyai ketahanan skrin OLED melengkung yang kukuh.

Honor-9a-5G-1-950x633.jpg.webp


Tiada maklumat spesifikasi utama peranti dan tarikh pelancaran khusus yang didedahkan. Namun, poster acah dikongsi jelas menunjukkan rekaan yang mirip seperti sebuah Honor X40 sebelum ini. Sekiranya benar kedua-duanya adalah telefon pintar yang sama, boleh jadi spesifikasi dalaman yang ditawarkan kelak adalah sama.

Tetapi seperti biasa, ini sekadar spekulasi awal semata-mata. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai perkara ini. Kami di Amanz turut akan mengemaskininya untuk perkongsian bersama.​
 

CG Sponsors




Top
Log in Register